Monday, May 30, 2011

lagu untuk adik sakura

dulu pak cik Ueno dengan makcik Ayako tinggal dalam bandar yang sama yang aman permai jauh dari gangguan  kebisingan ibu kota.mereka saling tak mengenali,tapi jodoh pertemuan tu semua Allah yang tentukan,mereka bertemu juga di bawah bumbung kedai bundle sementara menunggu hujan renyai-renyai berhenti.sejak dari pertemuan itu,pakcik Ueno selalu jumpa dengan makcik Ayako.lama-lama mereka pun kahwin dan hidup bahagia.setahun perkahwinan mereka,makcik Ayako pun mengandung.makcik Ayako pandai masak,pakcik Ueno suka makan.satu hari makcik Ayako masak ayam paprik untuk pakcik Ueno tapi makcik Ayako tak sedar garam dah habis.makcik Ayako pun keluar lah kejap nak pergi beli garam kat kedai runcit depan rumah.di samping tu pakcik Ueno la yang jaga ayam paprik tu taknak bagi hangit.tiba-tiba pakcik Ueno dengar bunyi yang kuat dari luar rumah.pakcik Ueno dah rasa tak sedap hati.beliau pun bergegas keluar rumah.seperti yang beliau jangka,makcik Ayako terkulai atas jalan.makcik Ayako dikejarkan ke hospital sebab cedera parah.makcik Ayako tak dapat diselamatkan tapi baby dalam perut makcik Ayako dapat diselamatkan.pakcik Ueno sedih tapi nak buat macamana.pakcik Ueno pun membesarkan lah baby tu sorang-sorang dan baby tu diberi nama Sakura.

sebelum makcik Ayako menghembuskan nafas terakhir,
makcik Ayako sempat  nyanyi lagu untuk Sakura

sepanjang membesarkan Sakura,pakcik Ueno selalu nyanyikan lagu ni untuk Sakura

semoga Sakura chan akan membesar dengan sihat dan jadi anak yang baik lepas tu boleh balas jasa ayah dia yang dah susah payah membesarkan dia.
:: memandai je pulak translate lagu ni.tapi bes kan lagu dia ::

Manusia merancang,Allah juga merancang.dan yang pasti perancangan Allah adalah yg lebih sempurna dan terbaik.kita tak tahu,mungkin perancangan kita tu gagal@tertunda sebab memang itu bukan yg terbaik untuk kita buat masa ni.
tapi yang penting,percayalah dengan ketentuan Dia! :)

Sunday, May 29, 2011

hujung minggu yang seronok

hari ini saya buat macam-macam.
pertama,
kami buat ketam masak pecah telur sempena ulangtahun kelahiran pikah.
resipinya seperti ini:


      bahan-bahan:


1) ketam dibersihkan
2) 2 biji telur
3) 1 biji bawang besar - dihiris nipis bulat 
4) 1 biji bawang besar dan sikit halia muda dikisar hancur  
5)  minyak untuk menumis
6)  pes cili
7)  sos tiram
8)  sos cili
9)  sos tomato dan tomato
10) garam secukup rasa
11) 1/4 cawan air

cara-cara nak masak:

1) Bahan2 yg dikisar dan pes cili ditumis hingga pecah minyak
2) Kemudian curahkan sos tiram,sos cili,sos tomato, kacau hingga pekat
3) Masukkan telur dan biarkan sehingga separa masak, kemudian baru kacau supaya telur tersebut berketul2 dan tidak terlalu hancur
4) Masukkan air, dan sedikit garam 
5) Kacau rata dan kemudian masukkan ketam. 
6) Apabila dah sebati, akhir sekali barulah  masukkan bawang besar dan tomato
7) Sedia untuk dimakan!

ketam pecah telur dalam kuali

best lah rasa dia :))

lepas tu pula saya buat kad untuk mama dan abah,sambil tonton drama Jepun.

santekk tak :))


lepas tu main tulis-tulis sambil nyanyi lagu kasi hujan turun lagi lebat :DD

tanya sama pokok versi syafikah




:: hujung minggu yang seronok ::


Friday, May 27, 2011

buat dua insan tersayang

hari ni hari lahir mama
25 hari lepas hari lahir abah
tapi saya tak sempat nak update sebab masa tu dekat Osaka
mama dan abah yang disayangi,
selamat hari lahir 
semoga mama dengan abah panjang umur,murah rezeki,hidup diberkati Allah
dan ceria selalu
bila selalu doa dari jauh;


Ya Allah, 
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas 
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas 
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah 
mereka sebagaimana mereka memeliharaku. 
 
