Tuesday, December 27, 2011

sabar itu indah

belajar sesuatu hari ini;


bila rasa malu hilang
makanya iman makin kecundang
makanya redha Allah makin berkurang
Dia yang maha tahu walaupun kita tak tahu
yang terang mahupun tersembunyi

yang terlihat mahupun dalam hati

moga masih mampu bezakan yang salah dan yang benar.
moga hati tidak sekeras batu.
sabar itu manis sekali.
sabarlah, moga hati tabah bila diuji.
sabarlah, moga tetap SABAR menanti.












Thursday, December 22, 2011

pelangi selepas hujan.

kata sahabat saya, kadang-kadang kita tengok orang tu ok saja, tapi kita tak tahu dalam hati dia tengah sedih. bagi saya, saya sangat kagum dengan orang begini sebab bila dia tengah sedih, dia sedaya upaya tak tunjukkan kesedihan dia sebab tak mau orang lain rasa bimbang dan dia tetap masih mampu lontarkan senyuman. hebat kan.
bila rasa sedih, saya sedaya upaya akan buat-buat gembira. walaupun kadang-kadang terlepas juga, tapi lepas nangis kejap rasa ok lah sikit walaupun tak ok sangat sebenarnya :)
tapi bagi saya orang yang bersedih,kecewa sebenarnya mampu gembira jika dia berusaha untuk gembira. bangkit kembali. bak kata mita-san; それは貴方が決めることです。
頑張っていこうね。輝きの明日へ。
dan yakinlah, kesedihan itu juga sebenarnya satu nikmat dari Dia.sebagai penghapus dosa.

 “Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti atau kesusahan mengingatkan apa yang telah berlaku hinggakan tikaman duri yang mencucuknya, melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya sebahagian daripada dosanya.” 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

pelangi tak akan muncul selepas hujan; 
begitulah kebahagiaan pasti akan muncul selepas kesedihan :)

curhat

Monday, December 19, 2011

いい思い出作らない?

anda tak perlu refresh page ni berkali-kali sebab saya memang tukar background blog baruuu
tak santek pun kan,tapi tak apa lah.saya tak reti nak buat yang santek-santek.

~~~~~XOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXO~~~~~

saya hanya ada lebih kurang 3 bulan saja lagi untuk habiskan sisa-sisa hidup di jepun ini.
pejam celik pejam celik dua tahun di sini dah nak hampir berlalu..
oleh sebab saya ni seorang yang pelupa sedikit(usia kan dah bertambah meningkatlah katakan) jadi saya tak berapa nak ingat sangat apa yang saya dah lalui selama hampir 2 tahun ni
jadi sebab itulah ada gunanya tulis blog ni
kadang-kadang kalau ada masa terluang seperti ni,saya akan catatkan di sini
dan oleh sebab saya ni pelupa,kadang-kadang bila baca post yang tahun lepas,hati tertanya,
'eh bila masa aku buat benda ni,eh ada ke aku masak benda ni,eh ada ke blablabla..' -_-''
jadi masih ada 3 bulan saja lagi
walaupun kita mungkin akan sibuk siapkan kerja research kita demi habiskan degree nanti..
tapi.. いい思い出作らない?
saya tak mahu sia-siakan 3 bulan yang ada ni
saya nak isi baki 3 bulan ini dengan perkara bermanfaat,dengan benda yang indah-indah;
dan moga saya dapat gembirakan orang sekeliling saya juga
sebab lepas ni saya tak tahu ke mana hala tuju saya
kalian dengan hala tuju kalian
ada yang akan balik Malaysia macam saya,ada yang akan masih berada di Jepun..
dan lepas ni mungkin kita akan jarang jumpa atau mungkin kita dah tak akan berjumpa lagi
jadi mari kita jadikan baki 3 bulan ini 3 bulan yang bermakna tanpa ada rasa sedih,
 kecewa, derita, putus asa, iri hati, benci membenci
indah nya hidup tanpa semua ni
yang sudah lepas biarkan berlalu; ambil ibrah dari setiap yang terjadi dan teruskan langkah kaki untuk meniti hari mendatang.
kita dah meningkat dewasa jadi pemikiran pun harus matangkan?
ayuh sahabat; mari hidup dalam suasana positif, 
yang jauh yang dekat saling mengingati..
ayuh sahabat; buang saja rasa ego dalam diri, maafkan,lupakan,cintai,sayangi..
ayuh sahabat; tolaklah kejahatan dengan kebaikan,
dendam itu dosa,kemaafan itu pahala..
tiada manusia yang sempurna;
ayuh hidup dalam sejahtera..

Friday, December 16, 2011

my last autumn.

