Tuesday, December 21, 2010

peace no war



saya mahu bercerita tentang cikgu saya.nama beliau Dr Moen.wawaaah special nya cikgu saya ni,dalam banyak-banyak cikgu yang ada dekat sekolah Shibaura,saya pilih untuk bercerita tentang beliau.kenapa ya?sila teruskan pembacaan anda kalau anda berminat untuk tahu.cikgu Moen cikgu kelas technical engineering saya.sebelum tu saya nak terangkan dulu tentang subjek technical engineering ni.subjek ni ada dua sesi.sebelum ni dah pernah ada subjek ni dengan cikgu lain,cikgu Horio.sangaaaatt la menakutkan sebab kena translate ayat by ayat dan ayat-ayat die susah plak tu.ayat engineering kaaaan..setiap kali tiba giliran untuk baca ayat,sangat la cuak sebab takut cikgu Horio x puas hati dengan ayat yang ditranslate.dan lagi cuak kalau beliau tanya apa maksud ayat yang ditranslate tu.awal-awal dulu memang guna google translate la untuk menterjemahkan ayat-ayat tersebut tapi google translate kadang-kadang pun x leh diterima pakai,terpaksa la kami terjemahkan ayat-ayat tu sendiri.dan sekarang,sesi bersama cikgu Horio telah pun tamat,maka bermula la sesi yang kedua bersama cikgu Moen.cikgu Moen orang putih ye.isteri beliau orang jepun.kelas cikgu Moen berbeza dengan kelas cikgu Horio,sebab kami tidak perlu mentranslate ayat.hanya perlu mencari artikel-artikel yang menarik,ulas kenpa pilih artikel tu,dan bincang permasalahan dengan kawan-kawan bersama cikgu Moen.kami biasanya berbincang tentang isu semasa,antaranya tentang nuklear,tar sands,apa itu transpasific partnership,overfishing dan lain-lain lagi la permasalahan yang berlaku di atas muka bumi ni.kami pernah berbincang pasal satu tajuk,dan cikgu Moen melahirkan rasa x puas hati beliau terhadap negara US,dan cara beliau bercakap tu memang seakan-akan tidak suka akan negara US.bila habis je kelas beliau petang tu,kami tertanya-tanya cikgu Moen ni asal mana,mungkin Australia,x pun Great Britain tapi kami x nak berteka-teki lama-lama,kami terus ketuk bilik beliau dan tanya:


'Sir,where do you come from?'


'My mother is Japanese and my father is an American and when I was 19 I joined Air Force'


erkkk..orang Amerika kah?


kelas berikutnya pula,kami berbincang topik lain pula.dan cikgu Moen sekali lagi membuat kenyataan yang mengejutkan,bahawa beliau tidak mempunyai kereta.


'when I was young I went to Mount Fuji with my wife,it took about 45 minutes to go there,but on the way back to home,it took about 5 hours.so I sold my car and I live happily ever after'(ok yang ni saya tambah sendiri)


menarikkan beliau?tiada kereta.


model kenkyushitsu cikgu Moen

dan semalam,kami berbincang pula tentang topik mobile phone.soalan yang kami bincang berbunyi :
what do you think if a mobile phone is prohibited from use in the future?
sah-sah la x boleh kan..penting kot..banyak la sebab-musabab yang kami bincangkan tentang kepentingan mobile fon tu dan kami dikejutkan dengan kenyataan cikgu Moen bahawa beliau x pernah memiliki telefon bimbit.




.................................................................................................................


sekolah Shibaura pernah tawarkan telefon bimbit untuk beliau tapi beliau x mau.saya x mampu nak berkata apa-apa sekadar mulut ternganga je.kelas ni dah nak berakhir.saya sangat berterima kasih kepada cikgu Moen sebab banyak sangat bercerita tentang isu semasa yang saya tak tahu.saya pasti merindui kelas ni nanti :')


5 comments:

ishanokokoro said...

x de kereta aku bleh terima agi tp x de hp????erk

ishanokokoro said...

tak de kereta aku bleh terima agi tp x dop hp???erkk

Nur Nabila said...

kan2..sgt la pelik sebab x de fon,tmbh duk kt jpun ni,rasa fon tu sgt la penting..

al-kauthar said...

bila..honma??dye xde phone.mmg hebat la dye..jidai skrg hphone sgt la ptng..huhu..ade kecemasan ke pape ke..

Nur Nabila said...

deshou...cikgu ni nk privasi kot,x nak org ganggu dia time cuti ke ape..