Ya Allah, 
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan 
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku 
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku 
jadikanlah itu semua penyebab susutnya 
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan 
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah 
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan 
kebaikan berlipat ganda. 


bunga ; 1 untuk mama, 1 untuk abah

alom dah buat kad yang santekkk untuk mama,tunggu la kad dari Jepun pula ye~~~

:: tak sabar nak habis belajar,nak jumpa mama hari-hari nanti boleh peluk cium mama dengan salam tangan mama hari-hari (jadi kena kerja dekat Kelantan la kan?) ::

Thursday, May 26, 2011

jikalau orang tak suka tak apa

ramai tak suka makan sayur kan?sebab sayur rasa dia pahitt.tapi..sayur banyak khasiat tau!
dalam al-Quran pun ada sebut,tentang sayur-sayuran yang sebenarnya Allah ciptakan memang untuk kesenangan kita,salah satu nikmat dari Dia untuk kita :))


''Lalu kami tumbuhkan biji-bijian,dan anggur dan sayur-sayuran,dan zaitun dan pohon kuruma,dan kebun-kebun yang rendang,dan buah-buahan serta rerumput.semua itu untuk kesenanganmu dan haiwan-haiwan ternakmu '' 80:27-32

"Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepada-Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)." 14: 34


anda suka makan terung?terung pun termasuk dalam kategori sayur juga walaupun beliau (beliau?) x berwarna hijau.saya sangat suka makan terung.sambal terung,terung cicah budu makan dengan ikan bakar,terung bakar,semua saya suka.khasiat terung ni banyak tau, antaranya:


>> menjaga kesihatan jantung
>> menurunkan paras kolestrol
>> terung yang dikisar lalu diminum boleh melawaskan kencing
>> untuk orang mengandung,terung boleh menjaga kesihatan janin dan kandungan
>> perempuan mesti sukaa ni:terung dikisar lepas tu sapu kat muka boleh hilangkan jeragat
>> dan boleh memelihara kejernihan kulit muka                              (sumber:blogtumbuhan)


sebenarnya hari ni saya cuba masak masakan terung.dah lama teringin nak makan terung tapi terung kat pasaraya Seiyu mahal sangat,semalam terjumpa terung murah,3 biji dengan harga 50 yen sahaja (lebih kurang RM2). kalau cik kiah masak ayam percik ala becky,saya pun nak masak makanan ala bila la jugak.


ini diaaa...


sambal terung ala bila 


bahan-bahan:
1 biji terung - potong ikut kesukaan
garam
gula

bahan untuk tumbuk atau kisar:
1/2 biji bawang besar
2 sudu cili boh
sejemput ikan bilis 
2,3 titik belacan
kalau nak pedas tambah la cili hidup,rumah saya tak ada cili hidup sobsobsob

>> potong la terung sesuka hati
>> panaskan minyak,sampai dah cukup panas,masukkan bahan kisar tadi sampai naik bau
>> kalau nampak dah nak kering tambah sikit lagi minyak
>> masukkan garam dan gula secukup rasa
>> masukkan terung
>> kacau sampai terung tu layu dan masak

siap!
sedap!
cubalah!

Tuesday, May 24, 2011

kupu-kupu terbang tinggi

assalamualaikum!

hari ini macam biasa pergi sekolah baca karangan dalam bahasa jepun yang panjang-panjang.bila dah penat mulalah melilau-lilau.
dan melakukan aktiviti yang tak berapa nak berfaedah seperti mengambil gambar dengan senior yang comeyy..


comey kan senior saya,saya bagi beliau pakai baju kurung yang santek ini.dan beliau sangat gembira.lalu kami mengadakan sedikit fotografi di dalam lab :DD
dan kemudiannya saya kebosanan semula
tapi dah tak nak buat kerja tak berfaedah dah
tiba-tiba ada orang hantar video ini untuk ditonton
saya dengar ia sambil makan biskut
kata-kata dari penceramah yang sungguh mengesankan..
mahu kan bakal pewaris masa depan baik-baik,
kita terlebih dahulu kena jadi baik
seronokkan cara dr muhaya cakap pun best juga..

