Sunday, December 26, 2010

purple itu menawan


hari ni kan,saya gembira sangat.sebab sayang fana dengan fani datang rumah.hari tu pun gembira jugak,yayang elin datang rumah.gembira nya bila cuti dah start ni,kawan-kawan confirm datang rumah.tak lama lagi makin ramai la datang menemani saya kat sini (gembiwaaa) 
lama tak shoping baju,tadi saya pegi shoping dekat toro je,tapi sangat la seronok




ni kasut saya.dah buruk kan dia.warna putih pun dah beransur-ansur bertukar jadi warna majerin planta.asyik guna kasut ni je memanjang.hah ni la bukti nya saya dah lama x shoping beli barang : si peneman duk paksa-paksa beli baju baru.jarang sangat la nak dengar dia merungut saya dah lama x beli kasut baru,baju baru,beg baru.dan ini lah hasilnya.baju sejuk warna pepel.dan saya terus pakai sebaik saja selepas beli sebab terlalu excited :D




lepas tu masuk daiso,beli alas kaki dalam tandas,juga warna pepel



dan saya dapat bunga tapi warna pink.bau dia waaaangiiii sangat3 :))


 
sebenarnya memang azam saya tak mau shoping banyak-banyak dah.dah taubat dah.duit dah banyak habis dah kat Malaysia dulu gara-gara shoping.sekarang ni memang nak menabung gila-gila untuk masa depan dan untuk kawin  hehe.


saya memang suka mengemas.anak mama kan.mesti la mama borek anak rintik.dah banyak kali dah tukar kedudukan perabot dalam rumah ni.rumah saya tak banyakperabot pun.jadi senang la nak angkat-angkat barang.dan inilah hasilnya....


Tuesday, December 21, 2010

peace no war



saya mahu bercerita tentang cikgu saya.nama beliau Dr Moen.wawaaah special nya cikgu saya ni,dalam banyak-banyak cikgu yang ada dekat sekolah Shibaura,saya pilih untuk bercerita tentang beliau.kenapa ya?sila teruskan pembacaan anda kalau anda berminat untuk tahu.cikgu Moen cikgu kelas technical engineering saya.sebelum tu saya nak terangkan dulu tentang subjek technical engineering ni.subjek ni ada dua sesi.sebelum ni dah pernah ada subjek ni dengan cikgu lain,cikgu Horio.sangaaaatt la menakutkan sebab kena translate ayat by ayat dan ayat-ayat die susah plak tu.ayat engineering kaaaan..setiap kali tiba giliran untuk baca ayat,sangat la cuak sebab takut cikgu Horio x puas hati dengan ayat yang ditranslate.dan lagi cuak kalau beliau tanya apa maksud ayat yang ditranslate tu.awal-awal dulu memang guna google translate la untuk menterjemahkan ayat-ayat tersebut tapi google translate kadang-kadang pun x leh diterima pakai,terpaksa la kami terjemahkan ayat-ayat tu sendiri.dan sekarang,sesi bersama cikgu Horio telah pun tamat,maka bermula la sesi yang kedua bersama cikgu Moen.cikgu Moen orang putih ye.isteri beliau orang jepun.kelas cikgu Moen berbeza dengan kelas cikgu Horio,sebab kami tidak perlu mentranslate ayat.hanya perlu mencari artikel-artikel yang menarik,ulas kenpa pilih artikel tu,dan bincang permasalahan dengan kawan-kawan bersama cikgu Moen.kami biasanya berbincang tentang isu semasa,antaranya tentang nuklear,tar sands,apa itu transpasific partnership,overfishing dan lain-lain lagi la permasalahan yang berlaku di atas muka bumi ni.kami pernah berbincang pasal satu tajuk,dan cikgu Moen melahirkan rasa x puas hati beliau terhadap negara US,dan cara beliau bercakap tu memang seakan-akan tidak suka akan negara US.bila habis je kelas beliau petang tu,kami tertanya-tanya cikgu Moen ni asal mana,mungkin Australia,x pun Great Britain tapi kami x nak berteka-teki lama-lama,kami terus ketuk bilik beliau dan tanya:


'Sir,where do you come from?'


'My mother is Japanese and my father is an American and when I was 19 I joined Air Force'


erkkk..orang Amerika kah?


kelas berikutnya pula,kami berbincang topik lain pula.dan cikgu Moen sekali lagi membuat kenyataan yang mengejutkan,bahawa beliau tidak mempunyai kereta.


