semalam (Jumaat) hari paling letih sejak bergelar pelajar tahun 4 di sekolah shibaura.
semalam sebelum tu saya tak boleh tidur dengan lena,sebab memikirkan kerja lab yang tak siap lagi walaupun badan sangat letih.lepas solat subuh,golek-golek je atas katil tapi tak tidur pun.tambahan pula tiba-tiba bermimpi hantu yang entah apa-apa.
lepas tu pergi lab,singgah kat koperasi beli air kopi dulu sebab takut mengantuk.perut pula meragam tak berapa nak selesa,sebab malam sebelum tu saya buat kari ikan,MUNGKIN santan yang saya guna tu dah tak berapa elok tapi hentam sajalah labu..
zemi semalam bermula awal sikit dari biasa,sebab cikgu ada mesyuarat.oleh sebab bimbang perut akan berbunyi masa zemi nanti,saya pergi beli soba.tapi langsung tak ada selera nak makan.saya rasa saya makan satu per empat saja dari soba tu.
lepas tu kalut-kalut pergi siapkan resume yang saya kena persembahkan masa zemi tu.3 minit sebelum zemi barulah saya berlari pergi print resume,nasib baik terserempak Tin,Tin tolong saya print resume-resume tersebut.tima kasih deh Atin :)
masa zemi,cikgu mengamuk.cikgu gumpal kertas kawan saya yang jarang datang zemi.atau mungkin boleh dikatakan beliau tak datang langsung ke sekolah selama 2 bulan tanpa sebarang sebab.dan kerja dia langsung tak siap.jadi cikgu marah dia.
saya kesian dekat si kawan tu tapi saya kesian dekat cikgu juga.
saya kesian dekat si kawan tu tapi saya kesian dekat cikgu juga.
giliran saya persembahkan kerja yang saya dah buat,tak adalah hebat sangat.padan-muka-siapa-suruh-buat-kerja-last-minit-main-dinerdash-tak-henti-henti.
habis zemi,saya berlari pula pergi print dokumen-dokumen
untuk sesi bicara bersama orang Jucte.
masa sesi temubual,kakak tu (saya lupa nama beliau,Maruyama ke Mari Takano?)
tanya pasal masalah yang saya hadapi di Jepun.
saya cakap tak ada lah masalah yang berat sangat.
(sebenarnya malas nak cakap panjang-panjang)
tapi beliau banyak bagi nasihat pada saya dan paham sangat keadaan orang asing macam saya sebab beliau pernah jadi orang asing juga masa menuntut di Amerika.
habis sesi temubual,saya berlari pula pergi kerja.rasa nak pengsan,tapi gembira sikit hari ni sebab dapat kawan baru iaitu 3 orang makcik (bukan Tin,Pik dan Kah ye)
ya,hari ni sangat penat,sakit-sakit badan,kepala,perut lapar,dan lain-lain tapi sempat lagi curi masa untuk buat post baru memandangkan zemi dah habis.
konklusinya, janganlah buat kerja last minit macam saya ni,sebenarnya saya boleh je siapkan resume untuk zemi tu awal-awal,tapi saya kekurangan data,otak tak boleh berfikir dengan baik,maka saya pun main lah game dinerdash tanpa henti sampai pukul 2,3 pagi.
lepas tu pula,dokumen yang orang Jucte suruh sediakan untuk sesi temubual
tu pun sebenarnya saya boleh sediakan awal-awal lagi,
tu pun sebenarnya saya boleh sediakan awal-awal lagi,
sebab kakak Mari dah pesan masa awal-awal bulan 9 lagi.
jadi semua salah sendiri.jangan nak salahkan orang lain mahupun dinerdash.
2 comments:
kadang-kadang kita rasa perancangan kita sudah bagus, buat ni pada waktu ni, buat tu pada waktu lain..jadi kita rasa girigiri pun sempat..tapi yang buat kita jadi tak dapat ikut perancangan adalah bila tiba2 masuk kerja lain pula.. so ganggu semua perancangan....moral of the story: pastikan tugas habis at least sehari sebelum supaya kalau ada benda lain masuk pun..nantoka sempat :D (bercakap kepada diri sendiri sbnrnya hehe)
btul tu sensei,bila kita ajar diri kita buat bnd last minit,begini lah jadinya :( terima kasih atas nasihat berguna sensei :)))
Post a Comment