terima kasih atas perkongsian sayangku




betul ke secret recipe tak boleh makan?
sedihlah saya sebab nanti dah tak boleh makan kek chocolate banana yang saya suka
tapi alhamdulillah itu cuma khabar angin semata
kek chocolate banana akan masuk dalam perut lagi bila 
kaki melangkah semula pulang ke Malaysia


saya makan satu pinggan sahaja.mana boleh makan lebih dari satu pinggan.nanti saya obesiti.lagipun BMI saya sekarang sangatlah normal iaitu 20.9.berani kan saya mendedahkan nilai BMI diri sendiri.mentang-mentanglah normal kan.hehehe.pinggan satu lagi tu milik jurugambar lah.

Sunday, May 22, 2011

hari ini hujan

saya sangat kimochi warui (badmood) sebab saya baru bangun dari tidur 
(saya tidur lepas solat maghrib tadi) 
mungkin sebab saya tak biasa tidur masa ni dan saya mimpi macam-macam benda pelik tadi..


pernah tak anda rasa nak menangis tapi tak tahu sebab apa?
mungkin juga saya mengalami simptom seperti yang cik kakak fana ceritakan di sini
masyaAllah takutnya lah pulak
tib-tiba terfikir,
bila saya mahu minum air van houten,
bila saya mahu makan kebab,
bila saya mahu research yang seronok,
bila saya mahu buat kerja part time,
bila saya mahu berjaya dalam sesuatu yang saya lakukan,
semuanya Allah permudahkan,walaupun kadang-kadang mungkin saya kena tunggu untuk jangka masa yang lama baru saya dapat apa yang saya mahu,
tapi semua Allah perkenankan
Maha baikkan Allah
tapi....
adakah semua yang Allah perintahkan saya telah ikuti?
malah saya tak puas meminta..
lumrah manusia tak pernah puas dengan apa yang diperoleh
tak malu kan saya?
sesuka hati minta itu ini dengan Dia tapi perintah Dia ada saya tinggalkan
Dia ceriakan saya tapi saya kecewakan Dia
-tak mahu jadi begini lagi-



"kemenangan hanya di dapatkan dalam kesabaran,
& kekalahan di dapatkan dalam ketergesa-gesaan & kemarahan,
tidakkah kita inginkan kemenangan agar bahagia?
Sungguh kesabaran adalah jalan kemenangan"

Friday, May 20, 2011

semangat sila datang!

sejak dua menjak ini
saya cepat letih
saya tak bersemangat 
nak jalan pun tak larat
nak tidur banyak-banyak pun letih jugak
rasa tak larat yang melampau-lampau
kalau tengah jalan-jalan,rasa nak baring je atas jalan tu sebab tak larat
kenapa ya?
kenapa sangat tak ada stamina ni..
kenapa sangat rasa tak larat ni
kenapa sangat rasa tak bersemangat ni
kenapa sangat cepat rasa letih ni
tak tahulah kenapa..
tak laratt sangat nak langkahkan kaki ke sekolah pergi lab
tapi saya mahu gagahkan diri juga
kalau rasa letih saya minum kopi
sebab kopi dapat hilangkan rasa mengantuk
dan dapat hilangkan rasa letih
tapi sebenarnya kopi ni bahaya ke baik untuk kesihatan eh?
sebab pernah terbaca..minum kopi boleh beri kesan buruk pada tubuh
minum kopi banyak-banyak boleh sebabkan insomnia
tapi kopi boleh hilangkan mengantuk dan keletihan

saya mahu kuat
padamu padamu~
minum teh beng kat syasya!kakyuni belanja! (mode rindu syasya :( )

semoga saya kuat!
dan bersemangat!




Ya Allah,when I lose hope because my plans have come to nothing..then help me to remember that YOUR love is greater than my disappointments and YOUR plans are better than my dreams.amin!

