Tuesday, June 14, 2011

ketakutan

hari ini saya mahu bercakap tentang ketakutan.
setiap orang pasti ada benda yang ditakuti.
contohnya hantu,lipas,belalang,pakcik rumah sebelah yang garang dan lain-lain.
rasa takut akan membuatkan kita cuba elakkan dari jumpa benda-benda tersebut.
begitu juga dengan saya.
antara benda yang saya takut ialah kucing.
memang makhluk Allah bernama kucing ni comel,tapi tak tahu lah kenapa
 saya ni penakut dengan beliau.
tapi tak ada masalah lah bagi saya yang berada di Jepun sekarang ni 
sebab kucing di Jepun takutkan manusia.
beliau memang takkan datang dekat dengan manusia kecuali kucing yang dibela.
tapi kan tapi kan tapi kan...



saya dah boleh main dengan kucing


haaaa tengok muka orang penakut!


mukku yang baik


kucing tidur nyenyak..shhhh kena senyap-senyap


bergambar kenangan dengan mukku

macam ibu tak


ini makanan saya ye,bukan makanan kucing--->kari kepala ikan yummy

serius mula-mula nak pegang kucing memang takut sangat-sangat.
kecik-kecik dulu boleh je main-main dengan kucing sebab kucing suka singgah dekat rumah saya masa saya berumah di Pasir Puteh suatu masa dulu.
tapi tak tahu kenapa,bila dah meningkat dewasa jadi takut.
takut kucing ngap tangan :|
alhamdulillah,saya dah berjaya atasi ketakutan ni dekat nekobukuro.
rasa seronok sebab dapat atasi ketakutan! :D


sebenarnya memang susah nak hilangkan rasa takut pada suatu benda.
tambah-tambah benda yang ditakuti tu dah dipupuk rasa ketakutan tu sejak kecil lagi.
tapi sebenarnya ketakutan pada sesuatu ni akan membatasi apa yang kita nak buat.
dan kehidupan kita pun jadi sempit tak berkembang.
(betul ke tak ni)
cubalah hadapi rasa takut tu seperti yang saya dah lakukan ni!! hihi (bukan nada riak ni)
tapi...jangan sekali-kali hilangkan rasa takut pada Allah..
(peringatan untuk diri sendiri yang selalu lalai juga)

"Sesungguhnya orang yang berhati-hati kerana takut (terhadap siksa) Rabb
mereka. Dan orang-orang yang beriman terhadap kekuasaan Rabb
mereka. Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan (sesuatupun)
dengan Rabb mereka, Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah
mereka berikan, dengan hati yang takut (karena mereka tahu bahwa)
sesungguhnya mereka akan kembali kepada Rabb mereka. Mereka itu
bersegera untuk mendapat kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang-orang yang segera memperolehnya." (Al-Mukminun: 57-61)

jommmmm kita cuba hilangkan rasa takut pada benda lain sebab mereka pun 
sama-sama makhluk Allah seperti kita
"Maka janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku." (Al-Baqarah: 150)



XOXOXOXOXOXOXO



P/S:encik watanabe telah melukis karikatur saya.
hasilnya adalah seperti di bawah
saya YAKIN semua orang yang tengok gambar kat bawah ni 
akan gelak kuat-kuat sambil guling-guling.
tapi saya sukaaaaa walaupun beliau lukis pipi saya chubby macam roti pau.
ini kenangan saya :))





10 comments:

Anonymous said...

en watanabe tu sape?

aReLaN said...

ble mkn pau,kna ingt bila la ni.hahahaha

Nur Nabila said...

fany:pelukis karikatur takanabe :DD
http://takanabe1130.blogspot.com/

senpai:waaaa sampai atiii!! :|

syazwe said...

chubby nya pp dia..sedak x kari kpala ikan we buat?hihi..

ishanokokoro said...

eh2 karikatur tu free dop?nk wat ugop

Nur Nabila said...

we:prasaannnnnnnyaaa...kalu gitu sila tlg msk sup ikan merah pula ye :D
nana:dop free pun na,kne bayar hehe..

Unknown said...

haha..chubby molep pipi bila..pndai lah dio lukis..
erm..ore x sangka lop bila takot ko kucing..
ore ok2 jah ngn kucing tp kalo nak bg makan atas tgn tu mmg x berani lg r.

Nur Nabila said...

amyyyyyy pp bila dop chubby gitu kn3333???
um3 bila tkut ke kucing..tu 1st time wi mkn ke kucing guna tgn..

Unknown said...

tok chubby gitu ko??erm..lamo tok jupo etep so no comment..hehehe..gurau jah bila
good work bila!..nnt lame2 dah bley beli sekor jd pet =)

Nur Nabila said...

aaa x se2 jd chubby gini...kne diet sikit ni hihi..okee amy,skrg tgh ganbatte hilangkan ketakutan dkt bnd2 yg ditakutiii :|