Wednesday, August 31, 2011

salam aidilfitri

1 syawal di perantauan.
pertama kali beraya di perantauan.
memang tak ada 'feel' langsung macam beraya di Malaysia.
pergi embassy di pagi raya,sembahyang raya di sana..walaupun makanan yang dihidang bukan juadah yang disediakan macam yang biasa terhidang pada pagi raya di Malaysia,tapi tak apa lah.makan apa yang ada sajalah.dah nama lagi beraya di perantauan.




ambil gambar bersama kawan-kawan.pertama kali,raya pertama beraya bersama kawan-kawan.dapat pengalaman baru dalam hidup.makan sama-sama,ambil gambar sama-sama,sedih sama-sama.tabah sama-sama.tabah kan kami? :)



balik rumah,rehat-rehat.nak jalan-jalan pun tak ada rumah yang terbuka.orang Jepun tak buat rumah terbuka :| skype dengan keluarga,mama tengah sibuk layan orang datang ramai kat rumah.boleh rasalah kemeriahan kat rumah tu,mesti riuh rendah orang datang tak putus-putus macam tahun lepas...

sayang mama dengan abah sangat-sangat,terubat rindu tengok senyuman mereka ;')

lepas tu kan kan kan,malam nya pula buat makan-makan,makan sate,makan nasi himpit.Ishimatsu Sensei pun datang.malam ni lah baru boleh rasa masakan Malaysia.sedap jugalah kawan-kawan masak.mereka semua memang berbakat.



konklusinya,raya di perantauan memang lain sangat lah dengan raya di Malaysia..kalau tahun lepas,raya pertama di Malaysia boleh makan banyak sangat dan boleh makan apa-apa saja yang diidamkan sampai sakit perut.raya pertama di sini nak makan juadah raya memang tak ada lah,kalau nak makan kena buat sendiri.kalau ada benda yang teringin nak makan,kena masak sendiri.nasib baiklah ada kawan-kawan yang pandai masak. :) tahun lepas,raya pertama di Malaysia boleh jumpa sanak saudara yang dah lama tak jumpa,sesetengah tu yang boleh jumpa time raya je,keluarga intan payung pun datang rumah.raya pertama tahun ni jumpa kawan-kawan saja,boleh skype dari jauh je dengan keluarga dan sanak saudara,boleh tengok gambar-gambar keluarga dan sanak saudara dekat facebook je.
kalau tak ada facebook tak boleh tengok lah.jadi terima kasih facebook!
raya pertama di Malaysia biasanya akan dapat duit raya dari orang-orang yang dah bekerja,raya pertama tahun ni tak dapat duit raya dari siapa-siapa pun,sebab tak ada rumah yang terbuka.
eh ni macam sesi meluahkan perasaan lah pula.tak tak,saya tak mengeluh.kena bersyukur dengan apa yang ada.walaupun raya tahun ni tak seberapa,tak semeriah macam raya-raya sebelum ni,tapi saya tetap bersyukur sebab masih berpeluang menyambut hari raya.masih boleh menyambut raya dengan jiwa yang merdeka.ceeewah hehe..ok lah,salam perantau dari saya,Nabila di Jepun :) maafkan salah silap saya andai ada terkasar bahasa,tersilap kata,yang terang mahu pun tersembunyi.deh? :)

Thursday, August 25, 2011

ku tunggu-tunggu..

gelisah.
risau.
kenapa tak berbalas.
tunggu balasan sampai tertidur.


tapi...
bangun pagi sudah berbalas!




pendek tapi bermakna.

rindu abah.
teringat dulu-dulu tengok Mr Bean dengan abah.abah gelak kuat-kuat :')





-imisshome-

Saturday, August 20, 2011

20 ramadhan

2,3 hari ni saya rasa tak ada semangat.
tak tahu kenapa.
asyik rasa nak mengeluh.tapi taknak mengeluh.sebab tu ciri-ciri orang tak berjaya.
kenapa suka mengeluh
sebab tak dapat makan sedap-sedap ke?
entahlah.
sebab tak dapat pergi bazar ramadan beli ikan bakar ke?
entahlah.
sebab tak dapat beraya di Malaysia ke?
entahlah.
tapi rasa tak ada semangat.
saya tak boleh macam ni,tambahan pula di bulan baik yang datang hanya sekali setahun saja.
kalau tak semangat macamana nak habiskan azam bulan ramadan ni.
ya Allah tolong lah bagi saya kekuatan.
hari ni dah masuk 20 ramadhan.lagi 10 hari sebelum habis bulan ramadhan.
jom usaha sama-sama,hidupkan 10 malam terakhir ni,rebut pahala sebanyak mungkin.
sebab,kita tahu kan lailatul qadar itu terjadi pada 10 malam terakhir bulan ramadhan.

