Tuesday, June 21, 2011

sindrom jumaat

hari ni bukan hari jumaat.
esok pun bukan.
hari jumaat saya tak boleh nak update blog sebab saya sibuk
jadi saya terpaksa update blog selain dari hari jumaat
tapi hari ni saya nak bercakap tentang hari jumaat.

bila hari jumaat tiba je hidup jadi tak tentu arah.
rasa nak lompat-lompat
guling-guling
golek-golek
rasa nak muntah
tangan berpeluh-peluh
ulang alik dua tiga kali pergi tandas
rasa nak lari jauh-jauh walaupun saya ni tak larat berlari.
ada apa dengan hari jumaat?
ya,penghulu segala hari.
pada hari penghulu segala hari inilah saya
kecuakan
ketakutan
kemenggigilan
sebab saya terpaksa bercakap di hadapan cikgu,
kawan-kawan dan senior tentang idea research saya
terketar-ketarlah memegang kertas yang tercatat idea-idea saya 
yang kadang-kadang tak munasabah.
tapi alhamdulillah masih boleh bertahan setakat ini
idea sudah diterima,sekarang semua terletak dalam tangan saya 
untuk memikirkan langkah seterusnya

tapi sebenarnya saya ada tips untuk mengatasi kecuakan ini.
iaitu dengan memikirkan benda-benda gembira yang akan saya lakukan lepas presentation.
tapi tips ini mungkin tak berapa berkesan untuk kebanyakan orang.
tapi cukup berkesan untuk saya.
sebab dapat hilangkan sedikit kecuakan tu.
sedikit pun jadilah :D
antara benda gembira yang saya fikirkan ialah seperti di bawah :D

lepas habis presentation boleh pergi shoping :D

lepas habis presentation boleh tengok drama sambil minum air limau berpulp

lepas habis presentation boleh keluar makan ikan tiga rasa

lepas habis presentation boleh jumpa kawan-kawan

ye ye memang sangat seronok
tapi semua ni akan jadi lagi seronok kalau presentation yang dibuat tu tidak dikomen dan dibangkang sebaliknya diterima :D
terima kasih sahabat sebab menggembirakan saya
seronok kan kalau dapat gembirakan orang lain,
sebab hati sendiri pun rasa gembira
tapi kalau tak dapat buat orang lain gembira jangan la pulak menambah luka di hati dia..
kata-kata seperti 'kamu comel' pun dah mampu gembirakan hati sahabat tau :'D

‎"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yg telah dicari" ♥  


XOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXO

sabtu lepas pergi jamuan dengan cikgu,kawan-kawan dengan senior 
dekat restoran shinjuku
sangat seronok sebab cikgu orderkan semua makanan ikan untuk saya :')
dan boleh minum air buah-buahan sesuka hati 
banyak-mana-pun-boleh
dan cikgu belanjaaa


asakura yang baik

senior-senior yang dah kerja pun datang juga

asakura dengan ito yang baik;mereka hantar saya balik sampai depan rumah :'))

itu saja.
esok mahu pergi sekolah awal-awal sebab sembangat!

3 comments:

Unknown said...

kena Sembangat ye kak bila^_^

me said...

bi tuh sindrom org nk khwin hahaha ;P

Nur Nabila said...

cidat:iye baiklah tq dat! :)
ky:hahaa kalu sindrom nak kawin byk lagi ky haha..