Monday, April 4, 2011

cerita abah

mula-mula nak cerita pasal abah.
kat bahagian siling bilik adik bongsu saya,ada seekor anak kucing terlekat kat situ.
al-kisahnya kucing tu diletak oleh mama dia yang nak sembunyikan dia dari musuh la kot~ diorang masuk dari celah-celah bawah bumbung yang tak tertutup tu.hari jumaat lepas,lepas abah pastikan takde dah kucing kat atas tu,abah pun tutup la lubang dan celah yang terbuka dengan jaring.cara nak tutup tu bukan senang ok,sebab abah kena baring sambil pasang jaring tu untuk mengelakkan kucing dan haiwan lain masuk kot celah tu lagi.lepas siap pasang semua-semua tu abah pun bersorak riang la.tiba-tiba mama cakap mama terdengar bunyi kucing mengiau-ngiau dari atas siling bilik adik.aiyakk ada anak kucing lagi kat atas tu...kesiannya abah tadi,kena panjat semula nak keluarkan anak kucing tu.tapi kali ni abah buka atap bumbung.sebab dawai yang abah dah pasang tu susah nak buka semula.tapi sebab lubang kecil,tak boleh nak keluarkan kucing tu.kaki abah dah berdarah dan abah kena pegi kerja semula kejap lagi..jadi abah biarkan bahagian bumbung tu terbuka,moga-moga mama kucing tu datang amik anak dia kejap lagi..


abah siap buat peta untuk cari kedudukan anak kucing tu.mama gelak-gelak sambil cakap,'ni la kerja engineer,nak amik kucing pon kena buat peta' saya pun tergelak tengok ni :PP

sekarang abah ulang alik kerja kat terengganu,pahang dengan kelantan.saya tak puas hati.kenapa abah kena kerja jauh-jauh.saya suruh abah berhenti kerja.abah,berhenti la..tapi abah cakap kalau abah berhenti kita semua nak makan apa..sayu dengar abah jawab macam tu.cepat la saya habis belajar,nak kerja cepat-cepat dan bagi duit untuk abah dengan mama.abah dengan mama duduk je la goyang kaki kat rumah..

4 comments:

Syazwe said...

hihi..abh bi lucu la..ingt lagi masa abh bi tgk ifon,msti cari peta malaysia dlu..engineer meme gni kot..nnt seksok,mesti we gni gok.. ;p

myselfSakura said...

waa..naik sapa atah atap abah mg..hbat2..klu mg hok lekat atah bumbung tu, x trun2 dh abah mg haha

al-kauthar said...

wah hero family bila:)

desir2sakura said...

we:abah meme gitu..suka sgt la tgk2 peta ny :D
fana:hahaa adakah mu nk oyt ak berat???
sohe:yes,hero family aku :))