Carilah lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari)




hari ini saya sangat gembira!
sebab saya dapat kad raya!
dari malaysia.
seronok.

kelakar lah alamat rumah ni :)

saya rasa saya sangat istimewa lepas terima kad ni :)

walau jasad kita terpisah jauh tapi hati kita selalu dekat :)



untuk kakak kesayangan saya,ini video untuk ceriakan kamu :)
jangan sedih-sedih.nanti saya pun sedih juga.
insyaAllah moga Dia permudahkan semuanya.minta dengan Dia banyak-banyak deh.
adik mu sentiasa menyokong walaupun dari jauh :))

Thursday, August 18, 2011

19 ramadhan

dah lama tak update post.
sekarang goyang-goyang kaki kat rumah je tapi tak sempat nak update.
padahal tak buat apa-apa pun.tapi rasa sibuk sampai lupa nak update.
oh ya,lupa.kawan-kawan datang la :) saya habiskan masa dengan kawan-kawan rupanya. :)
minggu-minggu lepas kakak fana dengan adik fani datang berkampung di higashi omiya.
jadi saya dengan warga shibaura yang lain berpeluang belajar ilmu kcal.haha.seronokkk.belajar cara nak jadi sihat.nanti kakak dengan adik jangan segan datang lagi deh,
kita masak macam-macam pulak deh :)
lepas tu,sohair dengan ain jangak pula meyusul datang.
riuh gegak gumpita lagi kampung shibaura.
tapi rasa seronok.buka puasa ramai-ramai,sahur ramai-ramai,tidur ramai-ramai,tengok cerita hantu ramai-ramai.opssss saya memang penakut.tapi saya suka tengok cerita hantu.tapi.....saya hanya tengok cerita hantu masa bulan puasa je.sebab....
syaitan kan kena ikat (~_~#) jadi saya tak takutttt
sekarang ni pula cik kiah datang berkampung di rumah.riuh rendah lah kampung shibaura dengan bebelan beliau.tapi seronok :))

saya jumpa sorang pakcik.beliau tanya saya bila habis belajar nak jadi apa.saya cakap nak jadi pensyarah.beliau cakap dah agak dah,sebab saya ada gaya lembut-lembut.apa kaitan lembut-lembut dengan pensyarah?tak tahulah :))))

tak tahu nak taip apa sebenarnya ni.jadi taip je la benda yang bermain dalam fikiran.esok lah pula update.kumpul idea banyak-banyak dulu malam ni :)))

Sunday, August 14, 2011

i am me

saya telah menghadirkan diri ke career fair minggu lepas hari khamis.ada banyak syarikat dari Malaysia datang perkenalkan syarikat masing-masing dan kalau berminat nak bekerja,boleh hantar resume dan ada yang kena pergi interviu terus.saya jalan-jalan tengok 2,3 syarikat saja.lepas tu habiskan masa buka booth sendiri dengan Sikin dan Kalis,cakap pasal hal dapur,dan hal suri rumah. >,>
dalam hati rasa tak nak kerja.saya yakin dengan kemampuan diri saya sendiri.saya rasa saya tak mampu lagi kerja.saya yakin saya masih tak boleh jadi macam abah.abah kerja ulang-alik kelantan,terengganu,pahang.saya nak gerak pun tak berapa larat.apatah lagi nak pergi kerja.saya tau,saya lembik.tak larat lah.tak ada daya ketahanan.tapi ini memang saya.saya memang mudah letih.saya tau selama-lamanya saya tak boleh begini.kalau tak,macamana nak sara keluarga.jadi mulai sekarang kena belajar jadi kuat!kuat luaran dan dalaman.saya tahu,dalaman saya lemah sebab tu luaran saya pun jadi lemah.
sekarang saya kena usaha cari apa yang saya nak.sebenarnya saya takut nak merancang,sebab takut apa yang saya rancangkan tak menjadi..nanti saya sedih.tapi sebab saya yakin Dia tahu yang terbaik untuk saya,Dia lah Yang Maha Merancang,jadi saya taknak lah rasa sedih sangat.saya taknak menidakkan ketentuan Dia.andai kata saya tak dapat apa yang saya nak,saya tak nak rasa kecewa teramat.seolah-olah saya salahkan Dia sebab tak penuhi kehendak saya.saya selalu cakap dekat seseorang,saya sangat takut akan masa depan.saya tak tahu masa depan saya macamana..dia cakap memang tak ada orang yang akan boleh nampak masa depan dia..jadi,sekarang buat apa yang kita nak,rancang apa yang kita nak,insyaAllah masa depan akan terbentuk dengan sendiri.lepas dengar nasihat saya akan rasa lega sedikit.sentiasa ingat,kita merancang,Allah jua merancang,tapi perancangan Allah itu Maha Terbaik.yakin dengan Dia :)




