Saturday, January 29, 2011

batuk batuk batuk

saya sakit tekak sangat sangat sangat.rasa macam nak keluar darah je.batuk batuk batuk.nak tau salah satu sebabnya kenapa?sebab...


ni makan malam tina yang masak sebelum saya exam keesokan harinya


fuhh sedapp air ni


asari daisuki


tengok la hidangan makanan saya ditemani apa..jelas sekali ye,air yang berperisa.kalau mama tengok ni konfem kena marah punya.saya langsung tak minum air masak,atau dalam erti kata lain air yang berperisa.sebab...tekak saya tak selesa terima air sejuk dari paip air (kat jepun ni boleh minum air direct dari paip ye kawan-kawan) demand kan saya kawan-kawan..sejak datang jepun ni jadi berdemand tinggi seperti ni.jadi tolong ye kawan-kawan,kalau tengok saya batuk-batuk,cakap je macam ni,"eh nabila batuk ye,kalau minum air van houten ke,air banana ke,air sirap bandung ke,milo ke,mesti terus sembuh ni"

doakan saya sihat cepat ye kawan-kawan!!

saya terpaksa delete post saya sebelum ni..sebab saya tak mau timbulkan gosip-gosip hangat dengan sesiapa..saya tujukan post tu untuk diri saya sendiri,kankei nai dengan sesiapa pun.saya tak ada masalah dengan sesiapa pun,seriusly kawan-kawan..sayang kawan-kawan fillah!! BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Wednesday, January 26, 2011

happy wednesday

saya tak berapa sihat hari ni.batuk-batuk yang melanda diri sebelum exam datang kembali.tadi rasa tak larat sangat nak bangun,lepas sembahyang subuh sambung tido,sampai la ke waktu zuhur.lepas tu,kakMa datang makan sama-sama kat rumah.lepas sembahyang asar,rasa tak larat jugak.terus lompat atas katil.oh ya,sebelum lompat atas katil saya terima emel dari Yuko san,senior kenkyu lab cikgu Miyoshi.beliau suruh pegi dengar presentation tapi saya buat tak tau je,bajet presentation tu lambat lagi kot.lepas lompat atas katil tu la baru saya bukak balik emel tu...alamak presentation tu hari ni ke...ku gagahkan jua kaki melangkah pegi salin baju dan kayuh basikal pergi sekolah dan dalam keadaan bertopeng(mask dipau dari Tina).dalam lab cikgu Miyoshi tu semua lelaki,maknanya saya sorang je perempuan dalam batch saya.dan muka-muka lelaki-lelaki tersebut langsung saya tak kenal walaupun sama-sama darjah 3 sebab kami berlainan kelas eksperimen.tak apa lah,saya memang rasa nak duduk dalam lab sorang-sorang pun :) abis presentation senior-senior,cikgu Miyoshi panggil sorang-sorang depan komputer dan suruh perkenalkan diri..masa turn saya tu,beliau cakap 'oh lamanya tak jumpa kamu' dan hati ni berbunga riang laa.sebab dia masih ingat kat saya yang tak berapa femes kat sekolah shibaura ni.beliau tanya saya,saya pilih lab mana lagi selain lab beliau..dan beliau tanya saya lepas tahun 4 saya nak sambung master atau nak keje.saya jawab nak sambung master.dan beliau jawab 'ii ne' atau dalam bahasa melayunya 'bagus nya'..sebenarnya saya belum tau lagi mau sambung master di sini atau kat Malaysia.sebab keinginan nak sambung master kat Malaysia tu lagi membuak-buak sebab saya rindu nak duduk dekat-dekat dengan mama lagi :( tapi saya belum pikir masak-masak lagi keputusan nye macamana,sebab sebaik mana pun perancangan kita tu,perancangan Allah tetap yang terbaik.deshou?dan saya berdoa semoga pilihan nak masuk lab cikgu Miyoshi ni yang terbaik.dan saya harap interviu nanti akan berjalan dengan lancar amin..sebelum paper last hari tu iaitu killer subjek kat sekolah shibaura ni iaitu subjek SISKO,terigin nak makan belut.walaupun diri tak berapa nak sihat,oleh sebab kempunan sangat nak makan belut,saya masak belut paprik.seronokkk boleh makan belut.nk selit gak gambar-gambar masa setadi paper SISKO yang psiko tu tapi alhamdulillah,soalan yang tak terjangka kesenangan nya banyak yang keluar.alhamdulillah..


