29 Julai 2011
bertolak ke Takatsue Shibaura Koudai Seminar House dari tempat penginapan Kinugawa Onsen semalam menaiki kereta Taku.cuaca tak berapa elok,hujan renyai-renyai.
tepat pukul 1.30 petang,sesi presentation bermula.giliran saya present pada pukul 5.40 petang.cuak jugalah menunggu.makan malam sangatlah melazatkan.lepas makan malam,boleh pergi mandi.faham-fahamlah orang jepun mandi macamana kan,jadi oleh sebab cikgu nak saya merasai mandi dalam kolam air panas tu jugak,beliau suruh kakak Yuko minta dengan orang dekat seminar house tu supaya saya boleh mandi sorang-sorang.dan memang bes lah boleh mandi sorang-sorang.lepas itu boleh buat aktiviti sesuka hati jadi saya menghabiskan masa lapang dengan menonton tv sampai tertidur.
30 Julai 2011
tiba-tiba line telefon tak ada.line internet pun tak ada.mungkin disebabkan hujan semalam,hikari fibre punya apa entah terputus.jadi kami di Seminar House tak dapat berinteraksi dengan orang luar.saya bangun seawal 730 pagi untuk bersiap makan pagi.pukul 830 pagi,sesi presentation bermula.saya tak present hari ni,jadi saya menghabiskan masa sebegini.
(gambar dicandid senior)
sebab line internet pun tak ada,nak main pet hotel pun tak boleh..nak mesej dengan orang pun tak boleh..sob-sob-sob.sebenarnya pada malam ini ada hanabi(pertunjukan bunga api) tapi disebabkan hujan semalam,tanah jadi berlecak-lecak.jadi cikgu buat jamuan.kena pakai yukata.panas sangat. -_-" saya tidur awal malam ini.sebab sangat mengantuk.tapi dikejutkan dengan gempa bumi sekuat lebih kurang magnitud 5 pada jam 4 pagi.tapi sebab dah biasa rasa gegaran,saya pun sambung tidur semula dengan nyenyaknya.
31 Julai 2011
hari ni bersiap nak bertolak pulang.sebelum pulang ke Omiya,kami singgah di Nikko.ini pertama kali saya pergi Nikko.dah lama teringin nak pergi sini sebab kat sini ada air terjun tinggi yang cantik.nak pergi tengok air terjun tu,kena naik jalan bukit-bukit yang bengkak bengkok,sepanjang jalan naik bukit tu dengan kereta senior Yamamoto,ada tertulis perkataan hiragana yang kalau dicantumkan semua perkataan hiragana tu,akan terbentuklah satu sajak bahasa jepun.dan sepanjang dalam kereta naik bukit menuju ke air terjun tinggi yang cantik tu,saya dengan kakak Yuko ulang baca sajak tu berkali-kali.sampai dekat puncak bukit tu pula,sebelum pergi air terjun tinggi yang cantik tu,kami singgah makan dekat kedai makanan yuba.yuba ni ada je kat Malaysia,tapi saya tak tau orang panggil dia apa.mama suka letak yuba dalam sup sayur..yang warna kuning tu.orang panggil apa ye?
dan saya makan set 'yuba teishoku'.
iklas saya cakap,ni lah makanan kat jepun yang paling sedap saya pernah makan sepanjang berada kat sini.terima kasih cikgu sebab bawa saya makan dekat kedai yuba!lepas makan kami bergerak naik elevator untuk tengok air terjun tinggi yang cantik tu.subhanallah..
memang cantik.saya suka sangat.
lepas puas menikmati keindahan air terjun tinggi yang cantik tu,kami bergerak pergi ke tempat bersejarah orang jepun,tempat tu ada tokong banyak-banyak.tak tahulah nama apa.
lepas penat bersiar-siar kami pun bergerak pulang ke sekolah Shibaura.angkat-angkat barang masuk lab,lepas tu kayuh basikal pulang ke rumah.summer camp yang menarik,alhamdulillah.Allah bagi peluang saya merasai keseronokan begini.
terima kasih cikgu,sebab banyak perkenalkan saya dengan budaya Jepun,walaupun ada budaya Jepun yang tak sesuai dengan orang islam,tapi kita ambillah yang baik jadi teladan,yang buruk jadi sempadan.terima kasih cikgu sebab bagi saya makan semua makanan-makanan bukan berunsur daging.cikgu baik sangat.
terima kasih kakak Yuko,sebab selalu ajar saya benda baru.selalu gosok kepala saya,walaupun cikgu selalu ketawakan saya bila kakak Yuko buat macam tu,tapi saya suka.rasa macam budak yang kiut je :D terima kasih kawan-kawan dengan senior yang lain,sebab selalu bergurau dengan saya.sebab selalu buat saya ketawa tak berhenti sekarang ni.terima kasih semua.semester awal dah berakhir,semester akhir bermula awal bulan 9 pula.
jadi jangan berhenti berusaha.
hari ini 1 ramadhan.1 ramadhan di Jepun.jauh dari keluarga.jauh dari suasana berpuasa dan berbuka puasa seperti yang biasa dirasakan.jauh dari bazar ramadhan,air kelapa,coconut shake,ikan pari bakar,murtabak,sup perut,ayam goreng berempah.tahun ni tekad beraya di Jepun.walau pun suasana berbeza,itu semua bukan menjadi alasan semangat dalam bulan ramadhan harus luntur.moga ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan yang lepas-lepas.
amin :')
4 comments:
mg suka tdo n mkn jeee...hahahah~
erk... bakpo napok kurus jah kat gambar tu? ke memang da edit gambar tu? =P
bestnyaaaa :D
tin:meme pon hheee... :))
lom:eeehhh ore meme kurusss laa..tlg la pecaya :))
arini:yup2 sgt bes,nnt arini pon bole pegi macam ni jugak :))
Post a Comment