Wednesday, May 18, 2011

terlajak perahu boleh diundur

semalam kali pertama pergi kerja sorang-sorang.oleh sebab pergi sorang,jadi kena la pergi awal sebab takut tersesat kat mana-mana atau terlepas tren atau terover naik tren sampai ke mana-mana entah.bak kata orang terlajak perahu boleh diundur,terlajak naik tren padan la muka :P


dan saya berjaya sampai dekat tempat kerja sebelum pukol 5 lagi,jadi oleh sebab ada kelapangan masa,saya bercadang nak berjalan-jalan la dekat kawasan tempat kerja tu.tengok-tengok kalau ada tempat menarik.tiba-tiba tekak rasa dahaga jadi rasa nak minum air.best nya kalau boleh minum air kalpis masa ni.jadi saya mahu singgah 7 eleven la kejap,sambil jalan-jalan tu mahu minum air..nak pergi 7 eleven kena lintas jalan,nak lintas jalan kena tunggu lampu isyarat jadi warna hijau.jadi saya pun tunggu la dengan sabarnya tapi terlebih tunggu la pulak,saya tak sedar lampu isyarat tu dah berkelip-kelip nak jadi merah dah.saya pun mengambil keputusan tekad untuk pecut selaju mungkin untuk ke seberang sana.ye,berjaya!tapi.....!dompet saya terjatuh kat tengah jalan..alamakk sikit lagi warna hijau nak bertukar jadi merah.dalam dompet saya masa tu memang tak berisi satu yen pun wang tapi sebab segala pengenalan diri saya ada dalam tu,jadi ia sangat lah penting!ah lantak lah lampu dah merah pun,saya tetap mahu ambil dompet saya yang berharga itu.belum sempat saya membongkok mau mengambil dompet untuk dilarikan secepat mungkin,tiba-tiba datang la sebuah kereta alfa romeo warna hitam meluncur laju ke arah saya.dan tiba-tiba saya rasa kesakitan yang tak adalah sakit sangat di bahagian lutut yang telah membuatkan saya jatuh terduduk.tak rasa sakit sangat pun,saya rasa saya boleh bangun sendiri dan jalan semula.tapi oleh sebab perasaan terkejut,saya tak mampu nak bangun.saya lihat sekeliling saya ada banyak mata yang memandang.dan tiba-tiba keluar lah beberapa orang lelaki,agak-agak saya dalam 6 orang dari kereta tu,semuanya memakai kot warna hitam,dan salah seorang bertanya pada saya 'kamu ok?' saya hanya mengangguk,dan 2 orang lelaki mahu memapah saya tapi saya menepis tangan mereka sambil berkata saya ok..tapi nampak nya salah seorang daripada 6 lelaki itu (mungkin pemandu kereta tersebut) kelihatan agak kaget,lalu menawarkan saya untuk dibawa ke hospital.pada mulanya saya tidak mahu dengan memberi alasan saya ok saja lagipun saya memang tidak ada duit langsung pada masa tu.tapi beliau cakap beliau rasa bersalah sangat,walaupun tu kesalahan saya sebenarnya..dan beliau memang nak bayar kos perubatan saya sekiranya terdapat sebarang kecederaan pada saya.soal duit jangan risau,katanya lagi.tapi saya beri alasan lagi,saya cakap saya kena bergegas ke tempat kerja,lagi 10 minit kerja akan bermula..tapi salah seorang daripada lelaki tersebut mahu menelefon bos di tempat kerja saya..eh kenapa dengan mereka ni?lalu saya pun memberikan nombor telefon tempat kerja saya kepada lelaki itu..tiga panggilan dibuat tapi tidak diangkat.dan panggilan untuk kali keempat barulah Encik Sakai,pakcik ketua di tempat kerja saya menjawab panggilan telefon.dari perbualan mereka,saya mendapat tahu bahawa syarikat kumpulan lelaki tersebut ada kaitan dengan syarikat tempat saya bekerja.dan dari perbualan mereka juga,nampaknya lelaki tersebut mengenali Encik Sakai.dan encik Sakai memberikan kebenaran kepada saya untuk bercuti hari ini.
mereka membawa saya ke hospital yang berdekatan,dan saya berasa sangaaaat beruntunggg sebab akhirnya dapat juga saya naik kereta alfa romeo yang memang dah lama saya idamkan selama ini.sekejap pun jadi lah..saya tak kisah.salah seorang dari lelaki-lelaki tersebut mempelawa saya makan,mungkin perasaan bersalah masih menebal dalam diri mereka.sekali lagi saya menolak dengan memberi alasan saya tak ada duit untuk balik,apatah lagi untuk pergi makan,lagipun saya jarang makan di kedai sebab ragu-ragu dengan bahan yang digunakan.tapi mereka tetap bersemangat mengajak saya,dan berjanji akan menghantar saya pulang ke rumah selepas makan.dan saya hanya menurut..
pakcik-pakcik ini semua sangat lah baik hatiii,mereka banyak bertanyakan saya soalan tentang pelajaran,tentang Malaysia,tentang diri saya.dan saya sangat seronok dapat berbual dengan mereka semua sambil menaiki kereta alfa romeo.
