Tuesday, March 29, 2011

ma fav !

hari ini..



mama masak mi kari !



saya makan 2 pinggan !



ada lagi 1 periuk penuh dengan mi kari..akan diserang esok pulaa !





mi kari mama memang terbaik.
banyak-lauk-itu-yg-saya-sukaa







XOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXO

saya memang macam ni,bila dah suka 1 lagu tu,saya akan dengar ia 
berulang-ulang-ulang-ulang kali sampai rasa nak-muntah-janji-tak-nak-dengar-dah
dan ini lagu yang tengah bernyanyi-nyanyi di lappy ku sekarang <3


 :: bila kamu tak lagi denganku ku tak tahu apa tuk jalani hidupku ::

tolongla lambat sikit masa berlalu..sebab saya sangat seronok berada di rumah..boleh luang masa sepuasnya dengan keluarga tercinta,boleh keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan,boleh makan sepuas-puasnya,boleh tengok tv sepuas-puasnya,boleh main dengan esha..

Friday, March 25, 2011

riangnya dalam hati















ya Allah permudahkanlah :))









Thursday, March 24, 2011

belajar menerima

bila kita dah makin lama kenal dengan seseorang tu
kita akan makin nampak keburukan dan kelemahan dia
dan keburukan dan kelemahan tu sememangnya kita tak suka
tapi kalau kita sedar keburukan dan kelemahan tu pasti ada pada setiap manusia
kita akan terima segala keburukan dan kelemahan sesiapa pun
dan kalau kita sayang dia,kita bantu dia baiki keburukan dan kelemahan tu
dan kita jangan berharap dia akan berubah dalam sekelip mata mengikut citarasa kita

ini contoh saja ye
kita dengan A kawan baik sejak tadika
kita suka korek hidung depan A
tapi A tak suka kita korek hidung depan dia
tapi tu macam dah jadi tabiat kita
sebab macam dah buat hari-hari
tapi sebab kita sayang dengan A ni
kita akan berusaha tak akan korek hidung dah depan A 

tapi A tak boleh paksa kita untuk cepat-cepat berubah supaya
 tak korek hidung dah keesokan harinya
kita berubah perlahan-lahan
kurangkan bilangan korek hidung tu jadi 3 kali seminggu ke
lama-lama mesti kita dah boleh atasi masalah korek hidung depan A tu




saya manusia tak sempurna
terima kasih kepada semua yang menerima saya yang serba kekurangan ini
saya cuba perbaiki diri dari masa ke semasa
tapi saya tetap tak akan dapat jadi manusia sempurna
sebab sifat manusia itu memang ada kekurangan
terima kasih dan maafkan saya..

Tuesday, March 22, 2011

Girl's language


mode:jiwang
terjumpa ini di page seseorang:

GIRL LANGUAGE
-> if i dont text you :
( its because im waiting for you to text me )

-> when i walk away from you mad :
( follow me )

-> when im quiet :
( ask me what's wrong )

-> when i ignore you :
( give me your attention )

-> when you see me crying :
( wipe my tears with your handkerchip )






(tersenyum)

Friday, March 18, 2011

Allah,aku khilaf

saya pulang ke Malaysia.dalam hati ada taman tapi dalam hati tetap rasa berat.pulang nya ke Malaysia bukan berniat untuk melarikan diri dari bencana yang Allah timpakan di bumi sakura ni,sebab kalau ajal saya dah sampai,kat Airport Singapore ni pun bila-bila masa je Allah boleh cabut nyawa saya.Bila difikir-fikir balik saya dapat banyak ibrah daripada benda-benda yang saya alami selama saya berada di Jepun semasa kejadian bencana alam berlaku di sana..dan saya berasa sangat beruntung,sebab saya antara orang-orang yang terpilih untuk turut sama merasai keadaan seperti ini.

