Tuesday, July 5, 2011

no more tears

hari ni pertama kali air mata menitik dalam lab
ku cuba tahan namun tak dapat
sesungguhnya bahasa jepun itu sungguh susah.
betul-betul kekeringan idea
masa senior komen pasal resume yang saya buat
air mata ni menitik potak-potak-potak
saya lap sikit-sikit tak mau bagi senior nampak.
sungguh,saya kecewa dengan diri ni hari ni
saya tak marahkan sesiapa
tapi saya marahkan diri sendiri
saya tak buat kerja last minit sebab saya tak reti buat kerja last minit
tapi ada orang buat kerja berkualiti walaupun dibuat last minit
tapi sebab saya tahu saya tak mampu,jadi saya siapkan kerja awal-awal lagi
tapi senior suruh saya tambah lagi isi
"senior orang jepun,tiap-tiap hari bercakap bahasa jepun,mestilah bagi senior benda tu senang macam makan kacang tapi tidak bagi saya"
saya salahkan senior walaupun sedar ini kesalahan sendiri
tak ada usaha nak mantapkan bahasa jepun
kenapa idea tak datang-datang ni
dah la komputer saya rosak
saya tak boleh nak lakar gambarajah guna laptop lab
tapi saya syukur sangat sebab asakura bagi pinjam 
komputer beliau kalau saya nak lakar gambarajah
kadang-kadang saya sendiri tak faham apa yang saya tulis,tapi beliau yang betul kan
saya rasa terharu sangat dan rasa diri ni betul-betul tak berguna sebab dah 
banyak sangat susahkan beliau
ini salah diri saya sendiri kan
sebab saya tak berjaya rancang betul-betul
bila kelapangan masa saya main-main lah,saya habiskan masa buat benda tak berfaedah
bila banyak kerja macam ni,mulalah rasa menyesal dan banyak mengeluh
sepatutnya saya gunakan masa lapang tu dengan ulangkaji
 dan usaha mantapkan bahasa jepun saya
saya tak nak mengeluh
saya tak nak jadi orang negatif
saya mahu selalu bersyukur
saya yakin dengan Dia!
jadi saya kena baiki diri mulai sekarang

rindu budak ini

" hari ini sebelum melontarkan kata-kata yang tidak baik
fikirkan tentang seseorang yang tak dapat bercakap pun
sebelum mengeluh tentang ketidaksedapan makanan,fikirkan tentang 
seseorang yang tiada apa untuk dimakan.
sebelum mengeluh kerana tidak punya apa-apa,
fikirkan tentang homeless di jalanan.
sebelum mengeluh tentang suami atau isteri,
fikirkan tentang seseorang yang masih belum ada teman hidup
hari ini sebelum mengeluh tentang hidup,
fikirkan tentang seseorang yang sudah meninggal
dan disaat lelah dan mengeluh tentang pekerjaan
fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat
yang tidak mampu bekerja langsung
sebelum menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa
ketika sedang bersedih dan hidupmu dalam kesusahan,
senyum dan ucapkan syukur pada Allah kita masih diberi nikmat hidup "

moga ini air mata pertama dan terakhir saya dalam lab !

12 comments:

syazwe said...

no more tears ok.remember me n smile always ^^

hakifays said...

bil, jgn sedih.
setiap air mata y gugur itu tandanya kamu sedari akan indahnya hidup ini kerna dihiasi dengan rintangan dan cabaran dariNya. Dia tahu yang terbaik untuk kita.hadapi dengan senyuman:))

"everybody wants happiness
nobody wants pain
but you cant have a rainbow
without a little rain"

Nur Nabila said...

we:baiklah!itsumo ouenshite kurete,arigatoune!
kah:tima kasih kah.bil kuat sbb set ni sokmo ada d sisi bil.tayam kah :)

Ms. Candy said...

Rasa bsalah lak...
Adakah sebab resume dari Malaysia yang buat bieyla banyak keje..?
Sori sangat2...
Huhuhu~~

AjiGiJiss, AiN Kici said...

Bila chan,

Kak Ain ni. Sonna kimochi wakaru yo.
Kak Ain dulu da penah rasa lebih teruk dari tu. Penah kene marah ngan sensei pasal hal yang x sepatutnye kene marah pon. Tapi, tu sume kisah duka2 di lab yang sebenarnya ajar kite tok jadi lebih kuat.
At last, kak Ain jadi baik gile ngan sensei and labmates jugak. Derg actually very supportive. Jgn la rs terlalu down. It's OK. It just a learning process. Nanti, bila da sotsugyou, bila rasa besyukur ngat susah payah dulu2..hihi gambatte ne!

Nur Nabila said...

eh tak3..resume tu bila buat lpas anta kerja..slh bila la sbb x siap kerja tu..resume tu tak salah,sebab gane2 pun bila akn siapkan kerja bila dlu br wt resume sob3..

Nur Nabila said...

kak ainnnn,arigatou ne!sbb dah naikkan semangan bila semula..tu laa bila takut sangat2,rasa serba serbi kurang pada diri ni.um3 diorang sangat baik akak,selalu ringan tangan menolong.sensei pun mmg sporting sgt2,boleh lepak sama2 dan buat mcm2 sama2..tu laa,sensei slalu sebut nama kak ain :))

Anonymous said...

bi..jgn sdih2..ad gapo2 mslh ko nk share gapo2 ko, oyt je la ye...even len2 lab pn..

Nur Nabila said...

tq pik..tq sbb sokmo ada di sisi aku :'))))))

myselfSakura said...

setiap potak-potak air mata mg tu, at last mg akan rse mcm emas yg trn potak2 bile dh brjaya nnt.anggap la tu sbgai salah satu lgkah utk kiter brjya.insyaAllah..for me too.gnbarimasyouu<3

^_^ said...

nak like comment akak kt atas ni ;)
gambaroune bila~

Nur Nabila said...

fana:tima kasih fana,tima kasih wlaupun mu duk jauh dgn aku tp sokmo wi nasihat x putus2.sokmo kne dgr mslh aku..tq sgt.nnt dtg tokyo lg deh :))
zu:tq zu syg,isshouni ganbarou ne!nnt ada ms kita jumpa2 deh :))