Wednesday, August 3, 2011

3 ramadhan

hari ini golek-golek di rumah saja sambil fikir ayat proposal untuk minta biasiswa sambung Master.sekarang dah tak pergi sekolah dah sebab cuti musim panas dah bermula.
sebab tu lah boleh update post hari-hari ~_~
susahnya bahasa inggeris sejak dua menjak belajar bahasa jepun ni.
susahnya.bahasa inggeris saya dah teruk.tadi pening sangat fikir apa maksud syarikat dalam bahasa inggeris sebab fikiran asyik ingat perkataan '会社' (kaisha).

dengar lagu ni.
menjadi diriku.
suka lah dengar lagu ni.
susahkan nak menjadi diri sendiri.

walaupun saya tak seperti bintang di langit,
walaupun saya tak seperti indah pelangi,
tapi saya yakin saya boleh menjadi diri saya dengan segala kekurangan ni :)



cik berd bagi saya award hari tu.
katanya stylish blogger award.


tapi blog saya tak stylish pun sob3.
terima kasih berd sebab sudi bagi award.
kena tag orang lain lagi.
tapi saya nak tag sorang je.
sebab saya rasa kawan-kawan lain dah ditag oleh orang lain.
saya nak tag Atin si blogger baru hehe..
rajin-rajin berblog ye atin :)


tak sampai sejam lagi nak buka puasa.hari ni dah 3 ramadhan.moga esok dan hari-hari seterusnya masih ada untuk saya :)

No comments: