Sunday, June 12, 2011

ini serius

sekarang ni siaran maharaja lawak tengah meletup-letup dekat Malaysia.bagi saya yang tak berada di Malaysia ni,tiap2 malam Sabtu saya tunggu kehadiran maharaja lawak yang akan diupload di page guatvdotcom dekat facebook.yeee,saya peminat nabil.bior pon nabil dok best mane,tapi saya rasa lawok dia lain dari yang lain.

eh dulu kan,tak ada nya saya nak menghadap benda lawak pelik-pelik ni.siap kutuk lagi,apa lah yang orang tu buat kat atas pentas tu,tak lawak pun.sebelum maharaja lawak ni disiarkan,ada lah beberapa episod raja lawak.dan pemenang-pemenang dari raja lawak pada setiap episod ni la yang dipilih untuk menyertai maharaja lawak ni pulak.(eh betul ke tak ni?memandai je saya) al-kisah nya buleh terlekat tengok maharaja lawak ni cenggini,saya sangat bosan duduk di rumah jadi saya menggoogle benda tak tentu hala.mulanya saya menggoogle cerita tentang pakcik seekers yang khabarnya hebat tangkap hantu kat Malaysia tu,terjumpa blog dia yang tak tahu la sahih ke tak cerita nya.lepas tu tengok-tengok la video pasal dia dekat youtube.lepas tu ternampak satu video uncle seekers kenakan sorang artis dalam rancangan wakenabeb.lepas tengok video tu,rasa kelakar la pulak rancangan wakenabeb ni.saya pun mulalah tengok video wakenabeb yang lain.lepas satu,satu.sampailah habis saya tengok episod wakenabeb tu dalam youtube.lepas tu pula,saya terjumpa video bangbangboom,lawak jozan,sentap-hati-mak-nak,oh yeah dan lain-lain lagi lah yang sewaktu dengannya.maka saya menjadi lagha lah.saya sangat terhibur.gelak tak henti-henti.roomate saya pun pelik tengok saya duk gelak sorang-sorang.saya seronok sangat,balik dari sekolah penat-penat tensen-tensen,hati jadi gembira tengok cerita jozan dengan nabil buat lawak.

serius,lepas tengok segala  video bangbangboom,lawak jozan,sentap-hati-mak-nak,oh yeah dan lain-lain lagi ni,saya dah boleh pandang sesuatu benda tu dengan pandangan positif.hati rasa ceria.tambah-tambah orang sekeliling saya pun selalu buat lawak jozan dengan nabil depan saya.waaaahhh besar betul efek/kesan wakenabeb,bangbangboom,ohyeah,dan lain-lain ni kepada dirik saya! :DDD 
bila semua sekali video lawak ni dah habis saya tonton,saya dah tak tahu nak tengok yang mana dah jadi tertengok la pulak beberapa episod raja lawak.(tapi yang nabil punya je sebab saya kan minat dia).tuptup keluar la pulak maharaja lawak.sampai sekarang la saya duk menghadap benda ni.sebenarnya,tak adalah lagha sangat pun saya tengok benda-benda ini.saya cuma mahu jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat hiburkan hati saya masa saya rasa patah hati tensen dengan research dan kerja sekolah.
sebenarnya nak cerita asal-usulnya kisah bagaimana saya boleh terlekat tengok maharaja lawak ni je..


video nabil paling best

tapi saya sentiasa kena beringatlah,jangan terlagha tengok maharaja lawak ni sampai terlupa nak solat,baca quran..sebab ayat-ayat Dia tu tetap pengubat hati nombor satu!

2 comments:

qila~ said...

bkn x mnat nabil dlu ske kot mse dlm rja lwk 2 tp sjak dia buat hal terus dia jtuh..kesian pon ada..

mgu ni jozan terbaek ! yep stuju,tgk bole jgn over, jgn lagha :)

Nur Nabila said...

hihi..tq qila~~~~x leh lagha2,yosh!