Wednesday, November 7, 2012

my opinion on opinion

pandangan.pendirian.pendapat.penampar.
setiap orang ada pandangan, pendapat dan pendirian masing-masing.
saya cukup sangat amat hormati pandangan pendirian pendapat dari sesiapa pun.
kita manusia pun dah berbeza saiz,rupa,warna kulit dan lain-lain;
apatah lagi pandangan pendapat pendirian setiap orang mesti ada variasi.
pendapat yang berbeza memang berguna untuk mempelbagaikan idea.
tapi tak perlulah menyatakan pandangan pendirian pendapat 
sampai merendah-rendahkan apa yang orang lain buat.

bila orang makan nasi dengan garfu, kita rasa benda tu tak sesuai bagi kita.
jadi kita bagi kemukakan pendapat supaya dia makan nasi guna tangan atau sudu.
dia mungkin tak akan terima pendapat kita sebab dia dah biasa makan nasi dengan garfu. 
dan mungkin dia punya sebab tertentu, kenapa perlu makan nasi dengan garfu.
jadi kita tak payah lah nak pandang keji pada dia, 
dan mengutuk-ngutuk dia bila dia tak menerima pendapat kita.

kita pergi shopping dengan kawan baik-debom-kebabom kita.
kawan kita nak beli baju jubah polkadot warna merah-mak-ngah.
kita rasa baju tu huduh sangat-sangat, tak sesuai untuk dipakai ke mana jua.
tapi bagi kawan kita, baju tu sangat very the cantik.
kawan kita tengok je baju tu terus jatuh cinta pandang pertama lantas ingin dibeli.
tapi sebab kita tak suka, kita kemukakan pendapat pada kawan kita bahawa 
baju itu sangat huduh dan tidak sesuai dijadikan pakaian.
dan kita desak kawan kita supaya jangan beli, kita kata membazir duit. sebab huduh.
kawan kita balas, 'hado aku mintak duit ekau?' sambil besarkan biji mata.
kita diam terlopong sambil kenyit-kenyitkan mata :D


"two people can look at the exact same thing and see something totally different"


see?

Tuesday, November 6, 2012

Aidiladha 2012

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah setelah dua tahun tak pulang beraya di kampung,
tahun ni berpeluang pulang beraya bersama keluarga.
dan berpeluang beraya dengan 2 keluarga. 
Walaupun hari raya aidiladha dah berlalu hari 2 minggu, 
tapi oleh sebab tahun ni berlaku unfortunate event sebelum pulang beraya,
pengalaman tu akan saya ingat sampai bila-bila lah kot.

Nak cerita pengalaman pulang beraya hari tu, hari raya aidiladha jatuh pada 26hb 10.
Kami bertolak pulang ke kelantan pada 25hb 10, lebih kurang pukul 1 petang. 
plannya memang nak bertolak awal tapi atas sebab tertentu, kami bertolak lewat sedikit.
trafik bergerak lancar dari shah alam menuju ke raub (ecece macam dj radio era jew ^^)
tapi bila sampai kuala lipis, kereta dah mula bergerak perlahan.
dan tiba-tiba, banyak kereta dari arah bertentangan angkat lampu kecemasan.
saya memang blur la, tak kisah diorang nak angkat lampu kecemasan ke, lampu jalan ke.
tapi suami dah mula gelabah. suami cakap mungkin ada pemeriksaan polis kot kat depan.
tak lama lepas tu, ada 4,5 biji kereta dari arah bertentangan buat isyarat suruh u turn,
maknanya jalan kat depan tu tak boleh lalu.
maka banyakla kereta yang pusing balik termasuk kereta kami.
kami sempat tanya orang kat situ, beliau cakap ada jambatan runtuh. ada juga pakcik motosikal cakap kat depan ada tanah runtuh. dan sebenarnya kami dah mula ragu-ragu sebab tak tahu apa sebenarnya yang runtuh. bila kami dah pusing balik tu, datang la sebuah kereta ala-ala stream bagitau yang kat depan tu takde apa-apa pun, cuma jem je. jalan boleh lalu macam biasa. dia cakap dia dah tanya polis, polis cakap tak de jambatan runtuh. maka kami pun tak tahu nak buat apa. suami berhentikan kereta dan tanya seorang penduduk kampung di situ. pakcik kata kat depan tu ada jambatan runtuh. 
dan pakcik bagi direction kepada kami untuk balik melalui jalan felda.
memang saya ingat sampai hari ni la direction yang pakcik bagi; pakcik suruh pusing semula dan pergi straight 2km ke depan, lepas tu ambil kanan, 
lepas tu pergi straight 7km lagi, lepas tu ambil kanan lagi.