'when I was young I went to Mount Fuji with my wife,it took about 45 minutes to go there,but on the way back to home,it took about 5 hours.so I sold my car and I live happily ever after'(ok yang ni saya tambah sendiri)


menarikkan beliau?tiada kereta.


model kenkyushitsu cikgu Moen

dan semalam,kami berbincang pula tentang topik mobile phone.soalan yang kami bincang berbunyi :
what do you think if a mobile phone is prohibited from use in the future?
sah-sah la x boleh kan..penting kot..banyak la sebab-musabab yang kami bincangkan tentang kepentingan mobile fon tu dan kami dikejutkan dengan kenyataan cikgu Moen bahawa beliau x pernah memiliki telefon bimbit.




.................................................................................................................


sekolah Shibaura pernah tawarkan telefon bimbit untuk beliau tapi beliau x mau.saya x mampu nak berkata apa-apa sekadar mulut ternganga je.kelas ni dah nak berakhir.saya sangat berterima kasih kepada cikgu Moen sebab banyak sangat bercerita tentang isu semasa yang saya tak tahu.saya pasti merindui kelas ni nanti :')


Sunday, December 19, 2010

selamat datang musim sejuk

musim luruh berlalu sekejap saja,musim sejuk sudah berkunjung tiba.sekarang dah sejuk sangat-sangat.suhu waktu malam memang tak leh nak tahan,kadang2 mencapai 1 darjah celcius..heater duk depan muka pun masih rasa sejuk gak,heater yang guna minyak petrol tu jugak yang tahan tapi rumah berbau petrol la sikit tapi alah bisa tegal biasa.lama-lama bau petrol tu bertukar jadi bau ketam masak sambal pecah telur :D

sukanya bila dah masuk musim sejuk ni,makanan kegemaran muncul kat kaitenzushi.
dah hampir 7 bulan saya tunggu benda ni muncul semula,dah 7 bulan saya ulang alik makan kaitenzushi tapi pulang dengan hampa.bila dah ada balik benda ni,5 pinggan pun saya boleh habiskan dalam 1 masa..dasyat kan? :)



sushi aburi cheese hotate





ini selipar saya ke kelas sewaktu musim panas
(sila jangan contohi saya)

bila dah makin sejuk ni,saya dah tak boleh pakai selipar sebegini dengan sewenang-wenang nya untuk pergi ke kelas.kena pakai kasut dan berstokin dua lapisan.jarak dari rumah ke sekolah yang tak sampai 4,5 langkah ni pun dirasakan bagai berbatu-batu jauhnya disebabkan musim sejuk.terketar-ketar nak pergi kelas.baju pun dah berlapis-lapis dipakai tapi sejuk tak hilang-hilang.tapi alhamdulillah syukur sangat pada Allah,sebab memberi kesempatan pada diri ini untuk merasai musim sejuk.saya yakin,saya akan merindui musim sejuk ni bila tiba musim panas pada tahun depan sepertimana saya sedang merindui musim luruh yang dah beransur-ansur hilang..


~selamat tinggal musim luruh & selamat datang musim sejuk~

Thursday, December 16, 2010

patah hati

semalam naik tren sorang-sorang.tak ada benda lain yang lebih hepi bile naik tren melainkan dapat duduk atas kerusi (hehehe) sesampai kat stesen omiya,tiba-tiba ada sorang pakcik duduk kat sebelah saya.pakcik tu dah berumur..saya agak umur beliau mungkin dah lebih 80 tahun kerana : beliau berjalan terbongkok-bongkok masa naik tren,dan nampak macam x larat sangat.tak tau la kenapa mata saya x lepas memandang gerak-geri pakcik ni,kalau ada orang jepun lain perasan saya tengah tengok pakcik tu x berkelip,mesti diorang cakap saya nak mengorat beliau.beliau duduk di sebelah saya sambil pegang beg kaler hitam yang x lah besar mana pun.dan tak lama kemudian beliau tertidur atas beg beliau yang kaler hitam tu,yang beliau letak atas riba beliau.kesian sungguh pakcik ni..lepas tu beliau buka beg hitam beliau tu,dengan tangan terketar-ketar.nampak susah betul tangan yang terketar-ketar tu nak keluarkan sesuatu dari beg.waaa hati saya meronta-ronta nak tolong pakcik tu keluarkan barang beliau tapi kang x pasal-pasal saya kena lempang kang...dan datang la pulak mood emo masa tu..mata ni tiba-tiba berair pulak bile tengok pakcik tu.terdetik dalam hati ni,nak ke mana la pakcik ni dengan keadaan beliau yang x berapa larat nak jalan tu.nak je rasa diri ni mengekori pakcik tu atau dalam istilah lain mau stalker pakcik tu tapi apa kan daya,saya ada kerja penting yang perlu diselesaikan..memang begini la di Jepun : walaupun dah bongkok tiga,mereka x duduk di rumah.masih gagah berjalan di tengah kota.dan saya sangat-sangat kagum dengan orang Jepun terutama nya warga emas ni :mereka akan hidup selagi boleh


