hari ni kan,teringiiiiiin sangat nak makan sesuatu
iaitu char kue tiau
masa balik Malaysia hari tu pun,nama char kue tiau ada
dalam senarai makanan yang ingin dimakan
tapi puas jelajah 1 kelantan cari char kue tiau,
puas desak kakak ku yang comel tu drive kereta untuk cari kedai jual char kue tiau,
tak kujumpa-jumpa
hari ni dah teringin sangat nak makan,macam mengidam pulak
belek-belek resipi dalam internet,jumpalah beberapa resipi
tepi leceh jugalah nak buat char kue tiau ni sebab kena buat paste dia sendiri
tapi sebab teringin nak makan,segala kesusahan sanggup ku redahi ^^
bahan-bahan untuk paste:
-udang
-air 250ml
-3 ulas bawang diketuk
-6 sudu sos tiram
-3 sudu kicap manis
-2 sudu pati ikan bilis
-2 sudu kecil garam
-1 sudu kecil gula
untuk mee:
-kue tiau (kat jepun ni ada kue tiau tauuu)
-1 sudu cili boh
-kerang (tak ada :(( )
-tauge (tak suka)
-telur
1.rebus udang dengan air
2.angkat udang,air rebusan jangan dibuang
3.campur semua bahan paste dengan air tadi
4.reneh biar jadi pekat
5.tumis lada boh hingga garing
6.masukkan paste tadi
7.masukkan udang
8.masukkan air setengah cawan
9.masukkan kue tiau,pecahkan telur
senang kan??
inilah hasilnyaaaa...
tak seberapa tapi..
tak seberapa tapi..
pertama kali buat char kue tiau,sedapppppp sgt.
masuk bakul angkat sendiri sekali sekala
tapi kalau letak kerang lagi sedap rasa nya.tapi kerang tak ada kat sini :((
asyik post pasal makanan je kan..
tapi semoga saya mendapat ganjaran daripada secebis ilmu yang saya kongsikan ini..amin :)
semalam ada latihan presentation dengan kawan-kawan dan cikgu
saya buatkan puding jagung untuk mereka
cikgu gembira sampai tepuk tangan
cikgu cakap sedapp
tak pernah makan makanan tu(memanglah sebab tu makanan Malaysia)
saya sangat gembira sebab sebelum tu asakura cerita cikgu puji kerja yang saya buat
tak sia-sia saya siapkan kerja saya bertungkus lumus walaupun sampai mengalir air mata
semua atas jasa kalian!arigaou ne minna!
betul lah orang kata,kalau nak capai sesuatu tu,walaupun susah macamana pun,tapi kalau kita berusaha sehabis baik untuk mencapai benda tu,semua jadi tak mustahil.walaupun hadapi permulaan yang pahit,tapi yakinlah di akhirnya kita dapat kemanisan :)) alhamdulillah :))
4 comments:
oishiii souuuuu
hahaaa...aku pon penah wat char kuew teow tp.....terlebey kicap!!masin jadinyooo :(( ngok ngek sggh la
mkn mkn mkn n bertambah bulat mcm pau.hohoho
fana:oishikatta yoooo
nana:xpo,try lagiii..aku suke kue tiau sgt3 sb tu ak try wt ni hihi..
senpai:amboiii pau yee....
Post a Comment