Friday, June 3, 2011

jom jadi macam katak

waahh tak pernah dengar pun orang nasihat supaya jadi macam katak kan.
biasanya kita dengar orang bagi perumpaan,jadilah seperti lebah,hinggap di pohon tidak merosakkan ranting pohon tersebut malah meninggalkan madu menjadi ubat,dah la rasanya manis.
tapi kenapa tiba-tiba kena jadi seperti katak pula?
sebab katak haiwan yang sabar.
kenapa katak haiwan yang sabar?
sebab..
mari belajar sains darjah 4

katak bersabar menjalani kitaran hidupnya satu persatu,bermula dari telur katak,berudu,berudu yang ada kaki dan,berudu yang ada kaki tapi ekor dah nak hilang,lalu akhirnya menjadi katak dewasa.katak dewasa pun bolehlah melompat-lompat sesuka hati di atas tanah dan boleh juga hidup dalam air.
cuba bayangkan apa akan jadi kalau katak tidak sabar dan tidak mahu menjalani kitar hidup beliau yang sudah digariskan.mesti katak tu akan jadi katak yang pelik,atau mungkin katak tu tak boleh nak teruskan hidup langsung lalu beliau mati.

(kenapa saya bagi contoh katak,sedangkan banyak lagi haiwan lain seperti rama-rama,nyamuk,lalat yang menjalani kitar hidup sebegini?) entohleh.

okeh,masa tengah belajar dekat Faris Petra,rasa nak cepat-cepat habiskan alam persekolahan.sebab tak mahu hidup diselubungi peraturan sekolah.kena pergi prep petang dengan malam memang meletihkan,wajib makan tengahari kalau tak makan kena amik nama,kena bersukan ohhh saya memang tak suka bersukan (sebab tu buncit),dan lain-lain.tapi tak sedar,sebenarnya benda ni lah,semua peraturan ni lah yang mendewasakan saya.

lepas tu pula,masuk JAD.tak sabar juga nak habiskan alam JAD cepat-cepat sebab nanti boleh belajar dekat Jepun,lagipun hidup di JAD banyak masalah.makanan dekat kantin Unisel pun mahal-sangat-jadi-kena-jimat-jimat.tapi bila sudah di Jepun ni,saya mula merindukan saat-saat JAD,rindu para pensyarah yang baik hati..dan saya mula sedar saya dah banyak berubah.saya dah faham apa itu erti kehidupan.

dan sekarang saya berada di Jepun.rasa tak sabar mahu balik Malaysia.tapi..saya tetap seronok sekarang.banyak yang dah saya belajar di sini.kehidupan 'beresearch' pun semakin hari semakin mencabar.kerisauan bertambah dari sehari ke sehari.mahu cepat-cepat habiskan semua ini tapi saya kena lalui nya juga.dan pulang ke Malaysia dengan kejayaan dalam genggaman!(terlebih semangat lah pula)
sebenarnya saya nak cakap kat sini,jom kita bersabar macam katak tadi..kita,manusia yang tidak sabar dan tidak mahu menjalani proses yang sudah digariskan oleh Dia,akibatnya manusia pun membuat keputusan untuk ambil jalan pintas,dan mungkin kesenangan yang diperoleh tapi benda tu semua hanyalah kesenangan yang sementara..
kita tak nak senang sekejap je kan?kita nak bahagia sampai bila-bila kan?
jadi,marilah jadi seperti katak yang penyabar!

Ar-Ra’d [24] 
Selamat sejahteralah kamu disebabkan kesabaran kamu.
Maka amatlah baiknya balasan amalmu.

Al-Mukminun [111] 
Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang yang berjaya. 

Al-Furqan [75] 
Mereka itu akan dibalas dengan tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima di dalam syurga itu ucapan selamat di dalamnya.

Al-Qasas [54] 
Mereka itu akan beroleh pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka; dan juga kerana mereka menolak kejahatan dengan kebaikan, dan mereka menderma dari 
apa yang Kami kurniakan kepada mereka.

Al-Insan [12] 
Dan kerana kesabaran mereka, mereka dibalas oleh Allah dengan syurga 
dan (persalinan dari) sutera. 


-------->update dari my lab.saya cinta sayang suka sama lab saya.

4 comments:

Firdaus Khalid said...

kamu suka katak kan??hahahaha

Anonymous said...

nice post from bila santek ;)

r3dLavEndEr said...

Erm..btul2...jom kte sama2 brsabar..walaupun kadang2 susah, kte kne bersabar kn... ;)
もうちょっと頑張りましょうね.....;D

Nur Nabila said...

pidut:katak suka kamu :PPP
anon:tqaaaaa xde la,biasa2 je..tq sbb bace blog kiteeee :))
nis:heeee..isshoni sabar shiyouuu~~