musim luruh baru saja meninggalkan jepun dan saya.
musim luruh yang sekejap saja.
tapi besar maknanya; ini musim luruh saya yang terakhir di jepun.
saya amat-sangat-terlalu bersyukur kerana masih diberi peluang merasai musim luruh.
di mana suhunya tidak terlalu sejuk dan tidak panas.
seperti tahun lepas,dalam entri yang lalu, saya paling suka musim luruh berbanding musim lain.
walaupun pada musim luruh kali ni saya tak makan hotate banyak-banyak macam tahun lepas sebab bimbangkan kesan radiasi, tapi saya tetap sukakan musim luruh kali ni.
dan saya masih berpeluang tengok si cantik kosmos macam dulu.
kosmos melambai-lambai 
dan saya berpeluang pergi koyok(tengok daun autumn subhanallah memang cantik sangat)
sebenarnya, bila orang ajak saya pergi koyok, saya tak adalah rasa gembira melonjak-lonjak macam nak tengok sakura, tapi tahun ni saya amat-sangat-terlalu gembira dapat koyok bersama kawan-kawan di 2 tempat yang sangat-amat-terlalu-paling menarik iaitu di Showa Kinen Park dan Kyoto.
Showa Kinen Koen memang terkenal sebagai taman yang sangat cantik di jepun tak kiralah pada musim apa pun.dan ini merupakan kali kedua saya melawat Kyoto, kali pertama dulu tak pergi jalan-jalan pun, saya hanya singgah rumah kawan saja. Kyoto memang terkenal sebagai tempat peranginan yang santek terutama pada musim luruh. 
saya pasti akan ingat dan simpan kenangan di sana sampai bila-bila...
terima kasih sangatttt pada semua sahabat yang bersusah payah datang jumpa saya dan sanggup habiskan masa jumpa saya walaupun kalian sibuk. kalau datang tokyo nanti, jangan lupalah singgah di higashi omiya walaupun kedai aiskrim baskin robin dah tak ada :D

sekarang, saya sangat-amat-terlalu suka makan ikan shishamok.
saya tak tahu ikan shishamok dipanggil apa dalam bahasa melayu.
di musim panas yang lalu,bila dengar kisah syafikah dan ikan shishamok nya, 
keinginan nak makan ikan ini sangat tinggi. 
ikan shishamok biasanya banyak dijual di perayaan musim panas di jepun.
dan saya sangat bersyukur-tak-terhingga bila Allah makbulkan permintaan saya tak lama lepas tu, sebab dapat makan ikan shishamok free ketika pergi melawat muzium toyota di nagoya. 

ikan shishamok nagoya 

nagoya memang terkenal dengan ikan shishamok kot
sebab setiap kali pergi kedai makan di sana,kami akan dihidangkan dengan ikan tersebut.
dan baru-baru ni,masa pergi rumah banghanis dengan bangdo,bangsikin masakkan ikan shishamok goreng sebagai hidangan tengahari.

shishamok bangbangbang

bermula dari situlah saya mula mempunyai minat yang mendalam terhadap ikan shisamok. 
dan sekarang, setiap malam saya akan masak ikan shishamok bakar dan makan dengan sambal kaknoni. enak sekali!

shishamok dan sambal kaknoni enak sekali


serba sedikit berkenaan profil ikan shishamok:
-nama saintifik beliau ialah spirinchus lanceolatus
-beliau spesis ikan air masin, menginap di laut dalam kot
-panjang beliau bersamaan dengan panjang perbaris 15cm tu
-beliau mempunyai kandungan omega 3 yang sangat berkhasiat untuk tubuh badan
-dalam badan ikan ni terkandung telur yang saaaangat banyak
(2 per 3 bahagian badan beliau adalah telur)
-seluruh bahagian badan beliau boleh dimakan begitu saja, sangat rangup bila digoreng maupun dibakar. termasuk kepala dan tulang. tak perlu khuatir, 
anda tak kan mengalami masalah tercekik tulang pun.
-ada juga ikan shishamok tiruan dan mungkin rasa dia tak berapa enak.
-di seiyu higashi omiya,16 ekor ikan shishamok berharga 198 yen sahaja.