bilik lab saya pindah ke tingkat bawah,mulai minggu lepas kena pindah angkat barang ke bilik baru.saya pergi sekolah untuk tolong cikgu dan senior angkat barang untuk pindah.senior suruh saya sapu almari,cikgu datang dari belakang dan suruh saya duduk.tak bagi saya buat kerja.katanya sebab saya puasa.nanti saya letih.saya rasa sedih.sebab kami sama-sama nak guna bilik tu.tapi saya tak boleh buat kerja.2 jam saya duduk dalam bilik,kemas barang sikit-sikit,cikgu suruh saya balik rehat.saya rasa sedih.macamana nak jadi kuat kalau macam ni :((

Tuesday, August 9, 2011

9 Ramadhan

dugaan bulan puasa
teringat Air Batu Campur (ABC)
dalam air batu campur ada macam-macam
macam-macam warna
memang boleh menggoyah iman laa
aaaaa sebab tu la post ni diupdate pada waktu malam,sebab tak nak teringat-ingat
 masa tengah puasa siang tadi.
sabar sajalah labu.....


air batu campur berselerooooo




air batu campur perisa anggur dengan strawberi dekat pasar malam jepun.
x ada kacang,biskut,buah,askrim macam yang Malaysia punya :(
tapi boleh la dijadikan pengubat hati :)


tali dan janji?

lembu berpegang pada tali,
manusia berpegang pada janji..


bila orang dah beri kepercayaan pada kita,
supaya simpan rahsia,
kenapa kita susah nak pegang dan musnahkan kepercayaan tu.








dah seringkali diingatkan teman lain
tapi rasa percaya mengatasi segala

tapi kini tidak lagi..
moga ini yang terakhir..
(dah lamaku pendam dalam hati) -sigh-


Sunday, August 7, 2011

7 ramadhan

dah seminggu berpuasa!
alhamdulillah,syukur sangat.
memanglah suasana puasa di Jepun tak sama langsung dengan suasana puasa di Malaysia
tapi tak semestinya kita tak boleh rasa nikmat yang Allah beri walaupun di tempat orang.
puasa-puasa begini,rindu sangat lah dengan masakan mama.
cuba nak masak sedap macam mama,tapi apakan daya,
masakan mama kita memang terbaik paling sedap dalam dunia.
kalau balik rumah ni,cakap saja la nak makan apa,memang konfem mama akan masakkan.
kat sini,kalau teringin nak makan apa-apa kena masak sendiri la.

tadi kan,tiba-tiba jumpa ni dalam folder mana entah masa duk kemas kini file-file dalam laptop.
tak tau siapa yang buat.
ini dari laptop lama kot.
pakai baju raya masa jamuan raya JAD.



dah semingu berpuasa,moga azam yang dilafazkan bukan hanya dibibir,
tapi dikotakan dengan perbuatan.

tahun ni beraya jauh dari keluarga.sedih.
saya tahu keluarga saya pun mesti sedih.
adik cakap tak tahu lah macamana raya tahun ni tanpa saya.sebak.
siapa yang tak sedih kan bila raya berjauhan dengan keluarga?


Saturday, August 6, 2011

smile again

hari ini buka puasa dan sembahyang terawih dekat embassy.

rasa seronok sangat dapat makan makanan Malaysia.
dapat makan makanan kegemaran,bubur lambuk.
saya sangat suka bubur lambuk.
makan satu periuk pun boleh habis :)
walaupun dapat makan sikit saja tapi sikit pun jadilah.
janji boleh merasa.
kita tengok gambarlah pulak

si kembar 1


si kembar 2

my lovely bubur lambuk

cucur badak

mek berd bripbrip

kami terawih sama-sama.rindu JAD rindu JAD rindu JAD.

shibauriang :)

terima kasih cik hanis atas sumbangan gambar.








found this in my bag & this will be my bedtime story for tonight.oyasumi :)

You are like cotton candy that melts inside my heart during the whole day 
You are like a rainbow that makes my heart shine bright