maka kami bergeraklah memasuki felda lebih kurang pada pukul 5 petang. hujan pula turun renyai-renyai pada masa tu. jalan sepanjang felda tu memang sempit,kiri kanan hutan tapi kami tak terkejut sangat sebab kami dah boleh agak. nama pun jalan felda kan. 
lebih kurang sejam perjalanan, tiba-tiba kereta depan dah bergerak makin perlahan. 
rupa-rupanya kat depan tu ada titi kayu. ya Allah tuhan sajalah tahu perasaan kami masa tu, berdebar sungguh saat kereta merentasi titi tu sebab saiznya yang agak kecil dan lubang-lubang. lepas kami berjaya merentasi titi tu kami memang menarik nafas selega-leganya lah. jalan raya yang pada mulanya jalan bertar kini dah bertukar jadi jalan bertanah merah. kereta di hadapan kami pun dah bergerak makin perlahan. dan mungkin boleh dikatakan langsung tak bergerak. sejam kami tunggu. dua jam. dah ada 2,3 buah kereta yang terus matikan enjin dan padamkan lampu kereta dan ramai orang keluar dari kereta untuk mencari punca kenapa kereta langsung tak bergerak. tak lama kemudian kereta di hadapan bergerak beberapa langkah ke depan. tiga jam. empat jam. kereta di hadapan bergerak beberapa langkah lagi ke depan. lima jam. barulah kereta mula bergerak perlahan-lahan ke depan. rupa-rupanya kat depan sana ada bukit cerun, dan jalan agak licin akibat hujan jadi kereta terpaksa ditolak satu demi satu. nasib baiklah pada masa kereta kami melalui jalan bukit tu,hujan dah reda. saya amat terharu, sebab penduduk felda ni memang sangat membantu kami yang kesusahan mencari jalan keluar ni, disebabkan jalan yang gelap. dan penduduk felda ni jugalah yang datang beramai-ramai membantu untuk menolak kereta yang tersekat di kawasan bukit. pada jam 11 malam kami berjaya keluar dari jalan felda chegar perah tersebut. alhamdulillah kami tiba di rumah keluarga suami pada jam 430 pagi.


akhirnya kami berjaya makan daging bersama-sama ^^

dan bapa mertua cakap, berita dalam tv maklumkan tiada sebarang runtuhan jambatan mahupun tanah. semua tu hanya khabar angin. ya Allah sakit betul hati memikirkan siapalah yang pandai-pandai buat khabar angin semua ni. memang betul-betul menyusahkan orang. tapi, seorang kawan saya yang pulang pada hari yang sama cakap, memang ada tanah runtuh. dan ada lori terbalik. haaaaa lori terbalik la pulak kan. -_-'' 

maaf lah kalau cerita saya ini membosangkang. nak ceritanya ini pertama kali dalam lipatan sejarah saya hidup selama 23 tahun, pulang ke kelantan yang mengambil masa lebih 15 jam. memang sangat penat tapi segala penat tu hilang lepas dapat makan daging dan nyicoh perut air tangan mama dan mama mertua :DDD dan sila bersedia mental dan fizikal untuk pulang bercuti pada deepavali nanti pula >,<

Friday, October 12, 2012

weekend = happy ^^

minggu lepas dapat emel dari wada sensei,
katanya mahu jumpa saya dan suami.
mulanya saya agak segan mahu jumpa sensei,
ya lah nihonggo (bahasa jepun) saya sekarang
ibarat tumbuk kacang guna lesung batu,dah hancur lebur.
tapi pada masa yang sama perasaan nak jumpa sensei memang sangat kuat; 
sensei yang dah banyak curahkan ilmu dan berjasa pada saya.
saya ingat lagi wada sensei suka komen saya tulis terbalik.
lepas tu wada sensei akan pastikan grup eksperimen saya ialah grup terakhir yang pulang setiap kali ada eksperimen >.<

sepanjang pertemuan kami,sensei memang banyak bercerita.
saya rasa seronok sebab dah lama tak berkomunikasi guna bahasa jepun.
walaupun bahasa jepun saya dah jadi kacang hancur lumat,
tapi saya masih boleh faham apa yang sensei cakap tau :D
dan saya sangat terharu sensei belanja kami makanan jepun.
salad salmon,sotong bakar,set sashimi,tempura,sushi,okonomiya pun ada.
harga tak payah cakaplah kan >.<

inilah dia hidangan enak kami itu:

mula-mula buka majlis dengan salad

okonomiyaki ni sangat enak,tiada langsung unsur kemalaysiaan

set sashimi ni paling enak

dan dan dan ikura sushi tu memang tersangat enak!!!!tapi zannen,ada seketul je >.<

berjalan pulang lepas perut penuh diisi

mata aimashoune sensei.