orang indonesia bilang ikan shishamok ini ikan yang buruk rupa tetapi enak sekali.
tapi saya tak rasa pun rupa beliau buruk.janji rasanya enak.dan tak berbau hanyir pun.
memang macam tu lah kan,kalau nak bandingkan rupa ikan shishamok ni dengan short kek ginza cozy corner,memanglah orang akan pilih short kek yang berkalori tinggi tapi sedap tu berbanding ikan shushamok ni kan.
tapi mana boleh kita menilai ikan shishamok dari luaran semata.
sebab, mata memang sukakan yang santek-santek kan,tapi cubalah rasa!
khas untuk ikan shishamok;
kadang-kadang luaran nampak baik,tapi dalaman tak disangka-sangka.
kadang-kadang luaran nampak tak santek,tapi dalaman sesantek-santeknya.
kadang-kadang luaran nampak hina,tapi dalaman semulia-mulianya.
kadang-kadang luaran nampak miskin,tapi dalaman kaya-raya.
jadi berbalik kepada ikan shishamok tadi;
tak kisah lah rupa beliau macamana pun,tapi beliau telah pun mencuri hati saya.
dan saya tak dapat menyekat keinginan perut saya untuk berhenti makan ikan shishamok.
jangan lah pandang ikan shishamok ni sebelah mata saja,kalian cubalah rasa ye.
dont judge a book by its cover; it's what inside that counts!
ikan shishamok yang enak, bila balik malaysia nanti pasti saya akan merindui beliau..

(banyak lah pulak gambar shishamok dalam post kali ni,rasa macam tengah jual ikan pulak)

Sunday, December 11, 2011

お誕生日おめでとうございます

Sebenarnya nak post semalam. Tapi semalam balik dari baito je,kami tunggu nak tengok gerhana bulan. Sangat santik. Rasanya ni pertama kali tengok gerhana bulan,dulu kecil-kecil pernah tengok gerhana matahari sekali.
Post kali ini ialah untuk cikgu miyoshi. Semalam hari lahir beliau. Kami belikan kek,da belikan hadiah spek mata dan game ninja apa ntah sebab cikgu suka main PS3.
Untu cikgu yang sangat memahami;
Selalu bercerita,suka buat lawak,suka senyum,suka tanya saya macam-macam,terima kasih sebab terima saya masuk lab cikgu,terima kasih sebab jaga saya,banyak bagi nasihat,bawak saya balik Malaysia,belanja saya makan,ajar saya macam-macam.
Saya pasti akan rindu cikgu. Jasa cikgu amatlah saya kenang.
Dan saya berdoa,moga cikgu dapat hidayah untuk masuk Islam satu hari nanti sebab cikgu sangat baik,selalu suruh saya sembahyang walaupun tak masuk waktu sembahyang pun lagi. Cikgu banyak tahu pasal Islam jadi saya rasa sangat bersyukur, saya tak rasa kekok pun berada dalam kalangan Jepun yang ramai dan kalau ada masalah,cikgu akan cuba bantu.
Terima kasih cikgu.
Selamat hari lahir.

Friday, December 2, 2011

post ekspress

post kali ini sangat ekspress.dalam erti kata lain,satu post ini membicarakan beberapa tajuk dalam satu masa. (macam pelik je bunyinya.sebenarnya malas nak tulis post banyak-banyak)

pertamanya tentang kepulangan saya ke Malaysia beberapa minggu lepas.pulang selama 5 hari je tapi banyak benda yang saya dapat.dapat makan kfc,beger,ikan bakar,sate,kek semua tu tak usah kira lah,berat badan pun dah naik :||

tapi selain tu dapat baaaaanyak sangat pengalaman,jadi TA untuk subjek cikgu saya,sungguh menyeronokkan.seolah-olah kembali semula ke alam JAD satu masa dulu.

ditambah pula bila berjumpa dengan sensei-tachi yang sangat baik hati,selalu nak belanja,banyak tanya tentang kehidupan saya di Jepun,banyak bagi nasihat,cerita macam-macam.buat saya lupa sebentar masalah-masalah yang dialami. Mizuno Sensei tunjukkan gambar saya di zaman matrik iaitu kira-kira 3,4 tahun dahulu,sambil berkata 'tengoklah ni, dah banyak beza awak yang dulu dengan awak sekarang.'mungkin Mizuno Sensei nak cakap yang saya dah makin kurus tapi beliau malu kan :)) Wada Sensei pula,bila nampak saya,terus pergi dekat sensei lab saya sambil cakap,'ne ne,dah tahu ke budak nabila ni menulis terbalik' :DD 

Hasparina Sensei pula, berkongsi banyak cerita tentang kehidupan beliau,buat saya gembira dan terhibur. sangat tehibur dengar cerita beliau :))))

Onuma Sensei,walaupun beliau dah pindah mengajar di AAJ, tapi sempat luangkan masa bawa saya dengan sensei pergi tengok kelip-kelip disamping bergosip sepanjang perjalanan tu :D

semua ini saya tak alami di Jepun,memang sangat berbeza.sampaikan cikgu lab saya kepelikan bila tengok sensei-tachi JAD banyak bercerita dan bertegur sapa saya.