mereka bawa saya makan di sebuah kedai menjual makanan laut bakar,dan kedai itu nampak macam ekslusif..tapii tak kisah lah,orang nak belanja!gembira nyaaa sebab saya memang sangat suka akan makanan laut.saya makan macam-macam,dan tanpa henti.seronokkkk..salah seorang lelaki tu tanya saya nak makan apa-apa lagi tak,saya cakap saya nak makan tiram bakar..lepas tu lelaki tu panggil waiter kedai tu.dan waiter tu mengangguk dan cakap 'ok bos'.eh,bos?'kamu bos di sini ke?' tanya saya..dan rupa-rupanya lelaki tu adalah bos kumpulan tu dan beliau memang pemilik restoran tu.katanya beliau ada 15 cawangan kedai makanan laut tersebut seluruh Jepun.dan yang paling popular di Ginza.sejurus selepas tu waiter bawa kan sedulang besarrr tiram bakar!wahhh saya rasa macam dalam mimpi saja.saya makan tiram bakar tu tanpa henti.tak berkongsi dengan siapa-siapa pun.sedang asyik saya mengisi perut,tiba-tiba 2 orang lelaki dari meja sebelah bangun lalu bertolakan antara satu sama lain.mereka seperti dalam keadaan mabuk nampaknya.mereka tak berhenti bertumbuk.saya nampak salah sorang daripada dua orang yang bertumbuk tu dah cedera parah di muka.saya terkejut dan ketakutan.dalam kekalutan tu barulah saya terfikir kenapa saya berada di situ?saya dipukau ke?saya rasa mahu menangis,dalam fikiran tak fikir apa-apa dah,saya cuma mahu balik.tapi macamana saya nak balik?saya tak tahu pun sekarang saya berada di mana.telefon saya kehabisan bateri.saya tak dapat nak hubungi siapa-siapa pun.saya beritahu salah seorang dari 6 lelaki yang baik hati membawa saya makan tadi,bahawa saya mahu balik.mereka tengok muka saya ketakutan.dan air mata memang dah mengalir dah..mereka menenangkan saya dan berjanji saya tak akan apa-apa dan akan menghantar saya pulang selepas keadaan reda.keadaan makin kritikal nampak nya sebab sekumpulan lelaki merempuh masuk ke dalam restoran tersebut dan bertumbukan dengan sekumpulan lelaki yang lain..dan saya sangattt ketakutan.tiram bakar tadi ada separuh lagi yang belum saya habiskan tapi memang saya dah tak mampu nak fikir apa-apa selain menangis.salah seorang daripada lelaki terbabit menarik bahu saya dan meminta saya mengikut beliau.kami menyelinap keluar perlahan-lahan dari pintu belakang,dan berjaya.pakcik tersebut mahu membawa saya pulang ke rumah.sepanjang perjalanan,banyak yang diceritakan beliau kepada saya,dan barulah saya tahu bahawa pakcik tersebut ialah ketua kumpulan yakuza di daerah akasaka,dan kekecohan yang berlaku sebentar tadi adalah perkara biasa yang beliau lalui setiap hari,disebabkan pergaduhan dengan kumpulan yakuza dari daerah lain yang mahu berebut kuasa pemerintahan di akasaka.saya memang dah lama nak jumpa yakuza!tapi tak sangka pertemuan kami adalah seperti ini.kereta yang pakcik pandu itu diiringi beberapa buah lagi kereta,mungkin 5 buah dan menurut pakcik,mereka-mereka itu adalan anak-anak buah beliau..sepanjang sejam setengah perjalanan saya ke rumah dengan menaiki alfa romeo,macam-macam soalan yang saya utarakan kepada pakcik,saya tanya beliau bukankah yakuza semuanya jahat-jahat,beliau cakap tidaaak,tak semua yakuza jahat.yang jahat tu yang mengedar dadah dan senjata api,yakuza kumpulan beliau tidak melakukan semua itu,tetapi hanya menjaga keamanan kawasan yang diperintah.dan kumpulan yakuza sememangnya tak boleh mengelak daripada pergaduhan.boleh dikatakan setiap hari mereka bergaduh bertumbuk,tapi itu semua memang perkara biasa.dan saya beritahu beliau saya sangat suka akan bahasa pertuturan yakuza.pakcik mengajar saya beberapa bahasa pertuturan yakuza,dan saya sangattt gembira sebab lepas ni boleh la saya mempraktikkan nya bersama kawan-kawan.saya sudah sampai di depan halaman rumah.saya ucapkan terima kasih tak terhingga kepada pakcik tu dan pakcik terbabit berulang kali tunduk meminta maaf sebab dah banyak menyusahkan.saya katakan pada beliau saya rasa sangat seronok atas pertemuan sebentar tadi.beliau menghulurkan kad nama beliau kepada saya dan menyuruh saya menghubungi beliau sekiranya memerlukan bantuan.dan saya memang berharap saya dapat bertemu beliau lagi.saya menunggu kereta pakcik hilang dari pandangan..lalu melangkah masuk ke rumah dengan senyuman...serius,seronok kan kalau betul-betul peristiwa di atas berlaku kepada saya?inilah antara impian saya semasa berada di Jepun ni:mahu naik kereta alfa romeo sebab sah-sah lah tak mampu nak beli,mahu makan banyak-banyak dekat kedai makanan laut bakar dan mahu jumpa yakuza baik(ada ke yakuza baik?)
dan ini juga ialah kesan akibat terlalu banyak menonton drama yakuza.
dah lama tak menaip panjang-panjang,jadi mohon maaf lah kepada anda jika saya telah membuang masa anda membaca cerpen saya yang mengarut ini.penat menaip dan saya mahu tidur,nanti saya buat cerpen lagi lain kali :))))