tettet.cerita weekend kali ni akan diupdate minggu depan pula :)



Friday, October 5, 2012

Kisah Jemah

Kisah ni berlaku di bulan ramadhan.
Jemah (bukan nama sebenar) pergi shopping barang untuk hari raya kat tempat yang sangat terkenal dengan barangan murah ditambah pula banyak pilihan yang mampu buatkan kita rambang mata iaitu jalan TAR.
Lepas solat subuh Jemah terus mandi dan bersiap-siap sebab semangat berkobar-kobar gitu nak beli barang untuk persiapan menjelang hari raya. Jemah dah siap buat checklist, sekarang dah tak main la buat checklist tulis atas kertas kan. Teknologi dah maju ke depan, Jemah taip je dalam apps note kat dalam iphone tu uoll. Di pendekkan cerita, Jemah nak pergi ke Jalan TAR tu menaiki keretapi tanah melayu (KTM), perjalanan ambil masa sejam setengah jugalah, lantaran KTM yang berhenti beberapa kali untuk ambil penumpang dan turunkan penumpang. KTM sekarang dah mantap uoll, gerabak dah bertambah, ada priority gerabak untuk wanita, kalau boring menunggu dalam KTM boleh tengok cerita Tom and Jerry, ada servis air fresh orange percuma untuk 10 orang pertama yang masuk paling awal ke dalam gerabak (ok yang last ni tipu je). Jemah tiba di Stesen Bank Negara dalam pukul 9 gitu, Sogo pun belum buka lagi jadi Jemah round-round je la kawasan yang berdekatan. Nak makan tak boleh sebab bulan puasa, apatah lagi nak minum air. Bila Sogo terbuka, Jemah pun berlumba-lumba lah masuk Sogo macam orang lain. Jemah agak gembira dan terharu sebab orang tak ramai sangat pada masa tu memandangkan masih awal pagi. 2 jam Jemah habiskan masa meronda dalam Sogo. Jemah melilau-lilau di bahagian kasut. Baru Jemah teringat sudah hampir 3 tahun Jemah tak beli kasut baru. 3 tahun beraya Jemah pakai kasut yang sama. Jemah tekad nak beli kasut baru. Bukan Jemah kedekut mahupun tak ada duit, tapi Jemah tak berkenan kasut-kasut zaman sekarang semuanya tinggi berinci-inci. Jemah tak biasa pakai kasut tinggi berinci-inci. 2,3,4,5 kali jugalah Jemah keliling tawaf bahagian kasut tapi tapi tak jumpa-jumpa kasut yang menepati citarasa. Jemah hampir nak putus asa, tapi tiba-tiba Jemah ternampak sepasang kasut kaler coklat yang memang menepati citarasa dia lah sebab kasut tu flat dan simple saja bentuknya. Jemah dah sangat-sangat gembira lah. Maka Jemah pun bergegas ke kaunter untuk membayar harga kasut tersebut.