di samping tu,gembira berjumpa kouhai-tachi yang banyak juga bercerita itu-ini,suka bergurau tapi masih tak hilang rasa hormat.tiap-tiap malam saya turun bilik UT,dengar cerita-cerita mereka,kebetulan pula masa tu mereka ada interview untuk kemasukan ke universiti di Jepun,jadi saya tolong bagi sikit-sikit idea walaupun tak membantu sangat pun >.<

dan saya tak lupa kepada staff-staff ypm,yang banyak tolong saya sepanjang 5 hari tersebut.terharunya bila Kakju,warden di TBP hantar saya sampai bawah masa nak ke airport,Kaknurul dengan Kakhanum hantar mesej dan telefon beri kata nasihat.terharunya terharunya terharunya. saya pasti tak akan lupa jasa kalian semua dan kenangan bersama kalian walaupun sekejap saja.tak lupa juga,dapat jumpa famili tercinta walaupun masa begitu singkat.amat singkat.tapi saya syukur sebab diberi peluang jumpa dengan mereka.saat-saat bersama mereka saya habiskan dan gunakan sebaik mungkin supaya tak rugi begitu saja :')



keduanya tentang progres research saya.sekarang,research saya ........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
oleh sebab research saya tak siap lagi,jadi kita tangguh dulu lah bercerita tentang ia.

ketiganya,
tentang keadaan banjir di Kelantan.Sekarang, Kelantan tengah mengalami musim tengkujuh@musim boh.tiap-tiap hari hujan turun,yang menyebabkan banjir di beberapa kawasan tanah rendah. tapi rasanya sekarang hujan dah agak reda kot. kadang-kadang kita tak terfikir pun kan kenapa Allah turunkan hujan, kenapa Kelantan mesti banjir, kenapa tak di Pulau Pinang. hari tu borak-borak dengan sensei, diceritanya tentang banjir di Kelantan pada setiap hujung tahun kepada ahli lab yang lain. salah seorang senior bertanya, kenapa lah banjir pulak di Kelantan tu, dah la Kelantan tu kawasan kampung. tak banjir pun kat kawasan lain. kenapa mesti Kelantan. kenapa. kenapa. sensei pun terangkan lah banjir yang terjadi akibat dari hujan yang turun tu lah yang membersihkan kawasan tanaman,tanah-tanah kering supaya jadi lembap dan boleh bercucuk tanam. (Kelantan kan banyak kawasan pertanian) ya, memang jawapan yang sensei bagi adalah simple dan mungkin ada antara kalian yang pernah terfikir dan tahu akan hal ini,tapi tidak bagi saya yang selama ini hanya tahu banjir akan berlaku di Kelantan pada setiap hujung tahun ini adalah disebabkan pertukaran angin monsun apa entah... apa yang saya nak sampai kan di sini ialah, di setiap kejadian yang Allah jadikan itu pasti ada hikmah di sebaliknya. kan. dan, teguran dari Allah tu kadang-kadang boleh jadi datang melalui orang bukan Islam yang tak faham tentang Islam pun. kan. jadi, adik-adik,kakak-kakak jangan bersedih bila rumah anda dimasuki air akibat banjir, syukurlah kita ini anak-anak Kelantan, sebab Khairul Fahmi penjaga gol Malaysia yang hebat tu pun orang Kelate jugok :DDD

Keempatnya,
Sekarang Jepun dah makin sejuk. suhu terendah hari ni ialah 3 darjah celcius. saya rasa macam nak terjun dalam kuali yang ada minyak panas menggelegak sebab tak tahan sejuk. pakai stokin pun dua lapis. pakai baju pula tak payah cakap la berlapis-lapis. makan nasi sepinggan, tak sampai sejam rasa lapar balik. nak kumpul lemak kan.

Kelimanya,
Saya rindu kawan saya, Adilin. saya harap sangat Adilin sentiasa ceria.sentiasa gembira.tak sedih-sedih. saya doa pada Allah moga Lin diberi kekuatan untuk hadapi semuanya dengan tenang dan sabar. ingat sayang, kita masih ada Dia..

Itu saja,terima kasih.

Tuesday, November 15, 2011

update ringkas saja

semalam punya semalam punya semalam,(12 Nov) 
alhamdulillah poster presentation telah tamat dengan jayanya.
jaya jugalah sebab malam sebelum tu saya boleh tidur walaupun tak berapa nak lena.
dan saya dapat present dengan lancar berbanding masa chukan presentation dulu.
dan saya boleh jawab soalan yang cikgu tanya.alhamdulillah..
dan lepas tu saya memang rasa lega teramat.
syukur syukur syukur sebab dah selesai,hilang sedikit kesibukan.