Saturday, May 14, 2011

kerana Fate Stay Night

dalam lab saya,batch kami ada 5 orang lelaki dan 2 orang perempuan termasuk saya.saya paling rapat dengan Asakura kun,teman sebelah meja saya.beliau jarang bercakap,tapi bila dah start bercakap,memang banyak la bercerita.beliau dah banyak tahu pasal Islam,saya ceritakan serba sedikit kepada beliau..
semalam beliau tanya saya,''nabila dalam rumah pakai tudung juga ke?'' 
saya jawab,''tak,sebenarnya rambut ni tak boleh tunjuk kat orang laki''.
beliau tanya lagi,''ooo ye ke..suami pun tak boleh tengok?'' 
saya jawab,''eh boleh-boleh,suami boleh tengok lepas kawin'' 
kemudian saya tunjukkan beliau jadual sembahyang saya,beliau terkejut,sebab orang Islam kena bangun sembahyang subuh pukul 3 pagi (kat Jepun sekarang waktu subuh seawal jam 3)
dalam ramai-ramai kawan saya ni,ada sorang mamat laki nama Nakamura,kami jarang bercakap.saya pun tak tau kenapa..mungkin beliau tak suka saya.saya tak berani lah nak tegur beliau.beliau banyak cakap dengan kawan-kawan lain tapi tidak dengan saya.mungkin sebab saya warga asing = alien T_T
tapi.....
semalam masa nomikai (macam jamuan makan minum)
saya rancak bercerita dengan senior dan Asakura kun dan Ito san tentang anime di Malaysia,saya cakap saya  tak minat sangat tengok anime,kalau tengok pun saya akan tengok separuh jalan saja.tapi ada satu anime yang saya berjaya habiskan dan lepas tengok anime tu saya dah tak nak tengok anime lain sebab anime tu best sangat.kawan-kawan tanya saya anime apa,saya jawab Fate Stay Night.bila saya jawab macam tu,tiba-tiba Nakamura bangun bersorak tepuk-tepuk tangan.saya ingat beliau dah mabuk.tapi beliau tanya saya macam-macam soalan,beliau tak sangka Fate Stay Night akan femes sampai ke Malaysia.dan lepas tu,macam-macam la cerita beliau sampai dah tak larat saya nak dengar.tapi saya gembira!sebab dari situlah beliau dah mula bercakap dengan saya.
dan semalam,saya belajar satu perkara : kalau nak rapat dengan seseorang,kena tahu minat kesukaan beliau dan ketidaksukaan beliau pun kena tahu juga.supaya beliau rasa senang bila berada di samping kita.dan interaksi itu sangatlah penting.supaya tak akan timbul salah faham (saya sudah salah faham dengan Nakamura sebab menganggap beliau sombong)
semalam cikgu menunjukkan bakat bermain piano..senior pun menunjukkan bakat bermain gitar.dan kawan saya Ito san pun menunjukkan bakat bermain alat muzik yang saya dah lupa apa nama alat tu.macam masuk kelas muzik pula semalam.tapi sangatt la seronok.