Wednesday, August 3, 2011

3 ramadhan

hari ini golek-golek di rumah saja sambil fikir ayat proposal untuk minta biasiswa sambung Master.sekarang dah tak pergi sekolah dah sebab cuti musim panas dah bermula.
sebab tu lah boleh update post hari-hari ~_~
susahnya bahasa inggeris sejak dua menjak belajar bahasa jepun ni.
susahnya.bahasa inggeris saya dah teruk.tadi pening sangat fikir apa maksud syarikat dalam bahasa inggeris sebab fikiran asyik ingat perkataan '会社' (kaisha).

dengar lagu ni.
menjadi diriku.
suka lah dengar lagu ni.
susahkan nak menjadi diri sendiri.

walaupun saya tak seperti bintang di langit,
walaupun saya tak seperti indah pelangi,
tapi saya yakin saya boleh menjadi diri saya dengan segala kekurangan ni :)



cik berd bagi saya award hari tu.
katanya stylish blogger award.


tapi blog saya tak stylish pun sob3.
terima kasih berd sebab sudi bagi award.
kena tag orang lain lagi.
tapi saya nak tag sorang je.
sebab saya rasa kawan-kawan lain dah ditag oleh orang lain.
saya nak tag Atin si blogger baru hehe..
rajin-rajin berblog ye atin :)


tak sampai sejam lagi nak buka puasa.hari ni dah 3 ramadhan.moga esok dan hari-hari seterusnya masih ada untuk saya :)

natsu matsuri (perayaan musim panas)

2 minggu lepas saya pergi perayaan musim panas dekat Ebina,berdekatan dengan rumah cik hanis.seronok sangat boleh tengok bunga api.lepas tu boleh beli makanan yang sedap-sedap.
ini sebahagian suasana di perayaan musim panas.

orang jepun sangat bagus.tengok lah,suasana gerai-gerai macam ni macam pasar malam dekat Malaysia kan,tapi tak ada langsung sampah berkeliaran atas tanah.siap ada AJK jaga tong sampah lagi.ada AJK yang bahagikan plastik-plastik untuk letak sampah dalam tu.kagum.

bunga api santek.

malam ni pula pergi tengok perayaan musim panasdekat omiya.tahun lepasdah pergi perayaan ni tapi tahun ni nak pergi lagi.seronok juga.sebab ada sotong bakar yang memang dah lama diidam-idamkan.pakcik tu baiklah.beliau tak letak kicap untuk kami :') sebab dalam kicap tu ada alkohol.

lebih kurang pukul 9,ada orang buat pengumuman,lebih kurang macam ni,
'perhatian kepada semua gerai-gerai yang masih terpasang lampu,sila tutup lampu segera.
tahun depan boleh buka gerai lagi.'
sebab sekarang Tokyo tengah jimatkan eletrik untuk bagi priority kepada mangsa-mangsa gempa/tsunami dulu.tak sampai 5 minit,semua lampu terpadam macam ni.

bagi saya,jepun bukan saja negara yang maju,tapi fikiran rakyat ini pun maju.
dengar kata.kagum.

ini lagu yang sedang terngiang-ngiang dalam fikiran saya sekarang.
lagu ni kakak Yuko selalu nyanyi.
beliau cakap perempuan ni suka stalker lelaki yang duduk dekat berek 3 :DDD




dah masuk 3 ramadhan.
tak mau menyesal kalau tak mampu buat perubahan dalam bulan mulia ni.

saya tak kuat nak hadapi semua ni.saya takut akan masa depan.tapi saya yakin dengan Dia.

Monday, August 1, 2011

diari summer camp

29 Julai 2011
bertolak ke Takatsue Shibaura Koudai Seminar House dari tempat penginapan Kinugawa Onsen semalam menaiki kereta Taku.cuaca tak berapa elok,hujan renyai-renyai.
tepat pukul 1.30 petang,sesi presentation bermula.giliran saya present pada pukul 5.40 petang.cuak jugalah menunggu.makan malam sangatlah melazatkan.lepas makan malam,boleh pergi mandi.faham-fahamlah orang jepun mandi macamana kan,jadi oleh sebab cikgu nak saya merasai mandi dalam kolam air panas tu jugak,beliau suruh kakak Yuko minta dengan orang dekat seminar house tu supaya saya boleh mandi sorang-sorang.dan memang bes lah boleh mandi sorang-sorang.lepas itu boleh buat aktiviti sesuka hati jadi saya menghabiskan masa lapang dengan menonton tv sampai tertidur.