 jeng jeng jeng kotak pensel sama



 kuroneko syafikah

 pening-pening lalat buat ni



semua ganbatte cari jawapan


peneman-peneman di kala mengantuk


sakit perut sebab dua orang yang tak abis-abis buat lawak oh yeah


habis paper SISKO,melompat-lompat la kami keluar dari dewan peperiksaan tu.dan saya pun melompat-lompat balik ke rumah.tak sampai 2 minit duduk,ada pakcik tekan loceng kasi hadiah.dari okayama.hadiah dari yang tersayang fauziah alhamdulillah gembira lagii :) 

dapat beg sekolah baru pemberian fauziah


comey ji balut..sukeee


 arigatoune fauziah san..


hadiah dari aida sayang


arigatou ne sohair :)

esok nak keluar jalan-jalan jadi tak boleh sakit.saya kena sembuh juga sebelum esok!

Monday, January 24, 2011

23 Januari 2011

saya sebenarnya nak tulis ni semalam iaitu pada 23 Januari tapi sebab belum habis exam jadi terpaksa tunda masa ke hari ini.semalam hari lahir seorang kakak yang baik iaitu kakak saya.kenapa beliau baik?sebab beliau kakak saya la..
kakak saya sekarang berusia 24 tahun dan beliau memang suka buli saya tapi saya tak kisah sebab saya memang sayang beliau dan saya gembira bila tengok orang yang saya sayang gembira.beliau memang baik sebab masa kat sekolah faris dulu beliau suka bagi saya duit.dan masa belajar kat Unisel dulu pun beliau selalu bagi saya duit lepas dibodek hehe..lepas tu kan,kalau saya minta topup 10,20 hinggit,beliau tanpa berfikir 2,3 kali terus anta topup untuk saya.haa kan saya dah kata beliau seorang yang baik..selingan : seronok nya rasa nak menaip sebab dah abis exam.kalau saya ada masalah saya tak lupa bercerita pada beliau tak kisah la masalah berat badan ke,masalah cinta ke..sebab beliau suka bagi nasihat kat saya.kakak saya ni pandai masak tau.beliau suka buat kek coklat,mufin pelbagai rasa,puding dan lain-lain yang sedap-sedap.dan saya mesti la suka makan je.
ok,dah la banyak sangat dah bila puji lom..


semoga lom sentiasa ceria dan bahagia di sana..dan tak lupa kat adik lom yang sorang ni kat sini.rindu sangat ke lom,rindu nak dengar lom bercerita.rindu nak jadi penumpang dalam kereta yang  lom bawak..

Friday, January 21, 2011

ingat Allah pasti hati kan jadi tenang

ini kisah semalam.saya tak dapat jawab paper Analog.hanya Allah je tau apa yang ada dalam hati ni.betapa susahnya saya jawab paper tu.entah lah,saya tetap salahkan diri sendiri.mungkin preparation yang saya buat tak cukup.mesej dari seorang sahabat ni buat rasa sedih tu hilang. 
"ingat Allah Bila..msti mg akan kuat.msti mg akan redha"
benarlah,mesej dari sahabat ni buat rasa sedih tu hilang tiba-tiba.ingat Allah Bila.
Allah nak ceriakan saya,dia hantar sahabat seperti ini untuk menasihati saya supaya tak putus asa..
Allah nak ceriakan saya,dia hantar sahabat seperti housmate saya untuk menceriakan saya dengan memasak makan malam untuk saya.terima kasih juga untuk kawan-kawan tak kira yang jauh mahupun dekat yang tak putus-putus bagi semangat.alhamdulillah,saya beransur-ansur lupa peristiwa sedih semalam..terima kasih sahabat-sahabatku :))


ciktin masak best


ada 1 paper lagi.jadi kalau tak mau kecewa macam semalam saya kena la setadi.ni killer paper ni.cuak nya mesti mengalahkan paper semalam ni.jadi nampaknya masa mencemburui saya untuk menaip dengan lebih panjang lagi sebab saya kena setadi.jadi saya selitkan gambar-gambar sepanjang pensetadian kami-kami di saitoukinenkan (bilik untuk setadi dan boleh makan-makan).selamat menonton.tata..