Ito san main alat muzik,harga dia 1000000 yen!

cikgu terer main piano.petang2 beliau berlatih main

cikgu duet dengan senior 

nomikai ni ialah jamuan minum-minum yang memang popular dalam budaya jepun.tapi time ni la diorang minum arak ramai-ramai.ya,memang tak seswai pun untuk yang beragama Islam menghadiri benda-benda macam ni,tapi sebab nak tunjukkan rasa hormat,kena la pergi.dan mereka pun hormat budaya kita,semalam kami dihidangkan dengan makanan-makanan yang kebanyakannya saya boleh makan,dan mereka sediakan sebotol air kalpis yang besar tu untuk saya sorang!seronok..dan masa nomikai ni lah sebenarnya peluang untuk merapatkan hubungan dengan kawan-kawan Jepun.saya rasa saya akan nangis la bila nak berpisah dengan mereka semua.sebab mereka sangat melayan saya dengan sangat2 baik..

Thursday, May 12, 2011

nasi beriyani lauk ayam masak pedas..

memang sedap..
tapi makanan itu sesungguhnya menggemukkan











takut kepada kegemukan?
cubalah ini

1. potong salad dalam pinggan
2. tabur isi ketam
3. tuang mayonis
4. nganga mulut,kunyah,telan :)

serius sedap.dan mengenyangkan.
resipi turun temurun,diturunkan dari sahabat bernama Roslina kepada housemate saya, Fatina.

selamat menjamu selera!



"Ya Allah,when I lose hope because my plans have come to nothing..then help me to remember that YOUR love is greater than my disappointments and YOUR plans are better than my dreams.amin!"

Wednesday, May 11, 2011

tiada secantik bahasamu

bila saya lapar,mama masakkan makanan
bila saya mengantuk,mama dodoikan
bila saya menangis,mama hiburkan dengan nasihat
bila saya sedih,mama hiburkan dengan cerita
bila saya gembira,mama pun gembira sama
bila saya hampir putus asa,mama lah semangat saya
mama lah segala-galanya

greatest mama.i love u so much

nasihat mama akan sentiasa tersemat dalam hati,
untuk jadi peringatan dan pedoman hidup sepanjang masa
saya kelewatan menulis entri ini..hari ibu dah lepas beberapa hari..
sebab masa sangat mencemburui saya
misi membuat kad untuk mama akan bermula pada minggu depan memandangkan saya kesuntukan masa pada minggu ini.
semoga mama sentiasa gembira dan tenang,ceria,tiada duka..Bila sayang mama sangat-sangat.bila mahu jadi anak mama yang baik yang boleh selalu menggembirakan mama,menyenangkan mama..mahu jadi anak yang solehah,insyaAllah..

takziah kepada seorang teman yang baru kehilangan ibunya pada minggu lepas..berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul,saya hanya mampu berdoa semoga arwah ibu dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan semoga teman saya itu kuat dan tabah menerimanya..  

dan ini sangat menarik,untuk tatapan para ibu dan anak-anak :)