umur pakcik dgn makcik ni dah nak dekat 90 tahun

oh ya lupa,seperti biasa,tajuk besar di atas tiada kaitan dengan isi entri ini.saya tengah menaip sambil dengar lagu patah hati -saujana-
" patah hati
jangan terdampar sepi
jangan tersungkur mati
patah hati
jangan leburkan mimpi
jangan memakan diri "


Saturday, December 11, 2010

diam tanda setuju

seperti biasa,tajuk post kali ni tiada kaitan langsung dengan isi yang bakal saya tulis sebentar lagi..err tadi kan kan kan,saya telah melayari internet ni seorang diri kan,lepas tu kan,saya rasa teringinnnnnnn sangat nak tengok cerita hindustan.lepas tu housemate yang bernama double f fatin fatina pun cerita la pasal satu cerita hindustan yang katanya sangat best.housemate fatin fatina ni memang master cerita hindustan.cakap hindustan pun dia reti :D jadi topik perbualan kami malam ni ialah pasal cerita hindustan ya kawan-kawan.lepas tu entah macamana masuk pula bab cerita tamil.bila dah masuk bab cerita tamil ni,tak ada benda lain dah yang saya ingat melainkan saya teringat kat satu cerita tamil yang pernah saya tonton kecik-kecik dulu..zaman sekolah rendah.emo nya saya masa tu,lepas tengok cerita tamil tu,saya menangis semahu-mahunya,menangis semahu-mahunya tu toksah duk cakap la macamana,sampai bengkak-bengkak mata ni.mama pun heran kenapa anak mama sorang ni menangis x berhenti dalam bilik,siap lap air mata dengan tuala mandi lagi tu.lagi banyak mama tanya lagi kuat la saya meraung.malu laa nak ngaku nangis sebab tengok cerita TAMIL kaaaan,tapi sebab kesian tengok muka kaget mama,saya telah berterus terang pada petang itu bahawa saya menangis teresak-esak kerana menonton cerita TAMIL.terbahak-bahak la mama mentertawakan saya.sebab macam tak logik je kan.saya pun tak tau kenapa saya menangis sampai macam tu.jadi tadi saya dengan bersungguh-sungguh nya cuba cari balik cerita tamil tu,rasa macam nak tengok semula.oleh sebab saya tak belajar bahasa tamil,jadi saya memang langsung tak ingat dan tak hafal tajuk cerita tu.tapi oleh sebab saya ingat pelakon cerita tu Sri Devi,saya pun mula la mengoogle satu-satu cerita yang dilakonkan beliau kat wikipedia.yatttaaaa jumpa! ini la tajuk cerita tamil yang berjaya buat saya menangis meraung : MOONDRAM PIRAI
rasa nak tergelak pun ada.tapi serius saya nak tengok balik cerita ni esok,sebab malam ni nak ganbatte siapkan kerja sekolah dulu.kawan-kawan yang ada masa lapang atau bosan tak tau nak buat apa,bole la cuba menonton cerita ni.MOONDRAM PIRAI :DDD

Sunday, December 5, 2010

bahagia itu ada di jiwa

betul la orang kata,bila kita seronok sangat maknanya lepas tu kite nak nangis la tu.hari ni rasa seronok tapi hari ni juga rasa sedih.tapi kenapa rasa seronok dan sedih hari ni pun saya x tahu..saya pun x tahu nak tulis pasal apa sebenarnya ni.kenapa ye saya rasa macam ni sekarang ni?seronok tapi sedih.seronok tapi rasa macam nak nangis.rasa seronok ke sebenarnya tu?
tenang-tenang lah wahai hati.Allah tetap ada bersama saya walaupun saya x ada siapa-siapa.