ini syafikah



ini afiqah


ini tak perlu perkenalkan la

Tuesday, January 18, 2011

hooray

tadi betul-betul tak ada mood nak setadi.ulang ayat sama 5 kali pun tak masuk-masuk dalam kepala ni.tiba-tiba terdengar orang naik tangga dum dum dum (biasa la rumah kayu,lori lalu sebelah rumah pun rasa gegaran)
ting tong..intai-intai kat celah pintu,eh laki..pegi pakai tudung,buka pintu.pakcik yang tak dikenali memberi salam dalam bahasa Jepun.jeng jeng pakcik tu buat suprise dengan menghadiahkan saya sebuah kotak.dan saya pun gembira tak terkata.terima kasih pakcik!


peace seronok



hadiah hari lahir dari Malaysia

tima kasihhh mama,abah,alom,acik,adik tak lupa juga kat makcikdah yang tolong bungkus,tima kasih sebab susah-susah hantar.tak ada yang lebih menggembirakan selain dapat hadiah best ni time-time ni.
haru yasumi (cuti musim bunga) ni tak balik Malaysia..tak apa lah..ada hikmah di sebalik yang Allah aturkan tu.mama suruh pergi melancong.tapi tak boleh ma,anak mu ini mahu berjimat.
sekarang sudah sembangat mahu setadi.permudahkan lah ya Allah :))

Monday, January 17, 2011

exam fever

hari ni hari last kelas untuk semester ni.kelas sisko berakhir dengan presentation yang menyeronokkan.kelas technical english pun berakhir dengan senyuman.semua nya happy ending.waaahh saya sangat suka happy ending.saya sedang belajar subjek digital.dan analog.oh peningnya kepala sebab tak faham.erm saya ada masalah sekarang..kecamuk dalaman.tapi tak tau kenapa tak mau tulis sini..sape nak tau sila mesej saya ye(perasan ramai orang nak tau la ye ni)
kepada sesiapa yang tau masalah yang sedang melanda saya sekarang ni tolong doakan saya dapat yang terbaik.walaupun yang terbaik tu tak semestinya saya suka tapi Allah knows the best kan.
tadi saya letih balik dari sekolah,walaupun dah makan hanjyukutamagonopeperoncino dengan cik Syafikah,tapi perut masih berkeroncong lapar.tapi saya sangat tak larat nak masak.tapi saya gagahkan juga diri ni untuk pergi tanak nasi dan masak makanan ala kadar.tapi saya berjaya juga masak makanan kegemaran saya.dan makanan kegemaran saya sebenarnya simple je,ayam goreng dengan sup sayur.senang je buat kan.macam ni je haa


makanan kegemaran saya sama la dengan makanan kegemaran encik payung (dulu intan payung sekarang dah jadi payung) kan senang macam ni,makanan kegemaran sama.hari-hari masak ni je la seksok.haha apa la yang saya melalut ni.ini update ringkas saja,kawan-kawan doakan saya ye, kalau tak boleh jadi best student kat sekolah Shibaura ni pun tak apa asalkan dapat semua A subjek yang saya ambil ni :DDDD
Ya Allah, keluarkan aku dari kegelapan ragu-ragu kurniakanku sinaran kefahaman bukakanlah bagiku pintu ilmu, dan hiasilah aku dengan akhlak yang baik dan kasih sayang.Ya Allah, tambahkanlah kepada ku ilmu dan berilah aku faham dan pengertian yang baik.

aminn :') 

Wednesday, January 12, 2011

angkat tangan kanan goyang3

eh eh eh...

anak dara ni

tak sopan betul

mulot penuh makanan

lepas tu kat garfu pun penoh makanan

plak tu makan guna tangan kiri

sempat posing depan kamera lagi hah




nabila nabila..tolong makan guna tangan kanan ye

dan jangan gelojoh



kawan-kawan minta tolong kalau tengok orang di atas makan gelojoh-gelojoh lepas tu makan 

guna tangan kiri pulak tu sila sound dia ye.suruh dia makan elok-elok sikit (-_-'')



mode:mengintai gambar-gambar lama yang penuh nostalgia sobu3

Saturday, January 8, 2011

my sweeties

apa yang sweet sangat tu?hari ni seronok la..dapat hadiah lagi dari kawan-kawan.terima kasih untuk kawan-kawan yang mengingati..
saya dah ada 4 helai baju sejuk.semua nya menarikk.dan saya sayang semuaaaa baju sejuk saya.dan mereka la my sweeties.oh lupa,ni bukan baju sejuk biasa,baju sejuk ni saya pakai masa tidur saja.