"Gempa bumi dan tsunami di Jepun adalah satu bencana alam bagi memperingatkan manusia tentang kekuasaan Allah s.w.t. yang di luar jangkaan manusia. Semua manusia perlu ingat bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba. Oleh itu, manusia perlu membuat persiapan sebaiknya semasa hidup di dunia. Inilah pendirian yang sepatutnya ada oleh setiap umat Islam dan juga manusia lainnya."


selama ini saya sangat yakin bahawa saya sangat-sangat berada dalam zon yang selamat/selesa.di Jepun insyaAllah tidak akan berlaku kecurian selain kecurian basikal dan payung sahaja,orang nya pun baik-baik belaka,boleh kata Jepun ini negara yang kampeki(lengkap,macam-macam adaaa),tak ada yang perlu dikomplen kan.bencana alam yang menimpa Jepun ini,kiranya Allah mahu tunjukkan pada saya,seselesa mana pun kehidupan saya di Jepun,saya tetap takkan boleh lari dari bencana yang Allah mahu timpakan.manusia diuji dengan bermacam-macam,dan ujian ini memang menyedarkan saya,saya tak boleh selalu rasa senang sampai lupa pada Dia..
orang Jepun ni boleh dikatakan bersikap individualistik.diorang memang suka buat hal masing-masing,dah tak kisah tentang orang lain.bencana yang Allah timpakan ini kiranya Allah mahu mereka bersatu-padu semula,bekerjasama dan ambil kisah tentang orang lain juga..dan mereka berjaya!buktinya di bahagian yang tidak dilanda bencana alam,mereka sanggup bergelap bersejuk di dalam rumah semata-mata mahu menjimatkan elektrik untuk dibekalkan ke tempat yang dilanda tsunami dan gempa..dan saya ada terbaca satu kisah dari twitter,seorang homeless (orang yang tiada rumah) memberikan kotak sebagai tempat tidur kepada mangsa bencana yang baru kehilangan rumah kerana bimbang kesejukan.bagusnya mereka...nilai Islam terlihat jelas pada diri mereka yang bukan Islam..
'orang Jepun memang baik tapi suma tu luaran je,
diorang hipokrit.kat dalam hati diorang hitam legam' 
bagaimana pula dengan kita.....?luaran pun dah tak bersih....
dalam hati pun belum tentu bersih kan?
bukan niat untuk mengagung-agungkan Jepun,
negara yang majoritinya bukan Islam.
tapi banyak sangat yang saya dapat belajar dari negara yang kecil ini.

I saw Islam,but no muslims -Muhammad Abduh-

tersentuh dengan puisi karya Hilal Asyraf:

Puisi Dedikasi buat Jepun


Kadangkala wahai saudara,

Manusia itu perlu digegarkan,

Barulah mereka terbangkit daripada lena


Adakalanya wahai saudara,

Derita itu tiba tanpa amaran,

Biar manusia itu faham bukan semua berada dalam kawalan



Negara kalian adalah antara yang termaju,

Pelopor teknologi dan dikagumi,

Bangkit daripada kehancuran dalam masa yang singkat,
Dahulunya penjajah negara kami,
Kininya antara yang perlu kami contohi



Tetapi saudaraku,

Negara kalian yang termaju itu juga tergegar,

Kalian yang serba hebat juga tergempar,
Nyatanya wujud yang lebih hebat dan menakutkan
Yang berhak menjadi tempat sujudan dan kiblat tundukan
Inilah dia pengajaran



Adakah Tuhanku zalim?

Bukan. Bukan.

Tuhanku hakikatnya Tuhanmu jua.
Dijadikan bala bencana biar kita beringat sama



Apakah makna kehidupan wahai saudaraku?

Saat bangunan-bangunan tinggi itu kau lihat jatuh teroboh.

Apakah makna kehidupan wahai saudaraku?
Saat air laut naik meruntuh.
Apakah makna kehidupan wahai saudaraku?
Saat segala apa yang dikejari selama ini hancur luluh.



Tidakkah itu buktinya sampai satu saat hidup ini akan tamat?

Dan untuk apakah kehidupan bagi sesuatu yang singkat?

Inilah dia yang Tuhanku dan Tuhanmu mahu bicarakan,
Gegaran dan gemparan ini sebagai peringatan,
Buat kamu wahai saudaraku menjelaskan penglihatan,
Buat aku juga biar mendapat pengajaran.



Belasungkawaku buat kalian,

Saudara-saudaraku dalam kehidupan,

Aku berdoa kepada Tuhanku yang juga merupakan Tuhanmu,
Agar kalian dipermudahkan segala urusan,
Dan peristiwa ini memberikan makna kepada kehidupan kalian.



~Hilal Asyraf~

Sunday, March 13, 2011

andai kau tahu apa yang ku rasa..