Sunday, November 28, 2010

it's my life


cakap banyak dgn syafikah
cakap banyak dgn afiqah
cakap banyak dgn tin
cakap banyak dengan pujaan hati
cakap banyak sorang2



main kejar2



masak sup ketam


makan kek



karaoke


pastu letih kita tido

hari ni rasa gembiwa.jadi saya coretkan disini kegembiraan saya. ^^

Wednesday, November 24, 2010

sesekali diuji..

hari ini hari lahir sahabat baik saya, nana..
kami dah kawan hampir 9 tahun,semasa usia kami 13 tahun.untuk nana : aku sangat2 rindu mu,mama mu,opah mu :))

aku x pernah terpikir kita akan jadi sebaik ni..lepas Form 4 kita dah jarang stadi skali sebab kita dah kelas lain2,aku sedih sangat sebab aku rasa aku jauh dengan mu..aku sero x biasa sebab mu x ada kat sisi aku..4 tahun sekelas tiba2 kita terpisah.tapi setiap kali riadah,aku akan tunggu mu untuk gi makan sama2,sebab aku tetap nak bersama mu makan nasi lauk ayam dengan sambal belacan kat dining :)

walaupun aku kena check setiap dorm kalau ade orang ponteng,mu tetap setia tunggu aku kat depan pintu pagar asrama..

aku sayang sangat mu sebab mu paham aku..walaupun berlegar2 di dorm lain selepas light off adalah dilarang sama sekali tapi kalau aku ada masalah,aku x kisah gi nangis lepas light off kat dorm mu..

aku sayang sangat mu sebab mu sudi jadi posmen aku (hehe) mu banyak gembirakan aku masa aku tengah sedih..mu selalu ceriakan aku kalau aku mengalami masalah hati :)

aku sayang sangat mu sebab mu sokmo teman aku gi tandas @ minum air kat watercooler walaupun masa form 5 kita dah x sekelas..

"jika kamu bertiga maka janganlah 2 daripada kamu bercakap2 meninggalkan yang ketiga kerana perbuatan begini akan mendukacitakannya(HR Bukhari &Muslim)" aku sayang sangat mu sebab mu x pernah tinggalkan aku,x pernah buat aku rasa dipinggirkan..

buat sahabatku yang jauh di mata:

~ didoakan moga ditetapkan iman
~ dipanjangkan umur
~ dimurahkan rezeki
~ dirahmati kehidupan
~ ditabahkan hati melayan kerenah manusia yang selalu membuatmu terluka
~ moga dirimu sentiasa kuat dan cekal mengharungi liku2 hidup ini

walaupun jarak kita jauh tapi kita selalu dekat di hati :))

hari ni juga hari lahir pasangan kembar fana dan fani..
untuk fana dengan fani :
~ semoga panjang umur dalam kebaikan
~ semoga murah rezeki lagi diberkati
~ semoga detik2 waktu yang mendatang a
dalah kebahagiaan yang tak hilang
sayang adik kakak :)

errr kenapa tajuk post kali ini begitu?sebab saya berasakan diri ni diuji dalam beberapa hari ni...tapi terasa ada hikmah disebalik ujian yang Allah datangkan ni..senyum ye Nabila!

..Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa
Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa..

:: Allah yang mencipta ujian dan Dia jugalah ada penawarnya :: yakin dengan Dia ::

Friday, November 19, 2010

bahagia itu ada pada hati

tajuk di atas tiada kaitan dengan post yang bakal saya tulis sebentar lagi..
minggu lepas saya telah ditag oleh sorang insan bernama cidat :)
tapi oleh sebab masa selalu mencemburui saya beberapa hari ni,saya x sempat nak jawab tag daripada beliau..gomenne dat!

dan inilah kadai tersebut..

"once you have been tagged,you are supposed to write a note with 25 random,things,facts or goal about you.at the end,choose 5 people to be tagged.you have to tagged the person who tagged you.if i tag you,its because i want to know more about you."

banyak sangat la 25!x pe2 saya akan ganbatte gak tulih ni...

1.antara 4 orang adik beradik,saya yang paling pelik sebab saya bahasakan diri sendiri BILA dengan mama abah.adik beradik lain bahasakan diri mereka dengan nama2 manja seperti ALONG,ACIK,ADIK..
dan sebab nya?saya sendiri pun x tahu.

