Wednesday, August 3, 2011

natsu matsuri (perayaan musim panas)

2 minggu lepas saya pergi perayaan musim panas dekat Ebina,berdekatan dengan rumah cik hanis.seronok sangat boleh tengok bunga api.lepas tu boleh beli makanan yang sedap-sedap.
ini sebahagian suasana di perayaan musim panas.

orang jepun sangat bagus.tengok lah,suasana gerai-gerai macam ni macam pasar malam dekat Malaysia kan,tapi tak ada langsung sampah berkeliaran atas tanah.siap ada AJK jaga tong sampah lagi.ada AJK yang bahagikan plastik-plastik untuk letak sampah dalam tu.kagum.

bunga api santek.

malam ni pula pergi tengok perayaan musim panasdekat omiya.tahun lepasdah pergi perayaan ni tapi tahun ni nak pergi lagi.seronok juga.sebab ada sotong bakar yang memang dah lama diidam-idamkan.pakcik tu baiklah.beliau tak letak kicap untuk kami :') sebab dalam kicap tu ada alkohol.

lebih kurang pukul 9,ada orang buat pengumuman,lebih kurang macam ni,
'perhatian kepada semua gerai-gerai yang masih terpasang lampu,sila tutup lampu segera.
tahun depan boleh buka gerai lagi.'
sebab sekarang Tokyo tengah jimatkan eletrik untuk bagi priority kepada mangsa-mangsa gempa/tsunami dulu.tak sampai 5 minit,semua lampu terpadam macam ni.

bagi saya,jepun bukan saja negara yang maju,tapi fikiran rakyat ini pun maju.
dengar kata.kagum.

ini lagu yang sedang terngiang-ngiang dalam fikiran saya sekarang.
lagu ni kakak Yuko selalu nyanyi.
beliau cakap perempuan ni suka stalker lelaki yang duduk dekat berek 3 :DDD




dah masuk 3 ramadhan.
tak mau menyesal kalau tak mampu buat perubahan dalam bulan mulia ni.

saya tak kuat nak hadapi semua ni.saya takut akan masa depan.tapi saya yakin dengan Dia.

3 comments:

hakifays said...

ナビラと夏休みに遊んで本当に楽しかったょ.
また精一杯良い思い出を一緒に作ろう!!

sunshine said...

6t kt g hanabi lg ye..huhu

Nur Nabila said...

sapikah dgn tin:iye3 <3