hari ni pertama kali air mata menitik dalam lab
ku cuba tahan namun tak dapat
sesungguhnya bahasa jepun itu sungguh susah.
betul-betul kekeringan idea
masa senior komen pasal resume yang saya buat
air mata ni menitik potak-potak-potak
saya lap sikit-sikit tak mau bagi senior nampak.
sungguh,saya kecewa dengan diri ni hari ni
saya tak marahkan sesiapa
tapi saya marahkan diri sendiri
saya tak buat kerja last minit sebab saya tak reti buat kerja last minit
tapi ada orang buat kerja berkualiti walaupun dibuat last minit
tapi sebab saya tahu saya tak mampu,jadi saya siapkan kerja awal-awal lagi
tapi senior suruh saya tambah lagi isi
"senior orang jepun,tiap-tiap hari bercakap bahasa jepun,mestilah bagi senior benda tu senang macam makan kacang tapi tidak bagi saya"
saya salahkan senior walaupun sedar ini kesalahan sendiri
tak ada usaha nak mantapkan bahasa jepun
kenapa idea tak datang-datang ni
dah la komputer saya rosak
saya tak boleh nak lakar gambarajah guna laptop lab
tapi saya syukur sangat sebab asakura bagi pinjam
komputer beliau kalau saya nak lakar gambarajah
kadang-kadang saya sendiri tak faham apa yang saya tulis,tapi beliau yang betul kan
saya rasa terharu sangat dan rasa diri ni betul-betul tak berguna sebab dah
banyak sangat susahkan beliau
ini salah diri saya sendiri kan
sebab saya tak berjaya rancang betul-betul
bila kelapangan masa saya main-main lah,saya habiskan masa buat benda tak berfaedah
bila banyak kerja macam ni,mulalah rasa menyesal dan banyak mengeluh
sepatutnya saya gunakan masa lapang tu dengan ulangkaji
dan usaha mantapkan bahasa jepun saya
saya tak nak mengeluh
saya tak nak jadi orang negatif
saya mahu selalu bersyukur
saya yakin dengan Dia!
jadi saya kena baiki diri mulai sekarang
rindu budak ini
" hari ini sebelum melontarkan kata-kata yang tidak baik
fikirkan tentang seseorang yang tak dapat bercakap pun
sebelum mengeluh tentang ketidaksedapan makanan,fikirkan tentang
seseorang yang tiada apa untuk dimakan.
sebelum mengeluh kerana tidak punya apa-apa,
fikirkan tentang homeless di jalanan.
sebelum mengeluh tentang suami atau isteri,
fikirkan tentang seseorang yang masih belum ada teman hidup
hari ini sebelum mengeluh tentang hidup,
fikirkan tentang seseorang yang sudah meninggal
dan disaat lelah dan mengeluh tentang pekerjaan
fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat
yang tidak mampu bekerja langsung
sebelum menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa
ketika sedang bersedih dan hidupmu dalam kesusahan,
senyum dan ucapkan syukur pada Allah kita masih diberi nikmat hidup "
moga ini air mata pertama dan terakhir saya dalam lab !