2.saya lahir pada 4 januari 1989,hari Rabu jam 659 petang kat Hospital Mentakab,Temerloh.tapi saya tetap sayang Kelate.

3.saya sangat suka akan warna pink tapi sejak 2 menjak ni kesukaan pada warna pink meluntur sikit demi sikit sebab ramai sangat yang minat warna pink..saya mula pupuk diri sendiri untuk suka warna pepel tapi bila nak beli barang2 contohnya alas meja ke,stokin ke,pen ke,tangan secara otomatik akan capai alas meja,stokin,atau pen yang kaler pink dulu (-_-'')

4.duit dalam purse sekarang ni berjumlah 4000 yen je (RM149.93)

5.saya seorang yang sangat2 la mudah lupa.pelupa.tak heran la kan saya x ingat kat mana saya letak duit travelers cek 320000 yen dulu.saya x ingat kat mana saya letak kalkulator,lalu saya beli yang baru.bila kemas2 almari,jumpa!adui sakit nya ati..saya x ingat kat mana saya letak inkan (kat Jepun x guna tandatangan,tapi guna cop nama),nasib baik x sempat buat yang baru.terjumpa dalam tong sampah dalam almari!

6.saya bukan sorang yang mudah tidur kat mana2 tempat suka2 hati..saya x boleh tidur atas katil orang lain selain dari katil sendiri.

7.saya suka minum kopi.tapi bila saya minum kopi saya x boleh tidur sebab kesan kopi pada saya sangat2 la kuat.dengan minum 2 teguk je pun saya memang x leh tidur lena.jadi buat masa sekarang saya mahu jadi anti kopi sementara waktu.

8.dulu saya sangat banyak cakap.mama cakap abah x larat nak jawab setiap soalan saya sebab saya suka tanya macam2.kenapa bangunan tu warna merah?kenapa kereta x gerak atas udara?kenapa orang makan nasi?kenapa pokok tumbuh atas tanah?kenapa kenapa kenapa?saya pun dah x ingat apa yang saya tanya dan apa yang abah dah jawab.

9.saya suka melukis.saya suka mewarna.sekarang saya tengah ganbatte melukis rumah impian.

10.saya suka berger Ramly.sebab tu la saya x mengalami masalah kronik untuk boikot McD.

11.satu masa dulu saya pernah meminati WWF.

12.saya lagi pentingkan sahabat dan keluarga dari pujaan hati.

13.di Malaysia saya sorang yang agak boros tapi kat jepun saya rasa saya amat bijak berjimat dan amat bijak menguruskan wang :D perasan je lebih ni.

14.kat baskin robin saya paling suka makan aiskrim caramel praline cheesecake.

15.saiz kasut di Malaysia 7,saiz kasut di Jepun 24.5.

16.saya sangat suka makan ketam,oh ya,saya sangat2 suka makan seafood,x kisah lah apa2 jenis seafood pun.saya peminat setia seafood.sangat2!

17.saya suka minum air berperisa.selalu kena bebel dengan mama sebab jarang minum air masak.

18.saya x boleh memandu kenderaan lain selain basikal,saya tiada lesen kereta tapi saya suka jadi penunjuk arah jalan :D

19.saya memiliki daya penumpuan yang tinggi terhadap sesuatu.bila saya tengah main game contohnya,saya x hiraukan keadaan sekeliling.begitu juga bila saya tengah balas mesej orang,saya x dapat bagi respon pada orang yang sedang bercakap dengan saya.kadang2 rasa ini satu kelemahan sebab rasa macam saya x hiraukan orang lain bila tengah fokus balas mesej ke,tengok cerita ke..gomen ne T.T

20.saya sangat suka mencuba makanan baru.

21.saya mampu habiskan nasi 3 pinggan kalau ada ulam petai :))

22.saya bukan sorang yang mudah marah.dan saya mudah memaafkan.

23.saya suka memendam tapi saya bukan sorang pendendam.

24.saya mempunyai gigi berjumlah 34 batang.