11hb 3,2011 : hari ini hari jumaat seperti hari-hari biasa..hari ni saya terpaksa pergi sekolah sebab ada sesi belajar dengan senior.tapi saya pergi awal sikit sekolah sebab saya nak print report yang saya kena persembahkan di hadapan senior dan kawan-kawan satu lab.dan lepas tu saya nak bergegas ke stesen keretapi higashi omiya sebab mau menunggu kedatangan kawan baik saya Tisu yang datang jauh dari Osaka.jadi lepas print siap-siap semua report,saya bergegas naik bas sekolah menuju ke stesen,sambil-sambil tunggu bas nak bergerak,saya belek-belek facebook,kalau-kalau ada berita menarik.lepas tu saya tengok-tengok orang sekeliling,kot-kot ada orang yang saya kenal.duk tengah tengok-tengok orang tu,saya rasa bas dah goyang-goyang mungkin petanda bas nak bergerak dah kot.tapi lama-kelamaan bas goyang lagi kuat.kuat.saya dengar orang jepun jerit sambil lari-lari cakap gempa bumi.tapi saya tak tahu nak buat apa masa tu.saya tengok bas sekolah yang parking tak jauh dari bas yang saya naik tu bergoyang kuat sangat,macam nak terbalik.masa tu baru saya rasa ada benda yang tak kena.saya keluar bas cepat-cepat tapi tak tahu nak pergi mana.tambah-tambah saya terpaksa berjalan sambil imbangkan badan sebab tanah tempat saya pijak bergegar.bergegar kuat sangat macam tanah nak merekah.saya tengok pakcik guard sekolah saya kejap tengok langit,kejap tengok tanah.ada sorang kakak jepun pandang saya,dan saya pandang dia lalu terkeluarlah perkataan "kowai yo" dari bibir ni dan mata dah berair dah.kakak tu cepat-cepat peluk saya dan cakap "tak apa semua ok" dan suruh saya duduk sambil peluk saya kuat-kuat.walaupun saya tak kenal siapa kakak tu tapi saya tahu beliau orang hal ehwal pelajar di sekolah saya.bila keadaan dah agak tenang,saya pula tak tahu nak pergi mana.nak balik rumah rasa takut.jadi saya tetap naik bas pergi stesen keretapi.sepanjang perjalanan ke stesen,saya tengok orang ramai sangat kat luar rumah.air dari dalam kolam kat depan stesen dah melimpah keluar.kedai farmasi sebelah pasaraya seiyu macam dah nak tutup,sebab barang-barang kat kedai tu dah jatuh bertaburan atas lantai.dan banyak kedai yang ketiadaan eletrik.saya dengar ada makcik jepun cakap,benda macam ni tak pernah berlaku lagi dekat Saitama.saya menyandar dekat dinding satu pasaraya,memerhati gelagat orang sekeliling.semua panik.dan saya dapat rasakan lagi gegaran.saya rasa tempat tu bukan tempat sesuai untuk saya duduk masa tu.tapi saya tak tahu nak pergi mana. :( saya ulang -alik dari stesen pergi sekolah,lepas tu jalan kaki ke stesen semula.saya cuba contact beberapa orang tapi tak dapat.dan saya dapat tau dari facebook,kawan saya sekarang tengah terkandas di Shinjuku dan saya sangat risau.dan rupa-rupanya Jumaat ini bukanlah Jumaat yang biasa seperti hari-hari biasa.saya dapat tau dari facebook juga,ada tsunami melanda di beberapa kawasan di jepun.ya Allah tak sangka gempa yang saya alami tadi disusuli dengan tsunami besar.dan mengorbankan banyak nyawa..malam itu saya tak dapat tidur,saya tak henti-henti tengok berita di tv takut-takut ada amaran gempa bumi yang lagi kuat.dan saya tak mampu nak balik rumah.menumpang di rumah senior saja.dan masih lagi terasa gegaran-gegaran susulan.nasib baik lah line 3g masih boleh digunakan kat jepun,kami di jepun hanya bertanya khabar dan contact antara satu sama lain melalui facebook.sebab talian telefon diputuskan...saya dapat berita dari kawan di bahagian tokyo bahawa dia pulang berjalan kaki dari sekolah ke rumah yang mengambil masa 4 jam sebab semua perkhidmatan tren dihentikan..dan basikal-basikal kat kedai malam tu semua habis dijual sebab orang-orang jepun balik rumah dengan mengayuh basikal..dan saya tak tahu saya terlena pada pukul berapa....