dan semalam punya semalam,saya keluar dengan kawan saya.dia datang Jepun.
we're friends for almost 12 years but yesterday(13 Nov) was our first meeting.
diana.
terima kasih sudi luangkan masa jumpa saya.
selama ni kami banyak kongsi cerita dalam surat saja.
gembira sangat dapat jumpa dia.
mak diana sangat baik.saya panggil beliau aunty.aunty dah duduk sini 8 tahun sebab kawin dengan orang Jepun.diana ada sorang adik Jepun nama taka.
saya sangat gembira jumpa diana.
walaupun pertama kali jumpa,tapi sebab dah biasa cakap banyak dalam surat,
rasa macam rapat.
aunty pun memang sangat ramah dan baik.suka sangat buat kelakar.
dan saya terharu sebab diana bawakan makanan Malaysia untuk saya.
dan aunty belanja saya makan buffet seafood sebab beliau cakap saya datang jauh.
seronok sangat.walaupun dapat jumpa diana sekejap saja. :')
my childhood friend :')

diana

aunty inoue

saya dah mengantuk.tapi saya nak menaip sikit lagi.
esok saya balik malaysia untuk 5 hari.
saya harap saya dapat jumpa semua orang yang saya nak jumpa;
keluarga saya,hasparina sensei,dan sensei-sensei lain,pakcik tahir,makcik petronas (opps) 
moga Allah permudahkan urusan saya,dan perjalanan saya pergi dan balik.
mungkin tak akan sempat update blog untuk 5 hari ni,
jadi kita jumpa minggu depan ya :))

Friday, November 11, 2011

berdebar lagi

saya memang suka buat post pasal berdebar ni.
sebab hidup saya memang penuh dengan debaran.
esok saya bakal berdebar lagi.
debaran nya dah terasa dari hari ni lagi.
esok ada poster presentation.
kena present pasal progress kerja yang kita dah buat,buat eksperimen setakat mana..
saya sangat berdebar,walaupun saya lebih suka poster presentation berbanding 中間(middle)presentation yang lepas (sebab poster presentation ni hanya di present depan 2 orang cikgu,diorang datang dekat kita dan tanya soalan.中間 presentation dulu kena present depan 5 orang cikgu dan ramai orang jepun yang dengar) ,
 tapi saya lebih bimbangkan poster presentation kali ni sebab cikgu dah dekat seminggu demam,disyaki pneumonia tapi taktahu betul ke tidak khabar angin ni.
jadi kami semua seolah-olah kehilangan tongkat untuk bergantung.
serius.sebab selama ni cikgu yang banyak tolong kami.
cikgu hanya dapat check slide kami dekat rumah,dan kami pun tak nak susahkan cikgu banyak-banyak sebab cikgu ulang-alik pergi klinik tiap-tiap hari.
tadi dah hantar sekali lagi slide dekat cikgu untuk dicheck buat kali kedua,
jadi sekarang ada masa sedikit untuk menaip dekat sini.
saya harap saya dapat tidur lena malam ini.
saya harap saya dapat habiskan presentation esok dengan jayanya.
dan lepas tu saya nak jumpa seseorang yang saya dah kenal agak lama,
lebih 10 tahun kenal dia tapi tak pernah jumpa.
jadi itu juga merupakan pembakar semangat saya untuk buat presentation sebaik mungkin.
dan lepas tu saya boleh balik Malaysia dengan tenangnya,walaupun 5 hari saja.
tapi sebab balik free,saya tak kisah walaupun sekejap.
dapat jumpa keluarga sekejap tu pun dah sangat besar maknanya untuk saya :')
untuk kawan-kawan yang dekat mahupun jauh yang selalu bagi semangat untuk saya,
terima kasih sangat-sangat.
tika saya hampir nak putus asa,kalian semua tak putus-putus bagi semangat
dan terpaksa layan semua bebelan saya walaupun kalian x faham apa yang saya buat.
terima kasih ya :))
hari ini 11.11.11, hari ini hari lahir labmate saya, Asakura.
 dia memang banyak sangat berjasa dekat saya, selalu tolong saya.
saya terharu sangat. saya tak tahu nak bagi apa dekat dia,
saya cuma terjumpa milo paket 3 in 1 dalam beg sekolah, jadi saya bagi tu je.
 semua orang rancang nak buat macam-macam pada tarikh ini
 sebab tarikh yang cantik kan :) tapi saya tak ada nak buat apa-apa pun.
cuma yang terlintas di fikiran saya ialah hari ini,11.11.11 hari jumaat dan hari ini hujan turun di Saitama.ia hujan rahmat :))

Tuesday, November 8, 2011

sebenarnya










semlam tiba-tiba saya rasa 
saya dah malas nak tulis blog
dah malas nak buka twitter
dah malas nak buka facebook
sebab
bila saya ada blog,twitter,facebook
saya jadi lupa diri (mungkin perkataan ini x berapa sesuai tapi saya tak jumpa perkataan lain)
bila saya ada blog,twitter,facebook
saya rasa saya lagi bergantung pada benda-benda ini semua untuk menggembirakan diri sendiri,memuaskan hati sendiri.