25.makanan yang saya paling suka,saya akan makan paling akhir.contohnya kalo dalam nasi yang berlaukkan ikan,sayur dengan udang.saya paling suka udang.dan saya akan simpan udang tu kat tepi pinggan untuk makan lepas nasi habis.mama cakap 'bawak la udang tu tido skali lepas ni,dah sayang sangat nak makan' :P :P :P

kesimpulannya,semua tentang saya banyak berkait dengan makanan sebab saya memang suka makan :))

berdasarkan kadai kat atas tadi,saya kena tag 5 orang,jadi saya senaraikan 5 orang yang bertuah niii
cik berd sayang ---> http://happyjinsei.blogspot.com/
cik datol saya tag kamu semula..tapi kenapa ye kena tag kamu semula? :))

saya mau tag semua kawan2 saya tapi saya hanya boleh pilih 5 orang saja...
terima kasih untuk cik datol sebab mengetag.saya pun x tau apa yang saya tulis kat atas ni tapi semuanya adalah tentang saya :D



Wednesday, November 10, 2010

untuk saya dan awak...

awak2..

saya suka sangat makan ini
nama dia berger kimchi.saya selitkan kimchi kat belah timun.
bes awak..saya makan sampai menjilat jari.

saya suka kimchi.

awak2..
bole x saya nak tanya..
awak rasa adil x kita bila Allah beri kita nikmat makan,tidur,hirup udara segar,tengok pemandangan indah terutama di musim luruh ni,minum air van houten setiap hari tapi kita balas dengan berbuat dosa setiap hari..?awak rasa adil ke kita balas kat Allah macam ni..?saya takut awak..sebab kadang2 saya x sedar saya berbuat dosa setiap hari..kalau saya ada salah awak tegur ya..saya x akan marah sebab saya tahu awak tegur saya sebab awak sayang saya..kalau awak ada salah saya tegur juga tapi awak jangan marah ya..walaupun saya tak reti nak tegur orang tapi saya cuba sedaya upaya cakap elok2 sebab saya sayang awak..jom awak..kita bertaubat setiap hari,mohon Allah jauhkan kita dari melakukan dosa,dan minta Allah x jauhkan kita daripada Dia..kita doa setiap hari ya awak..

Friday, November 5, 2010

tiga bintang hati


saya ada 3 bintang hati

mama memang ratu hati.mee kari mama paling sedap dalam dunia.spageti mama pun paling sedap pernah bila rasa.nasi air mama,sup tulang mama,nasi ayam mama,semua paling sedap atas dunia.kasih sayang mama yang paling banyak pernah bila dapat.nasihat mama yang paling terkesan pernah bila dengar.senyuman mama paling manis yang pernah bila lihat.mama ratu hati..terima kasih mama.

alom pendengar setia.alom juga la pembangkit ceria.alom paling banyak berkongsi cerita dan tempat meluah rasa.nasihat alom juga menjadikan bila sedewasa ni..terima kasih alom.

adik peneman kak ngah tido.adik peneman kak ngah ke pasar.adik peneman di saat kak ngah rasa sunyi..terima kasih adik.

walaupun mereka jauh dari saya tapi meraka selalu dekat di hati


mood : nak balik makan daging masa raya haji T_T

Monday, November 1, 2010

selamat datang musim luruh

Sebelum sampai Jepun dulu x boleh nak bayangkan macamana yang dikatakan empat musim..bila tengok gambar orang pakai berlapis2 n berbungkus2 di musim sejuk..syoknyaa dapat pakai cam gitu..siap pakai glove,mufler,topi dan lain-lain..musim luruh di Jepun dirasakan sudah bermula..cuaca bertukar beransur dingin,bila hujan lebih rendahlah suhunya...walaupun matahari memancar terik,belum tentu hawanya panas juga..