12hb 3,2011 : masih tak berani balik rumah.dan masih lagi menghadap berita di tv.kesian sungguh melihat mangsa-mangsa tsunami yang dah dipindahkan ke tempat yang agak selamat..walaupun mereka orang kafir,saya rasa tak sesuai kot kalau kita cakap tak apa lah diorang mati pun,diorang orang kafir.sebab bagi saya,zalimnya berkata begitu sebagai umat Islam yang berpendidikan dan beragama.jangan jadi orang yang pentingkan diri sendiri di saat-saat begini.walaupun mereka orang kafir,tapi bukan ke Rasulullah sendiri dah berpesan supaya kita buat baik kepada semua orang walaupun berbeza agama?umat Islam itu dianjurkan untuk berhubungan baik dengan masyarakat sekalipun bukan orang Islam.umat Islam tak dibenarkan memerangi musuh kecuali musuh yang memulai.begitulah cantiknya ajaran Islam, tapi sayangnya umat Islam sudah tidak mempraktikkannya.akhirnya Islam jadi terlihat tidak cantik.kenapa?kerana sikap kita juga deshou.. :(

dan dalam hati ni pun turut risau dengan keadaan keluarga di malaysia,konfem lah mereka sangat risau.dalam hati ni berbelah bahagi,samada mahu bertenang atau mahu bergelabah..
petang itu sekali lagi dikejutkan dengan berita reaktor nuklear meletup dan bahan radioaktif kat dalam tu macam tersebar.ya Allah takutnya..walaupun berada dalam rumah tapi kami tetap pakai mask sebagai langkah keselamatan..dan ada ura-ura cakap air dah tak selamat untuk diminum.masa tu memang hati meronta-ronta cakap nak balik sangat4 malaysia..tapi bila PM jepun bagi maklumat mengesahkan reaktor nuklear tu tak bagi kesan yang besar,semua buka mask dan pergi minum air paip dengan gembira semula :) dan kitorang memang bersiap sedia kumpul makanan banyak-banyak sebab mind set pada masa begini asyik cakap takut kekurangan makanan sebab kat kedai-kedai semua dah kehabisan roti-roti dan air mineral..

13hb 3,2011 : keadaan sudah sedikit tenang.tapi masih ada ura-ura mengatakan letupan nuklear membebaskan radioaktif masih samar.tapi gegaran sudah kurang dirasakan..apa-apa pun,kami di sini sangat berharap semuanya baik-baik saja..sebab saya dah tak mampu nak fikir apa-apa lagi..hanya mohon doa dan sokongan kalian semua,doakan kami semua baik-baik saja!
dan tolong la jangan buat lawak yang tak sepatutnya di saat kami dalam situasi begini,seperti ayat ini,'padan muka sape suruh tak balik Malaysia..kan dah kena'

mungkin ni gurauan biasa dari kawan-kawan..tapi..
Allah saja yang tahu saya sangat-sangat nak balik Malaysia sejak sebulan yang lepas lagi,tapi gara-gara ada hal dengan sekolah dan hal lab,saya TAK BOLEH pulang.saya nak balik tapi tak boleh.diulang,tak boleh.dan saya sangat sensitif untuk beberapa ketika ni mungkin disebabkan tekanan perasaan berada di sini dan sebab ketakutan.. mungkin keadaan yang saya tengah alami ni tak seteruk seperti keadaan di beberapa buah tempat yang teruk dilanda tsunami,dan mungkin saya tak perlu risau.tapi serius saya risau!.......
setakat ini saja update dari saya,dah tak larat mahu taip panjang-panjang walaupun masih banyak yang terbuku dalam hati ni..akhir kata,doakan kami semua selamat!
BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop


(tajuk post di atas macam tak boleh blah,tapi hanya sekadar berkongsi rasa,andai kalian tahu apa yang kami di sini rasa..)

Tuesday, March 8, 2011

peristiwa di subuh hari

benda yang paling saya takut bila bangun pagi-pagi ialah kalau saya terlepas solat subuh.
pagi tadi tersedar dari tidur pukul 7 pagi.alamak tak sembahyang subuh lagi!
saya memang mudah tersedar kalau terdengar bunyi apa-apa masa tidur.tapi pagi tadi tak tersedar pun bunyi alarm clock yang saya kunci pukul 530 pgi untuk bangun..
mungkin sebab kepenatan kerja semalam..
siyes,rasa nak nangis je dan salahkan diri ni sebab buat main-main benda penting lagu ni.
selama ni kalau saya liat nak bangun sembahyang bila tersedar pagi-pagi sebab dengar bunyi alarm clock,selalu je terlintas dalam hati ni,'kalau aku tertinggal subuh ni,kalau aku mati lepas ni,aku mati dalam keadaan tak sembahyang subuh' jadi walau macamana saya mengantuk pun,walau macamana saya pejamkan mata sekalipun,saya tetap akan bangun sebab terfikir macam ni dah.tapi kalau memang tak tersedar langsung..waaa saya tak nak lagu ni..
tak baik tau.melewatkan waktu sembahyang pun tak elok,
apatah lagi meninggalkan sembahyang.