30 Julai 2011
tiba-tiba line telefon tak ada.line internet pun tak ada.mungkin disebabkan hujan semalam,hikari fibre punya apa entah terputus.jadi kami di Seminar House tak dapat berinteraksi dengan orang luar.saya bangun seawal 730 pagi untuk bersiap makan pagi.pukul 830 pagi,sesi presentation bermula.saya tak present hari ni,jadi saya menghabiskan masa sebegini.
(gambar dicandid senior)

sebab line internet pun tak ada,nak main pet hotel pun tak boleh..nak mesej dengan orang pun tak boleh..sob-sob-sob.sebenarnya pada malam ini ada hanabi(pertunjukan bunga api) tapi disebabkan hujan semalam,tanah jadi berlecak-lecak.jadi cikgu buat jamuan.kena pakai yukata.panas sangat. -_-" saya tidur awal malam ini.sebab sangat mengantuk.tapi dikejutkan dengan gempa bumi sekuat lebih kurang magnitud 5 pada jam 4 pagi.tapi sebab dah biasa rasa gegaran,saya pun sambung tidur semula dengan nyenyaknya.

31 Julai 2011
hari ni bersiap nak bertolak pulang.sebelum pulang ke Omiya,kami singgah di Nikko.ini pertama kali saya pergi Nikko.dah lama teringin nak pergi sini sebab kat sini ada air terjun tinggi yang cantik.nak pergi tengok air terjun tu,kena naik jalan bukit-bukit yang bengkak bengkok,sepanjang jalan naik bukit tu dengan kereta senior Yamamoto,ada tertulis perkataan hiragana yang kalau dicantumkan semua perkataan hiragana tu,akan terbentuklah satu sajak bahasa jepun.dan sepanjang dalam kereta naik bukit menuju ke air terjun tinggi yang cantik tu,saya dengan kakak Yuko ulang baca sajak tu berkali-kali.sampai dekat puncak bukit tu pula,sebelum pergi air terjun tinggi yang cantik tu,kami singgah makan dekat kedai makanan yuba.yuba ni ada je kat Malaysia,tapi saya tak tau orang panggil dia apa.mama suka letak yuba dalam sup sayur..yang warna kuning tu.orang panggil apa ye?
dan saya makan set 'yuba teishoku'.
 iklas saya cakap,ni lah makanan kat jepun yang paling sedap saya pernah makan sepanjang berada kat sini.terima kasih cikgu sebab bawa saya makan dekat kedai yuba!lepas makan kami bergerak naik elevator untuk tengok air terjun tinggi yang cantik tu.subhanallah..
memang cantik.saya suka sangat.
lepas puas menikmati keindahan air terjun tinggi yang cantik tu,kami bergerak pergi ke tempat bersejarah orang jepun,tempat tu ada tokong banyak-banyak.tak tahulah nama apa.
lepas penat bersiar-siar kami pun bergerak pulang ke sekolah Shibaura.angkat-angkat barang masuk lab,lepas tu kayuh basikal pulang ke rumah.summer camp yang menarik,alhamdulillah.Allah bagi peluang saya merasai keseronokan begini.
terima kasih cikgu,sebab banyak perkenalkan saya dengan budaya Jepun,walaupun ada budaya Jepun yang tak sesuai dengan orang islam,tapi kita ambillah yang baik jadi teladan,yang buruk jadi sempadan.terima kasih cikgu sebab bagi saya makan semua makanan-makanan bukan berunsur daging.cikgu baik sangat.
terima kasih kakak Yuko,sebab selalu ajar saya benda baru.selalu gosok kepala saya,walaupun cikgu selalu ketawakan saya bila kakak Yuko buat macam tu,tapi saya suka.rasa macam budak yang kiut je :D terima kasih kawan-kawan dengan senior yang lain,sebab selalu bergurau dengan saya.sebab selalu buat saya ketawa tak berhenti sekarang ni.terima kasih semua.semester awal dah berakhir,semester akhir bermula awal bulan 9 pula.
jadi jangan berhenti berusaha.

hari ini 1 ramadhan.1 ramadhan di Jepun.jauh dari keluarga.jauh dari suasana berpuasa dan berbuka puasa seperti yang biasa dirasakan.jauh dari bazar ramadhan,air kelapa,coconut shake,ikan pari bakar,murtabak,sup perut,ayam goreng berempah.tahun ni tekad beraya di Jepun.walau pun suasana berbeza,itu semua bukan menjadi alasan semangat dalam bulan ramadhan harus luntur.moga ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan yang lepas-lepas.
amin :')