(eh sebelum tu,minta maaf ya.saya tak ada nak hentam siapa-siapa pun.saya menaip ni untuk diri saya sendiri.kalau ada yang terasa saya minta maaf.
saya tak suka nak hentam-hentam orang ni.saya tak tuju dekat siapa-siapa.ini serius.)
kalau ada masalah,saya mengadu,mengeluh,merintih dekat facebook,twitter,blog
tanpa sedar saya dah tersilap langkah 
sebab saya seakan mengetepikan Dia yang lagi Maha Mendengar,
lagi Maha Melihat,lagi Maha Mengetahui
lain orang lain caranya ya.mungkin kalian semua tak macam saya
guna facebook,twitter,blog untuk tujuan lain
nak berkongsi rasa gembira,sedih,berduka,kecewa,memberontak,nak mengeluh ke,
semua-semua tu tak salah.
tapi saya terfikir;bila saya gembira,sedih,kecewa dan lain-lain ini,perkara pertama yang saya buat ialah luahkan di twitter ataupun facebook ataupun blog.kenapa saya tak cari Dia dahulu,mengadu pada Dia,berkongsi dengan Dia.teruk kan saya.bila ditimpa masalah,mahupun diberi kegembiraan,saya buka twitter nak tweettweet dulu,buka facebook nak taip status dulu,buka blog nak update dulu.
saya lupa nak berkongsi dengan Dia dulu.saya teruk.
ya,di facebook mahupun twitter kita ada kawan-kawan.kawan-kawan selalu komen status facebook kita,selalu balas tweet kita.kalau sedih kawan-kawan tolong tenangkan.kalau gembira kawan-kawan turut kongsi kegembiraan.tapi saya ni,saya dah jadi lagha;mengutamakan benda-benda ini dulu lebih dari Dia.


kesimpulannya untuk saya;nak update segala jenis blog,twitter,facebook itu tak salah,
tapi jangan sampai lupa Dia.
dan jangan berdoa dijauhkan dari masalah,sebab kita dengan masalah memang tak dapat dipisahkan.tapi berdoalah supaya dikuatkan semangat untuk menghadapi masalah.sebab masalah itulah sebenarnya yang mendewasakan kita.
sebenarnya tadi ada orang suruh saya tulis buku.sebab dia cakap dia suka baca blog saya (walaupun tak menarik langsung) tapi memang tak laaa,saya pakat main tulis je apa yang saya rasa.kadang-kadang mengarut.tapi terima kasih sebab suka baca apa yang saya tulis,lain kali saya tulis lagi :)

Saturday, November 5, 2011

update malam raya

kecil-kecil dulu,saya pernah tanya abah
'abah,Saddam Husein tu jahat ke?'


banyak kali jugalah pertanyaan ni saya ajukan pada abah,sampailah abah cakap,


'mungkin ada salah yang dia buat,tapi dia kan orang Islam'


samalah juga masa awal tahun ni,saya tanya lagi abah,


'abah,Gadafi tu jahat ke?'


abah hanya ketawa,masa tu ada pujaan hati,syafikah,dengan afiqah sekali.diorang pun turut sama ketawakan saya.dan masa tu saya teringat semula pertanyaan yang sama yang saya tanyakan pada abah beberapa tahun lalu..


manusia,memang lumrah dia akan nampak yang buruk tu lebih dari yang baik.walaupun berjuta kebaikan yang dia buat,tapi sekali terbuat salah sebesar habuk pun,salah tu lah yang lagi diingat dan diungkit sampai bila-bila.


when someone does something wrong, don't forget all the things they did right.


jangan mengira apa yang telah kamu buat untuk mereka, tapi kiralah apa yang mereka telah buat untuk kamu, supaya kamu sentiasa sentiasa bersyukur dan berlapang dada.


dan takkan tak ada langsung kebaikan yang seseorang tu buat pada kita,walaupun setitis air vanhoten kan?



