hari ini saya buat macam-macam.
pertama,
kami buat ketam masak pecah telur sempena ulangtahun kelahiran pikah.
resipinya seperti ini:
bahan-bahan:
1) ketam dibersihkan
2) 2 biji telur
3) 1 biji bawang besar - dihiris nipis bulat
4) 1 biji bawang besar dan sikit halia muda dikisar hancur
5) minyak untuk menumis
6) pes cili
7) sos tiram
8) sos cili
9) sos tomato dan tomato
10) garam secukup rasa
11) 1/4 cawan air
cara-cara nak masak:
1) Bahan2 yg dikisar dan pes cili ditumis hingga pecah minyak
2) Kemudian curahkan sos tiram,sos cili,sos tomato, kacau hingga pekat
3) Masukkan telur dan biarkan sehingga separa masak, kemudian baru kacau supaya telur tersebut berketul2 dan tidak terlalu hancur
4) Masukkan air, dan sedikit garam
5) Kacau rata dan kemudian masukkan ketam.
6) Apabila dah sebati, akhir sekali barulah masukkan bawang besar dan tomato
7) Sedia untuk dimakan!
ketam pecah telur dalam kuali
best lah rasa dia :))
lepas tu pula saya buat kad untuk mama dan abah,sambil tonton drama Jepun.
santekk tak :))
lepas tu main tulis-tulis sambil nyanyi lagu kasi hujan turun lagi lebat :DD
tanya sama pokok versi syafikah
:: hujung minggu yang seronok ::
3 comments:
cantik dan comel kad untuk mama&abah nabila tu. tentu mereka akan sangat suka :)
kad yg last hok ad lagu tu idea we kn? (^.^) dan semestinya utk we kn..sbb tu tulisan last tu kabur kn ;p
sensei:dah lama dah tak buat kad mcm tu sensei,rasa seronok pula lepas siap tu :))
we:p.e.r.a.s.a.n :|
Post a Comment