Thursday, June 30, 2011

takotakotakoyakiyakiyaki

hari ini saya makan makanan kegemaran.
iaitu takoyaki.
takoyaki sangat sedap.
hanya guna beberapa bahan yang mudah didapati,kacau-kacau-kacau atas 
bekas yang panas,jadilah takoyaki
dekat Malaysia pun ada jual takoyaki.
dulu masa mula-mula datang Jepun,saya tak boleh makan takoyaki Jepun sebab rasa lain dengan yang dekat Malaysia.takoyaki Jepun ada letak halia warna merah.tapi lama-lama saya jadi sangat suka dengan takoyaki Jepun sampai saya dah tak boleh makan takoyaki Malaysia.saya dah banyak makan takoyaki di beberapa tempat:

ini takoyaki Nara.rasa dia sedap.

ini takoyaki Osaka.rasa dia pun sedap.dan saya rasa yang paling sedap kot setakat yang saya pernah makan ni.sedappp dimakan masa tengah panas-panas.sedapppp serius sedappppp.3 bekas pon boleh dihabiskan dalam masa sehari :DD

ini takoyaki gindako yang saya makan tadi.rasa dia rangup dan sedap.

tadi dekat kedai takoyaki,ternampak papan tanda ni.pakcik ni hebat,beliau dapat anugerah raja gindako.sebab beliau ada kemahiran buat takoyaki dalam masa yang cepat dengan jumlah yang banyak.dalam 4000 peserta,beliau lah juara.
dan raja gindako ni boleh ditemui di Omiya sahaja :DD

pagi esok fana tiba di Tokyo.semangat tunggu fana sampai saya berjaya siapkan kertas presentation untuk hari Jumaat ni.demimu fanaa ku dah siapkan kerjaku awal-awal lagi hihi..




peringatan dari seseorang yang menusuk kalbu dan saya mahu kongsikan di sini,"Allah kenalkan kita dengan jahiliyah supaya kita belajar sesuatu dari situ.dari jahiliyah itu kita bangun kembali dan cari jalan untuk renew diri.tapi kalau kita masih pada takuk lama,tiada usaha maka tiada tangga untuk berjaya,bermakna kita mahu berada dalam jahiliyah 
sampai bila-bila kah?" jazakillah..
mari tanam niat dalam hati setiap hari,untuk jadi yang lebih baik.
setiap hari :)
demi masa depan :)

5 comments:

syazwe said...

rasanya sangat sedap :D
hihi..nk suko we baca ayat tu ;p

al-kauthar said...

bila setakat ni ak penah makan takoyaki nagase jek..heheh..ak rase tu la yg plg best.hehehe

desir2sakura said...

we:org kn x terer bm hihi..sob3
sohe:besss kannn...shari aku mkn 2 bekas tu hihi...

myselfSakura said...

ehhhhh ad gmba ak?hahaa..mg wt delivery la ngn mkcik takoyaki nagase tu hehee

desir2sakura said...

elelele..wat2 kejut plak tengok ada gambar dia..padahal mu hok suruh aku letak kn :)))