dan saya yakin kat kurazushi dah mula jual aburi hotate (sushi hotate salut cheese) itsuka mata iku yo :))


~~~~~~~~XOXOXOXOXOXOX~~~~~~~~~

コスモス大好き!!

kosmos ungu

kosmos pinku

kosmos kuning

kosmos oren

kosmos merah

kosmos putih

akizakura : di Jepun kosmos dikenali sebagai sakura musim luruh
indah kan ciptaan Dia?bermacam2,semuanya menarik hati :))

Tuesday, October 26, 2010

pinjaman Allah

kenal Yamapi?
mestilah kenal kan..ikemen paling hensem kat Jepun.
kenal Jejung?
mesti ada yang kenal,ada yang x kenal kan..Jejung penyanyi Korea,muka dia iras Yamapi.kirenya dia hensem gak la kan sebab Yamapi hensem.sape x kenal Jejung boleh rujuk gambar di bawah

Yamapi mesti ada peminat dia sendiri kan,begitu juga dengan Jejung.tapi orang yang minat Yamapi,x mustahil akan lupakan Yamapi lepas dengar Jejung nyanyi.dan orang yang minat Jejung x mustahil akan lupakan Jejung lepas tengok Yamapi menari.

itu la hakikat manusia,sebab perasaan cinta,sayang,benci,rindu tu boleh berubah-ubah.tapi kita kena ingat tu semua pinjaman Allah..

Allah menciptakan jasad kita dengan sempurna kemudian ditiupkan roh ke dalam jasad agar kita hidup seperti sekarang ni. Dan tahukah bahawa semua yang Allah letakkan di jasad kita hanyalah pinjaman..? Sungguh ketika kita lahir ke dunia, tak ada satupun yang kita bawa, dan kita sungguh miskin!Ketika telah sampai kita di dunia, kita mula menikmati keseronokan dunia.Kemudian kita beranak pinak dan semakin bertambah banyak pinjaman kita dari Allah.
Usia yang terus bertambah itu bukanlah pemberian Allah, tapi pinjaman…bukankah usia kita telah ditentukan sebelum kita lahir ke dunia? Kita memang tak tahu bila, tapi pada saat tak terduga Allah berhak mengambil kembali apa yang kita pinjam dari Dia.
Ketika kita bangga dengan kecantikan atau kehenseman kita, sedar tak itu pun pinjaman dari Allah?Tapi kalau tiba2 kecantikan atau kehenseman kita tu Allah ambil kembali, adakah mampu kita untuk mencegahnya? walapun kita menjaganya dengan Shiseido ke,SKII ke,Safi Balqis ke..tak ada yang mampu melawan ketika Allah ingin mengambil apa yang Dia punya.

Dan untuk sahabat : Persahabatan ini pun hanya pinjaman daripada Allah..semoga hati-hati kita terikat utuh hanya kerana Dia..Ya Allah,perbetulkanlah kami,andai kami tersasar dari perintahMu..

Monday, October 18, 2010

Sahabat bermusim


Aku hanya sahabat bermusim
Diperlu bila berduka
Ditinggalkan bila sudah bahagia

Aku hanyalah sahabat bermusim..

Saturday, October 16, 2010

saya peminat setia Jacqueline Wilson!

tadi jalan2 di omiya sementara tunggu adik dengan kakak (fana dengan fani) sampai...jalan punya jalan di LOft,saya dipaksa cik pikah dgn kah untuk beli bekas letak inkan (cop nama) memandangkan saya ni sorang yang suke letak barang merata..(tebolah)
mahal dowhh..1470 yen sebijik (lebih kurang RM55)
jalan punya jalan,sampai ke tingkat atas skali..bes laa pegi tingkat atas skali.sukee bila jumpa susunan buku2 ini,especially buku yang gambar katun pakai tudung tu :)
yeahh!buku tentang negaraku tercinta!
dah lama x membeli buku..rasa nak baca sangat buku english sebab dah lama x baca..kat jepun ni pilihan buku english x de la banyak sangat,puas jelajah tingkat atas skali bangunan loft yang luas tu,hanya 2 rak je yang ada buku cerita english..nak beli tapi x de yang berkenan di hati..
tapi...jeng jeng jeng...
naasib baik la mata ni tertengok kat bahagian susunan buku yang paling bawah..eh eh ada buku Jacqueline Wilson la!harga pun murah,840 yen (RM31) sangat la suka buku yang dia tulis,sebab banyak pengajaran walaupun buku dia kebanyakan cerita pasal budak-budak tapi saya suka!!da la banyak gambar2 diselit dalam buku tu..nak nangis kot masa jumpa buku ni.sebab lepas ni hari-hari saya akan terisi sedikit dengan baca buku ni..

buku setebal 343 muka surat ni akan zettai d habiskan!