Lalu Jemah pun meneruskan ekspidisi shopping hari raya nya ke Jalan TAR pula. Selari dengan teknologi yang dah semakin maju, design tudung pun dah semakin maju. Shawl 3,4 lapis, pashmina, bawal crown, 3,4,5 tone dan macam-macam lagi lah. Jemah tak lepaskan peluang menilik sehelai demi sehelai tudung yang berkenan di hati. Biasalah orang perempuan kan uoll, rambang mata Jemah bertambah-tambah sebab harga tudung yang murah belaka dan corak nya pun sangatlah menepati citarasa Jemah. Lalu Jemah tak melepaskan peluang borong 6 helai tudung yang berkenan di hati. Gembiranya Jemah tak terkira, Jemah nak bergegas pulang ke rumah untuk menggayakan tudung-tudung tersebut di depan cermin, dan yang pentingnya Jemah nak search kat youtube tutorial cara menggayakan tudung. Dah terbayang-bayang dalam imaginasi Jemah tutorial-tutorial penggayaan tudung yang disearch sebelum ni. Maka dengan girang hati Jemah bergerak pulang ke stesen KTM berdekatan. Tiba-tiba Jemah terperasan sesuatu. Beg plastik barang-barang yang dibelinya kurang satu. Beg plastik yang berisi kasut dibeli di Sogo tadi tiada. Jemah buka satu-satu beg plastik di tangan nya takut terlepas pandang. Tapi memang tak ada. Jemah dah rasa nak menangis dah. Jemah tak mampu nak ingat di mana dia ada tinggalkan beg plastik berisi kasut tersebut sebab hampir semua kedai di Jalan TAR tu Jemah masuk. Akhirnya Jemah putus asa. Nampaknya tahun ni Jemah beraya dengan kasut lama lagi lah. Jemah rasa sedih yang amat sangat, bukan sebab Jemah tak dapat pakai kasut baru bila raya nanti tapi sebab memikirkan kelalaian nya. Jemah beli kasut tu guna duit gaji nya yang pertama yang dah lama Jemah simpan tau. Jemah cuba sedapkan hati mugkin ada hikmah apa yang berlaku. Mungkin kasut tu tak sesuai dengan Jemah kan. Jemah berjalan pulang dengan rasa hampa. Kali ni Jemah langsung tak rasa gembira walaupun Jemah berjaya beli 6 helai tudung yang cantik-cantik. Dalam perjalanan pulang, Jemah intai-intai juga sekeliling kalau-kalau ternampak beg plastik tu walaupun dalam hati Jemah tahu tak mungkin berjumpa. Jemah mahu pulang cepat-cepat, bukan sebab nak search tutorial cara pakai tudung tapi dah tak sunggup nak berada di situ lama-lama mengenangkan kasut baru yang hilang. Jemah berlari-lari anak ke stesen sambil genggam beg-beg plastik berisi tudung yang dibeli, takut tercicir lagi. Puk! Jemah terlanggar sesuatu. Jemah toleh ke belakang untuk tengok apa yang dilanggar nya. Jemah terlanggar seorang pakcik yang pegang bakul berisi tisu muka di tangan kanan, tangan kirinya tiada. Jemah rasa kasihan. Jemah raba dalam poket, ada 3 helai duit seringgit, Jemah hulur kesemuanya kepada pakcik. Bila Jemah mahu langkah ke depan, Jemah dengar pakcik menjerit ke arah Jemah, "Ya Allah, moga orang ini dilimpahkan rezeki bertambah-tambah dari Mu Ya Allah." Jemah terkejut. Jemah pandang muka pakcik tersebut, dia nampak pakcik tu menangis sambil genggam helai-helai duit yang dihulur tadi. Jemah akui Jemah jarang hulurkan duit bila terserempak peminta sedekah sebab Jemah pernah terbaca di internet ada peminta sedekah yang dihantar agen untuk mengemis. Jemah sapu air mata. Jemah tak sangka air matanya jatuh juga. Tiba-tiba Jemah teringatkan kasutnya yang hilang. Jemah dah tak kecewa lagi, dan tak menyesal lagi atas kehilangan kasut barunya. sebab Jemah dah dapat sesuatu yang lebih berharga dan bermakna pada hari itu; doa kebaikan untuk nya.








Sekarang tangan Jemah dah tak berat untuk hulurkan sedekah. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, tapi Jemah ingin didoakan kebaikan untuknya.

Friday, September 28, 2012

berkahwin,mengahwini,dikahwini

Macam biasa tak tahu nak letak tajuk post apa.
Ini post selepas bergelar sudah tidak bujang lagi.
Terima kasih ya Allah.Alhamdulillah ya Allah.
besar nya nikmat yang Kau anugerahkan.Indahnya nikmat yang Kau hadiahkan.
Terima kasih ya Allah kerana mempermudahkan jalan.
Tak pernah merasa ketenangan sebegini.
Terima kasih ya Allah.

Terima kasih mama dan abah tercinta.
Terima kasih keluarga tercinta.
Terima kasih mama yang memahami,yang paling banyak berkorban demi membahagiakan saya.
Terima kasih abah yang menyayangi,tak pernah tunjukkan keletihan di depan kami anak2
walaupun kami tahu abah tersangat penat.
Jasa abah dan mama akan dibalas, kerap kali abah mama tolak duit yang saya hulur,dan mungkin duit tu semua tak mencukupi,tapi saya berjanji iringan doa buat kalian takkan kering dan berhenti dari bibir ni.
Terima kasih alom yang saya kasihi,
Syukurnya Allah kurniakan saya kakak yang memahami dan tak pernah berhenti beri nasihat.
Alom tak pernah abaikan saya,hingga pada saat akhir perkahwinan saya, alom suapkan air dan kuih
 untuk saya sebelum majlis berlangsung, sebab risaukan saya.
Ketahuilah saya sayang sangat alom lebih dari diri saya sendiri.
Terima kasih adik-adik tersayang,nabil dan najwa yang selalu jadi penghibur hati.
Terima kasih saudara-mara yang jauh,yang dekat yang tak pernah merungut tak pernah mengungkit saat saya perlukan bantuan.terima kasih untuk tangan yang kalian hulurkan.
Jasa kalian tak mampu saya balas, tapi saya mendoakan kesejahteraan buat kalian,
semoga kalian sentiasa berada dalam rahmatNya.