selamat hari raya aidiladha,kali kedua raya di perantauan
(mungkin kali terakhir raya berjauhan dari keluarga) >.<
maaf zahir batin kepada semua.
percayalah,dari pengorbanan tu akan menghasilkan sesuatu yang manis :)
malam ni tidur awal,esok mahu sembahyang raya di embassy. :)



Wednesday, November 2, 2011

berdebarnya rasa hati

berdebar ghaib
saya pun tak pasti kenapa orang kelantan sebut berdebar ghaib
tak tahu lah betul ke tidak ejaan ghaib tu,mungkin gaib,ggaib,gayib dan lain-lain
tapi saya tak pernah dengar la pulak ada orang yang lepas berdebar tiba-tiba jadi ghaib.
sebenarnya nak cerita pasal rasa berdebar/darah gemuruh,dah termengarut dah kat atas ni
tak tahu macamana tiba-tiba teringat dan pernah terdengar,
orang kelantan sebut 'debar ghaib' di saat berdebar

sepanjang 22 tahun hidup,selain daripada akibat pengambilan kopi selepas pukul 4 petang,saya juga akan mengalami masalah tak boleh tidur akibat berdebar.
semua orang pasti ada merasai hati berdebar-debar.tatkala ada exam,nak pergi interview,nak diijabkabulkan,nak jumpa mak mertua,nak salam dengan kakak ipar dan lain-lain.
sebenarnya saya cuma nak cakap,12hb ni saya bakal berdebar lagi sebab saya bakal ada poster presentation.saya yakin saya tak akan boleh tidur lena.

masa presentation yang lepas tu pun,malam sebelum saya akan present,saya langsung tak boleh lelapkan mata walhal (wah hebatnya penggunaan kata hubung saya) saya tak minum seteguk kopi langsung pun.dalam fikiran asyik terfikir bagaimanalah saya nak bercakap depan ramai orang jepun,dan seorang orang melayu yang petah berbicara jepun iaitu afiqah. akibatnya saya langsung tak tidur sampai ke pagi. saya pun tak tahu kenapa saya bersikap demikian, sedangkan saya tengok kawan-kawan lain yang berdebar,boleh je diorang tidur walaupun dalam hati ada debaran. mungkin saya telah set minda saya, mengatakan 'malam ni konfem tak boleh tidur sebab esok ada presentation yang membuatkan hati berdebar-debar' tapi saya tak dapat nak elakkan dan suruh otak saya berhenti berfikir dan cakap jom tidur.
tak boleh tak boleh. >.<
saya pun tak tahuuuu..siapa-siapa ada kata-kata nasihat?




kasih sahabat
saya minum dengan lahapnya sambil baiki slide.

saya telah kena gastrik.tak makan dari pagi; petang itu saya minta tolong belikan air vanhoten. sebab kerja tak siap lagi, dan saya yakin saya tak mampu jalan banyak sebab rasa sesak kat dada.tina dan kah belikan dan hantar depan lab.siap belanja lagi.terharu.
*nikmat dapat minum air vanhoten dan nikmat ada sahabat baik*

Sunday, October 30, 2011

bila Allah makbulkan doamu...

dah lama teringin nak makan kek coklat;
lepas tu Allah makbulkan doa saya
Allah hantar sapikah untuk buatkan kek coklat 
kami makan sama-sama masa usrah petang tadi
terima kasih Allah
terima kasih sapikah


esok kena hantar slide pada senior untuk dicheck sebelum dihantar pada cikgu.2 minggu lagi ada poster presentation. tolong lah senior jangan reject kerja saya, kalau tak, saya tak tahu nak buat macamana lagi dah. Ya Allah permudahkan urusan hambaMu ini..

Aku berada pada sangkaan hambaKu pada Ku, jika dia mengingatiKu dalam hatinya maka Aku mengingatinya dalam hatiKu, jika dia mengingatiKu dalam khalayak ramai, Aku akan mengingatinya dalam khalayak yang lebih lagi (dari kalangan malaikat). Jika ia mendekatiKu sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta, jika ia mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa, dan jika ia mendatangiKu dengan berjalan, Aku akan mendekatinya dengan berlari.  (Muslim) 

Friday, October 28, 2011

rindu JAD lagi

tadi pertama kali kelas secara tv conference dengan adik-adik U1.
nampaknya saya telah terkenangkan suasana JAD dahulu.
mula-mula diorang tengok video cikgu mengajar.masa tu saya dengan 2 orang lagi kena jadi pemerhati.30 minit terakhir baru belajar melalui TV conference.
yang kelakarnya,baru 10 minit kelas,ada yang dah mengantuk.
lepas tu orang sebelah tolong urut kawan yang mengantuk ni.
kawan jepun saya Asakura tanya,eh diorang main apa tu?
saya cakap diorang mengantuk tu,tengah picit-picit kawan dia.