مَن نسي صلاةً أو نام عنها فكفارتها أن يصليها إذا ذكرها

"Barang siapa yang terlupa solat atau tidur dan terlepasnya, kafarahnya ialah bersolatlah sebaik sahaja dia ingat" - [Hadith riwayat Muslim #684].


orang cakap boleh qada solat.tapi takkan nak qada sembahyang subuh tu tiap-tiap hari sebab tertidur/terlewat bangun.dan ada orang cakap tak ada pun istilah qada solat ni.apa-apa pun,walaumacamana sekali pun kena usahaaaa ganbareee jangan tertinggal perkara wajib ni!
solat tiang agama,benda pertama dihitung kat akhirat nanti solat kan Nabila?
jadi jangan pandang mudah.
lepas ni saya kena kunci alarm clock setiap 5 minit..semoga kerja part time yang saya buat tak kan menjadi alasan saya terlepas subuh lagi..amin.

Monday, March 7, 2011

eh eh eh

seluar dah longgar la kat pinggang..
adakah ini petanda...















berat badan saya telah menyusut?
atau dalam erti kata lain..
saya sudah semakin kurus?

Sunday, March 6, 2011

azam baru

walaupun tahun baru dah lama lepas,saya tetap mahu buat azam baru dengan 
penuh semangat nya!!!!
bahawa saya...
dengan sedaya upaya saya...
tak akan toleh kiri kanan lagi!

kamu yang baca ni mesti tak faham kan?
tak apa lah kalau tak faham
biarlah saya dengan Allah je yang tau
dan mungkin ada sorang lagi bakal tau lepas ni
tapi orang tu dah tido dah
saya bagitau dia esok lah.
saya pun tak tau apa yang saya merepek ni
yang pasti esok saya kena bangun awal untuk pegi kerja
jadi saya kena tido awal malam ni

jadi saya mahu tido dulu sebab nampaknya masa telah mencemburui saya untuk menaip lagi
selamat malam
jangan lupa baca doa tidur
*doakan saya takkan sekali-kali toleh kiri kanan lagi ya*

Saturday, March 5, 2011

saya manusia..kamu yang baca ini pun manusia juga :)

semalam dengar cik syafikah mendayu-dayu nyanyi lagu ni dengan suara merdunya itu :)
dan ternampak cik fauziah letak link lagu ni dekat ym dia :)


kalau kita selalu ingat, dan tahu Allah itu selalu perhatikan kita mesti kita tak kan langsung,walau sekali pun akan berani buat maksiat/dosa kan..?
dan takut sangat-sangat andai kita tak sedar sebenarnya perbuatan kita tu mendatangkan dosa..nauzubillah :(

kita manusia,makhluk istimewa berbanding makhluk lain yang Dia cipta..sebab dianugerahkan pelbagai nikmat dan kelebihan.tapi...kenapa kita yang dianugerahkan dengan kelebihan dan nikmat melimpah ruah ni adalah manusia yang sama merosakkan apa yang kita ada?
tepuk dada tanya iman ku *monolog dalam hati*