Terima kasih sahabat,
Terima kasih teman seperjuangan di Sk Kamil 2, sms tengku muhd faris petra,teman JAD,dan teman yang lain kerana masih mengingati walaupun dah lama tak berhubung.terharunya saat melihat kalian sudi datang ke majlis kami walaupun terpaksa menyusahkan diri datang jauh dari tempat kalian ke kelantan.saya hargai setiap hadiah yang kalian beri.ada teman yang tak boleh datang tapi sempat kirimkan hadiah,terima kasih. terima kasih untuk semua doa yang kalian titipkan untuk kami,terima kasih untuk ucapan di facebook, twitter, kiriman sms dan telefon. maaf andai ada yang tak terbalas, mungkin saya terlepas pandang. terharunya bila baca post beberapa orang sahabat tentang saya, terima kasih semua. terima kasih untuk sahabat sejati nurul ain sebab banyak membantu hingga saat akhir perkahwinan saya..terima kasih ain sbb tak pernah lupakan saya, Allah saja lah yang dapat balas jasa ain. moga Allah permudahkan pula jalan in :) terima kasih untuk sahabat setia wan zuliyana, dia lah orang penting dalam hidup saya. sebab dialah yang banyak tolong saya dan sudi mendengar saat saya sedih. saya akan sentiasa cuba ada untuk dia sampai bila-bila walaupun komitmen saya bertambah sekarang ;) saya tak dapat sebutkan satu-satu nama sahabat di sini,tapi saya hargai anda semua.Maaf andai ada yang terkurang pada majlis kami, saya manusia biasa, saya cuba buat kalian gembira,tapi saya cuma hamba yang tak sempurna dan tak punya apa-apa..



Terima kasih sayang,
Alhamdulillah akhirnya jodoh saya ialah dengan orang yang saya cinta.
Alhamdulillah akhirnya jodoh saya dengan orang yang saya kenal 7 tahun dulu.
Syukurnya suami saya ini ialah orang yang tak pernah tinggalkan saya walaupun saya banyak kekurangan.
Alhamdulillah Allah panjangkan jodoh kami. Dulu saya segan nak bercerita tentang dia, walaupun dia minta banyak kali. katanya saya asyik bercerita tentang orang lain tapi tak pernah bercerita tentang dia.
kisah kami panjang,ada pahit ada manis. mungkin boleh buat novel kuikui.
saya tak pernah minta jodoh saya mestilah kacak, berharta,romantik dan seumpamanya. cukuplah dia itu memahami saya dan boleh terima kelemahan saya.
Bila semangat makin luntur,dia sentiasa ada di sisi tak pernah meninggalkan.
Bila saya langsung tak tahu nak selesaikan masalah research,
dia sanggup fahamkan sendiri walaupun itu bukan bidang dia.
Bila saya menangis sebab tak jumpa penyelesaian,
dia sanggup tinggalkan game-game dan anime dan komik online kegemaran dia tu dan cuba selesaikan.
Bila saya ada masalah, muncullah poskad2 penaik semangat dari dia.
Sepanjang 7 tahun kenal dia, tak pernah sekalipun dia tinggikan suara pada saya.
Bila dia marah, marah tu tak lama, tak pernah lebih dari 2 minit.
Dulu waktu kecil abah selalu bacakan doa untuk saya sebelum tidur.
Alhamdulillah orang yang tak pernah lupa bacakan saya doa sebelum tidur setiap malam
sejak 4 tahun lalu kini jadi suami saya.

 


Saya mahu jadi anak solehah untuk mama dan abah yang akan sentiasa doakan kebaikan untuk mereka.
Saya mahu jadi isteri solehah penyejuk mata untuk suami saya.
ini bukan pengakhiran kisah kami tapi ini permulaan kami untuk laksanakan tanggungjawab.
Moga Allah panjangkan jodoh kami hingga ke syurga.
Moga Allah kurniakan kami anak-anak soleh/solehah penceria keluarga.



dan ini khas untuk hasparina sensei tersayang! :)