Thursday, October 13, 2011

menjaga kesihatan diri

tak sempat la nak berblog sekarang, tapi rasa nak menaip hari ni.
sekarang ni pun banyak update blog dekat sekolah,
dah tak sempat nak menaip dekat rumah.
kita sharing is caring lah ye hari ni..
terbaca dekat 1 wall sahabat di fb,tentang ini :

terima kasih nor abdullah sebab sudi berkongsi :)

CARA RASULULLAH S.A.W MENJAGA KESIHATAN DIRI
SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran. Tapi benda ni paling susah kita nak buatkan? Sebab lepas solat subuh konfem tido balik. Kena tanam azam ni dalam diri,lepas subuh cuba tak payah tidur..

AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim) Tapi kadang-kadang,dalam menjaga kebersihan diri, jangan lupa menjaga kebersihan sekeliling juga. Ini nasihat untuk diri sendiri, kena selalu kemas bilik!

TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat. Baiklah, lepas ni kena beringat, jangan makan lebih dari satu pertiga ruang badan.

GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. 

TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring. Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan. Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Jom, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan akan jadi sihat, dan jiwa pun jadi tenang.

"BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI."

2 comments:

syazwe said...

ermm..kne byk jalan kaki nih..xleh guno bskl/motor/keto skmo ;p
jom joging (^.^)

Nur Nabila said...

eeee x se2 joging,tp naik basikal xpo :D