Friday, March 4, 2011

Cinta tak bersyarat

tadi kan tiba-tiba syaitan datang bisik kat tepi telinga saya nak suruh saya bersangka buruk kan,sebab tak nak bagi saya dapat buat report lab elok-elok kan,tiba-tiba ada satu lagi suara datang berbisik kat telinga sebelah lagi,mengatakan saya ni sudah dewasa,sudah 22 tahun dah nabila,tahun depan saya dah nak dapat degree dah.saya dah kena jadi matang dah dalam berfikir.bersangka buruk tu tak akan menyelesaikan masalah pun,tak akan dapat bagi saya buat keputusan secara baik pun.jadi saya tak boleh bersangka buruk.dan saya tak akan bersangka buruk.saya manusia biasa.kadang-kadang saya tak dapat puaskan hati semua orang.tapi saya rasa saya lagi banyak jaga hati orang lain dari diri sendiri.kadang-kadang saya takut nak bersuara sebab takut apa yang saya cakap tu tak sama dengan yang orang lain faham.dalam erti kata lain disalah tafsirkan.sebab tu kadang-kadang saya rasa nak diam je tapi bila saya diam tak ada orang pulak nak berkawan dengan saya.saya rasa sedih pulak sebab tak ada orang nak bercakap dengan saya.saya ikut je orang buat apa dan cakap apa tentang saya.tapi saya tak kisah sebab saya akan gembira kalau orang lain gembira.walaupun dalam hati ni ada terluka..tapi serius saya tak kisah.sebab saya mahu semua orang senang bila bersama saya.tapi saya kena terima tak semua begitu.sedangkan Rasulullah yang sangat berbudi pekerti tinggi tu pun ada dibenci sesetengah pihak.
sebenarnya saya tengah taip repot pasal tema yang saya mau pilih untuk lab cikgu Miyoshi ni tapi tak tau nak buat kesimpulan report tu macamana..jadi saya bersiar-siar dulu kat blog iluvislam.com.dan tiba-tiba hati jadi sebak.tapi sekarang tak berapa nak sebak sangat.tiba-tiba rindu famili di Malaysia la pulak.yosh nabila,cikgu Miyoshi menanti kamu di depan komputer untuk berskype bersama pada pukul 330 petang waktu Jepun bersamaan lebih kurang pukul 7 pagi waktu Perancis!
dan untuk teman seperjuangan:Mano ken no Syafikah chan,makenaide ne!kamu boleh!saya yakin dengan kamu! :))))))


notis:tajuk besar tiada kaitan dengan post yang ditaip ini

Thursday, March 3, 2011

Flying! A warm heart.

tajuk entri ni saya ambil daripada kata-kata yang tercetak kat bantal peluk saya hihi
dah lama tak tulis sini
sebab rasa tak mau tulis
tapi sebab ada orang suruh saya update maka saya pun update la
(perasan orang ramai sangat baca blog ni pulak)  /(-_-)\
balik dari interview baito(part time job.sebenarnya bukan interview,diorang panggil untuk daftar),lepas singgah makan mi tom yam kung yang lazat lagi berkrim dekat omiya,lepas singgah dekat sekolah shibaura untuk beli kebab sebagai makan malam,saya pulang ke rumah dengan perasaan gembiranya untuk berinternet.tapi tak tau la kenapa,sejuk-sejuk ni internet nak bermasalah pulak.saya baiki tapi tak jadi.bunyi macam pro sangat lah kan bila saya sebut baiki internet tapi sebenarnya,sambung cabut wayar je :P oh ya lupa nak cakap yang ni kali ke entah berapa belas saya minta kerja part time dan alhamdulillah dapat kot kalau saya dapat emel esok dan boleh mula kerja lusa.sebelum ni saya telah direject oleh banyak syarikat terkenal seperti pejabat pos omiya,pejabat pos saitama,syarikat yang menyediakan perkhidmatan cleaner dan beberapa biji kilang lagi,.mereka-mereka ini telah mereject saya dengan sewenang-wenangnya sebab berasakan saya tak boleh buat part time dekat tempat-tempat mereka.tapi tak apa lah,Allah nak bagi saya peluang rasa pengalaman banyak kena interview :) ..sambung balik cerita baiki internet tadi,lepas tak jadi saya pegi dapur buat kentang putar dengan sos yang macam KFC tu.saya tak ada mesin nak putar kentang tu jadi saya penyek dengan sudu je -_-'' penyek punya lah lama.saya pegi baiki internet lagi.tapi tetap tak jadi.pegi buat sos pulak.siap dah semua,pegi baiki lagi.tapi tak jadi juga.rumah sebelah pun ada masalah juga rupanya.tapi berbekalkan semangat gigih tanpa putus asa yang muncul dalam diri masa tu,tiba-tiba internet pun dapat di connect.maka saya pun terus memulakan rutin-rutin harian sebagai penonton setia di dramacrazy.net :D
sekian saja kisah hidup saya pada hari ini,tangan sudah nak beku sebab menaip tanpa pasang heater.selamat malam semua.oyasumi.good nite.sweet dream.jangan lupa baca doa tidur :)


tetap tak boleh lawan yang KFC punya tapi boleh la jadi penawar rindu :)