dia gelak tak henti sebab tak pernah tengok kot situasi gini sebelum ni,
masa ni sangat-sangatlah rindukan JAD
dulu kalau ada kelas dalam bilik kom,sohe lah yang selalu duduk sebelah saya
sohe jarang tidur tapi saya,err...
rindu nya JAD bila tengok adik-adik tadi :')))
sama lah macam kami dulu-dulu;
bila cikgu tanya faham ke tak,ramai-ramai akan jawab haaaaaaaaaaaaaaaaaaai
bila saya tanya diorang dalam bahasa melayu,faham ke tak,diorang jawab taaaaaaaaaaaaaaaak
haha..macam-macam lah diorang ni.
masa akhir kelas ada yang lambai-lambai sampai pintu,
datang depan kamera lambai tangan dan tunduk
rasa kelakar pulak
nanti kita jumpa ye,bulan depan :)

rindu nak mengaji sama-sama

ni jadual waktu kelas kami by cik sapikah

before fly;si sohe kacak bergaya :D

memang di JAD lagi sibuk,lagi memenatkan berbanding sekarang
sekarang dah tak perlu masuk kelas dah,
pergi lab pun bukan ada kerja sangat tapi stay lab sampai malam
tapi mungkin sebab dah terbiasa dengan kesibukan dekat JAD ,
dekat sini pun pura-pura buat sibuk juga :D
dekat JAD kerja sekolah sangatlah banyak
satu hari ada 3,4 kerja sekolah untuk subjek berlainan
kadang-kadang tak faham pun apa yang cikgu ajar
10 minit sebelum pukul 5,semua dah packing-packing barang sebab
 nak berebut naik bas dengan set-set-kelas-atas

JAD yang mendewasakan saya;
terima kasih ya :)

Wednesday, October 26, 2011

live beautifully :)


semua benda di atas dunia ni pasti berubah.
kasih dan sayang pasti berubah.
siang pasti berubah jadi malam.
malam pasti berubah jadi siang.
makhluk dua alam seperti berudu suatu hari nanti pasti berubah jadi katak.
sekolah shibaura yang dulu nya tak ada tandas washlet pasti berubah ada tandas washlet.
beg sekolah warna hijau terang bila diguna selalu pasti berubah 
jadi warna hijau tak berapa nak terang.
roti gardenia pasti berubah ditumbuhi kulat bila dah tamat tempoh.
pen yang dibeli 2 tahun lepas pasti berubah kehabisan dakwat sebab selalu diguna.
seluar warna putih pasti berubah jadi warna kuning-kuning bila selalu dipakai.
daun hijau yang jatuh ke tanah masa ribut taufan pasti berubah jadi reput.
saiz anak kucing pasti berubah bila meningkat dewasa.
komputer yang diguna lama-lama pasti berubah jadi suka 'hang'.
dan,
saya yang gemuk pasti berubah jadi kurus :DDDDD

Monday, October 24, 2011

unexpected.unbelievable

semalam sejuuuuk sangat.


bukti kesejukan

sebab sekarang dah musim luruh kan
mama tanya kenapa musim luruh sejuk
saya jawab sebab daun-daun luruh la mama,sebab tu sejuk 
(errr tak tau lah betul ke tak jawapan saya :D )
ditambah pula semalam kehujanan.
jadi bertambah-tambah lah sejuk
sejuk-sejuk ni best juga
lagi best kalau boleh minum milo panas
tapi,hari ni tiba-tiba suhu tak jadi berapa sejuk dah
rasa macam tiba-tiba masuk musim panas balik
siap pasang kipas lagi ni haa
cuaca sekarang dah tak menentu..
tapi tu lah,semuanya ketentuan Dia
kalau Dia nak buat sekarang ni tiba-tiba turun salji pun boleh..

semalam usrah dengan kak Fiza
ada satu kata-kata akak yang menyentuh hati 
jangan sesekali jauh dari Dia
kadang-kadang kita rasa hubungan kita sesama manusia,hari ini baik-baik saja
tiba-tiba esok ada benda tak kena
kita buat kerja selalu saja dalam keadaan terpaksa,rasa itu satu beban
akak cakap kalau kita dekat dengan Dia,takkan berlaku semua ni
kalau buat semua benda kerana Dia,takkan berlaku semua ni
bila dekat dengan Dia,insyaAllah akan rasa dekat dengan semua orang 
sebab saling sayang kerana Dia
bila dekat dengan Dia,insyaAllah semua kerja rasa mudah 
sebab buat kerana Dia
jangan jauh dari Dia.
bila kita dekat dengan Dia bermakna Dia menjaga kita,
walaupun kita berjauhan dengan keluarga
Dia sentiasa ada :)

rindu-keluarga-nun-jauh-di-sana.