yang pertama,yang ini saya dapat daripada intan payung itu.warna pepel yang saya suka..



yang kedua,saya beli sendiri sebab murah.macam santa claus kan? ^^



yang ketiga,saya dapat daripada cik berd..sukaa ada yuki-yuki..



yang keempat,saya dapat daripada cik pikah..ada rabu-rabu.saya sukaa..



terima kasih,saya akan bawak balik suma baju-baju ni bile pulang ke Malaysia nanti.pakai masa musim banjir nanti mesti bes kan. ^^

Thursday, January 6, 2011

kimono try on session

semalam berpeluang pakai kimono.dengan hanya berwang kan 500 yen,kami (warga asing yang berumah di sekitar omiya) boleh mencuba pakaian tradisional jepun tu.seronok sangat,sebab dah la orang lain yang tolong pakaikan.nak beli kimono ni pula mahal sangat.seronok la pakai kimono ni.jumpa penduduk pelbagai bangsa kat sini.ada orang korea,mexico,france,filipina.dan sebab saya pakai tudung pink,saya telah berganbatte mencari kimono berwarna pink.yatta jumpa.dan inilah hasilnya.



kimono ni kebanyakannya diperbuat daripada kain sutera.lembut-lembut gitu rasa dia.lepas siap pakai,ada sesi fotografi.


lepas siap sesi fotografi,seorang staff bawa kami jalan-jalan ke jinjya (shrine).sepanjang jalan menuju ke jinja tu dipenuhi dengan gerai-gerai menjual sotong bakar,takoyaki,okonomiyaki,wata ame dan lain-lain lagi yang konfem-konfem kami tak boleh makan.bila kaki melangkah ke jinjya,banyak la mata-mata memandang kami.kata staff yang bawak kami tu,orang jepun sekarang ni pun dah jarang pakai kimono ke jinjya,sebab tu kot ramai orang tengok kami.tambah2 kami berkimono dan bertudung.dan ada la beberapa orang 'peminat' kami yang seronok tengok kami lalu diorang pun ambil la gambar kami :D


lepas penat jalan-jalan dan ambil gambar sekitar shrine,kami belajar pulak cara-cara membungkus bento (bekas makanan).kelakarnya,makcik-makcik yang ajar kami bungkus bento ni suruh kami ajar diorang cara bertudung pulak.siap tanya saiz tudung lagi haa.tanya beli kat mana,tanya rambut kami panjang mana dan sebagai nya la soalan yang diorang nak tau.dan saya sempat memakaikan tudung kat seorang makcik ni.seronok je dia boleh pakai tudung.


sesi terakhir ialah sesi bergambar beramai-ramai.
dan sesi memakai kimono pun tamat.dan kami berjalan-jalan menuju ke gerai makanan depan jinjya tu mencari makanan yang boleh dimakan.jyaga bata (ubi + butter) yang sangat sedap.ditambah pula dengan ika yaki (sotong bakar) bersalut mayonis tanpa sos mirin,10 cucuk pun saya boleh habis kan..
tahun depan kalau ada lagi sesi-sesi menarik macam ni memang zettai nak pergi.terima kasih yabe-san :)

Tuesday, January 4, 2011

sanah helwah

hari ni hari lahir saya
saya sudah berumur 22 tahun
dah tua kan saya
tapi abah cakap beliau rasa saya baru berumur 18 tahun :)


ini la saya yang berusia 22 tahun pada hari ini





hari ini saya dapat 3 biji kek.saya sangat gembira.dan saya tak takut gemuk.kek-kek ni semua best tau.ada lagi lebih dalam peti kita makan esok pula ya




saya juga dapat makan mi kari kesukaan buatan Syafikah.tq kah,bil hargai sangat-sangat :)

terima kasih atas sokongan kalian.








dan hadiah kalian.walaupun kalian jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati ni.







dan happy bag yang encik intan payung beli dan buat sendiri.