x sabar nak baca

untuk cik jacqueline wilson,saya tetap suka baca buku kamu walaupun berada kat jepun skrg :D

makan malam kue tiau ladna di jepun!hisashiburiii~

Sunday, October 10, 2010

memori


'abah,balik nanti abah jangan lupa beli belon ya'

'ok ok abah beli'

abah pulang dari kerja petang tu,

'abah beli tak belon?'

'tak beli ngah,abah x sempat berhenti kat kedai'

:: natsukashiiii belon ini ::

muka saya terus masam mencuka.dari petang sampai ke pagi esok mulut memuncung.sebab abah tak beli belon.

keesokan nya abah pulang dari pejabat,abah beli kan belon.gembira nya tak terkata dapat belon dari abah..

selang dua tiga hari:
abah hidupkan enjin kereta untuk ke pejabat,saya berlari ke arah kereta.

'abah abah,tolong lukis gambar orang'

'lukis gambar orang?abah tak reti'

'ala abah lukis la macamana pun,naba nak warna' (dulu saya bahasakan diri saya 'naba' dengan mama abah)

saya hulur kertas.abah lukis gambar 2 orang.sorang lelaki sorang perempuan.

'nah,abah lukis.pergi warna ye.balik kerja ni abah nak tengok'

situasi lain bila dah besar:
sebelum masuk JAD;

mama cakap 'abah tak larat nak bawa kereta sebab sakit,macamana nak hantar bila?'

abah jawab 'tak apa,kita naik bas'

sedih masa tu Allah je tahu tengok abah sanggup naik bas 8 jam semata-mata nak hantar saya ke TBP walaupun abah sakit..mama pun baru lepas pembedahan masa tu,membuatkan air mata ni slalu jatuh bila berseorangan..

situasi lain lagi:

'abah datang KL?abah x nak jumpa bila ke?'

'tengok la kalau sempat abah pergi TBP'

petang tu,abah sampai TBP dengan teksi,abah sanggup naik tren bawa saya pergi makan manhattan.kesian betul kat abah.anak ni tak habis2 susahkan abah kan...

kalau fikirkan balik,sepanjang 21 tahun hidup di muka bumi Allah ni,saya dah banyak susahkan abah..
anak ni janji tak akan susah kan abah dengan mama lagi,x akan biarkan abah dengan mama kecewa dengan anak ni..

Monday, October 4, 2010

bohong yang dibenarkan..


ingin kongsi sikit di sini:perihal bohong yang dibenarkan..

'Pada dasarnya, hukum berbohong adalah dilarang, tetapi terdapatnya beberapa keadaan dimana Islam membenarkan berbohong yang pada situasi tersebut lebih besar maknanya atau mengelak dari bahaya.'

hujung minggu lepas berkesempatan pergi makan sushi bersama kak Qilah selepas abis usrah gabungan dengan warga keio..sambil2 makan sushi,kak Qilah tanya kitorang,

"kita tau kan kita x boleh menipu..tp dalam Islam dibenarkan menipu dalam 3 keadaan..cuba teka apa keadaan2 tersebut"

jenuh la kami meneka...sampai bertingkat2 pinggan sushi kami susun.ada jawapan yang sipi2 lagi nak betul lalu kak Qilah pun bagi skema jawapan kepada soalan di atas:

yang pertama:
dibenarkan menipu semasa perang.kiranya macam tipu helah,strategi2 yang diatur untuk menang dalam peperangan menentang orang kafir laknatullah..

yang kedua:
dibenarkan menipu untuk menyatukan dua manusia.si tit dan si tut bergaduh.si tit ceritakan keburukan si tut kepada anda.begitu juga si tut pun menceritakan keburukan si tit kepada anda..sebaliknya anda menipu kepada si tit bahawa si tut slalu berkata yang baik kepada si tit.dan begitulah sebaliknya..

yang ketiga:
lelaki yang menipu isterinya dgn tujuan menggembirakan.isteri Mr S lawa.tapi isteri jiran Mr S lagi lawa..bila si isteri bertanya,antara isteri jiran dengan dirinya yang mana lagi lawa,Mr S jawab si isteri lagi lawa walaupun dalam ati mengakui isteri jiran die lagi lawa..demi nak menggembirakan ati si isteri :D

ْBersabda Rasulullah saw : "Berbohong tidak dibenarkan (halalkan) melainkan 3 keadaan : Lelaki yang bercakap kepada isterinya bertujuan mengembirakannya, berbohong semasa perang dan berbohong bagi menyatukan antara dua manusia" - Riwayat al-Tirmudzi 1862, kata beliau in Hadith Hasan, Sahih Muslim 4717.

::tima kasih kak Qilah atas perkongsian::