Tuesday, April 26, 2011

selamat tengahari

asalamualaikum!
saya menaip post ni di meja komputer dalam lab saya yang aman damai ini.
cikgu,senior dan kawan-kawan belum datang,i'm the first!
saya kena siapkan kertas pembentangan untuk seminar nanti.ya Allah,bersyukurnya hari ini..sebab dah berjaya jikkou kertas pembentangan ni.terima kasih kakak Yuko dengan abang Kikuchi sebab tak jemu ajar sayaaaaa..rasa gembira sangat-sangat.hari ni cikgu tegur tudung saya pakai.cikgu cakap saya ada banyak jenis tudung.beliau tanya saya bawa tudung berapa helai,saya cakap saya bawak banyak,tak terkira.cikgu banyak tanya saya pasal Malaysia,dan cikgu sangat-sangat berpengetahuan pasal dunia,beliau cerita macam-macam.cikgu tanya saya nak jadi TA (teaching assistant) tak.nanti boleh balik Malaysia.saya jawab naaaaakkkkkkkk!!!!saya gembira sangat.saya kena berusaha betul-betul ni.
hari ni juga saya teringat kisah silam.anda semua nak tahu?sila teruskan pembacaan anda.dulu masa darjah 1,saya tinggal di Pasir Puteh,rumah kuarters,abah kerja JKR.lepas tu tiap-tiap pagi sebelum pergi sekolah ada satu perasaan takut akan timbul dalam diri ni.tiap-tiap pagi saya rasa takut!anda nak tahu kenapa?saya ketakutan setiap kali nak sarungkan kasut sekolah yang warna putih tu pada kaki.sebabbbbb 

iniiiiiii !!!!!

geliiii...bila dah rasa lembik-lembik kat hujung kaki,otomatiknya saya akan baling kasut sekolah tu sejauh mungkin.siyes geli!tapi tak tau nak buat macamana dah,dah sembunyikan kasut dalam almari pun katak tetap akan berumah dalam kasut tu..rindunyaaa zaman kecik-kecik dulu..sangat rindu mama.rindu nak cakap dengan mama walaupun baru je telefon cakap banyak-banyak dengan beliau.dan berpuluh kali kot cerita benda sama tapi mama setia mendengar je.ok lah,mahu siapkan kertas pembentangan..ada sikittt saja lagi.lepas tu mahu pergi kerja.jya~



bagaimana membentuk jiwa yang positif : lebihkan mencintai daripada membenci.

2 comments:

Anonymous said...

oit!! buat kerja la!!

Syazwe said...

katak oh katak..dalam tu dh la masham,gano la dio blh wt rumoh situ ;ppp