terima kasih untuk Alom , Nana dan Amy atas post hari lahir saya di blog kalian.
saya terharu sangat-sangat.
terima kasih sentiasa ada di sisi saya.
saya sayang semua :')

Monday, January 3, 2011

salam tahun baru

salam tahun baru 2011..
seronoknya bila cuti-cuti macam ni sebab dapat jumpa kawan-kawan yang jauh-jauh..kawan-kawan tak putus-putus datang rumah saya..terima kasih kawan-kawan sebab kasih sayang kalian sudi datang menziarah :)
hari ni saya tukar ifon baru lagi.ni kali kedua saya tukar ifon baru,kali pertama sebab ifon jatuh,dan tak keluar apa-apa dekat skrin fon tu.kali ni pulak saya tukar sebab speaker saya tak berapa dengar kalau tengah bercakap dengan orang melalui telefon.terima kasih sangat kat Ain jangok sebab sudi berkorban masa untuk menemani saya dan menghabiskan masa dekat kedai softbank..masa tengah menunggu orang softbank tu baiki ifon saya,saya dengan Ain telah menyaksikan peristiwa menyayat hati..seorang ayah menyepak anak perempuannya.kisahnya diringkaskan begini,masa tengah menunggu giliran untuk baiki ifon tu,ada sorang kakak tiba-tiba menepuk bahu saya,orang Jepun ni ada juga yang peramah jadi kami berbual biasa..dan si ayah pun bercerita panjang dan beliau nampaknya mengetahui kami ni beragama Islam dan pengetahuan beliau agak mendalam tentang Islam dan agama-agama lain.tak lama kemudian tiba la giliran saya untuk baiki ifon..masa duk tengah berbincang dengan orang dekat kaunter pertanyaan tu,tiba-tiba saya dikejutkan dengan jeritan suara sorang perempuan.jeritan bertubi-tubi.saya da tak hiraukan apa yang orang kaunter softbank ni duk bebel,sebab mata saya tertumpu pada orang yang menjerit tu..dan orang tu adalah perempuan yang baru tadi berbual mesra dengan saya..tiba-tiba si ayah pun mengajak anak beliau iaitu perempuan tadi pulang ke rumah,tapi si anak berdegil.dari apa yang saya faham,telefon si anak rosak,terpatah kepada 2 tapi tidak boleh dibaiki dan oleh sebab itu terpaksa membeli telefon yang baru tapi mungkin si ayah kekurangan wang lalu tidak mampu menunaikan hasrat si anak.si anak pun menangis tidak mahu keluar dari kedai lalu terpaksa lah si ayah mengangkat si anak tersebut.tapi ternyata si ayah yang berumur 60 tahun tak mampu mengangkat si anak yang berumur 29 tahun..berguling-guling si anak atas lantai kedai softbank tu..dan mungkin si ayah dah hilang sabar,ditariknya rambut si anak lalu disepak anaknya....dan secara automatiknya air mata ni mengalir laju.beberapa orang pakcik yang juga pelanggan softbank tersebut cuba menenangkan si ayah,'otousan,wakaru yo wakaru yo' beberapa orang lelaki cuba menyabarkan si ayah..dan degilnya si anak ini,si anak melempar barang-barang yang terpamer atas meja kedai softbank tu dan si ayah sekali lagi menyepak si anak..dan sekali lagi air mata mengalir..tolong la saya dah tak mampu nak tengok lagi.ikutkan hati mahu je terus keluar dari kedai tu tapi ifon masih belum siap dibaiki T_T
akhirnya si anak ditenangkan pekerja kedai softbank tersebut,dan si ayah mengalah lalu membelikan telefon baru kepada si anak.kesiannya saya melihat si ayah.si anak,tolong lah memahami ayahmu..mungkin si anak itu sakit.sebab tak mungkin si anak yang sudah berumur 29 tahun masih tak mampu berfikir waras kan?kesiannya si ayah....
dan wajah abah bermain-main di fikiran sampai la sekarang.abah,Bila selalu protes bila abah tak tunaikan apa yang Bila nak.tapi abah tak pernah marah,jauh sekali angkat tangan pukul Bila.macamana sekalipun abah cuba juga tunaikan apa yang Bila nak kan..Bila dah tak nak menyusahkan abah..maafkan Bila untuk selama ni.dah tak nak susahkan abah lagi.. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop