semalam berpeluang pakai kimono.dengan hanya berwang kan 500 yen,kami (warga asing yang berumah di sekitar omiya) boleh mencuba pakaian tradisional jepun tu.seronok sangat,sebab dah la orang lain yang tolong pakaikan.nak beli kimono ni pula mahal sangat.seronok la pakai kimono ni.jumpa penduduk pelbagai bangsa kat sini.ada orang korea,mexico,france,filipina.dan sebab saya pakai tudung pink,saya telah berganbatte mencari kimono berwarna pink.yatta jumpa.dan inilah hasilnya.
kimono ni kebanyakannya diperbuat daripada kain sutera.lembut-lembut gitu rasa dia.lepas siap pakai,ada sesi fotografi.
lepas siap sesi fotografi,seorang staff bawa kami jalan-jalan ke jinjya (shrine).sepanjang jalan menuju ke jinja tu dipenuhi dengan gerai-gerai menjual sotong bakar,takoyaki,okonomiyaki,wata ame dan lain-lain lagi yang konfem-konfem kami tak boleh makan.bila kaki melangkah ke jinjya,banyak la mata-mata memandang kami.kata staff yang bawak kami tu,orang jepun sekarang ni pun dah jarang pakai kimono ke jinjya,sebab tu kot ramai orang tengok kami.tambah2 kami berkimono dan bertudung.dan ada la beberapa orang 'peminat' kami yang seronok tengok kami lalu diorang pun ambil la gambar kami :D
lepas penat jalan-jalan dan ambil gambar sekitar shrine,kami belajar pulak cara-cara membungkus bento (bekas makanan).kelakarnya,makcik-makcik yang ajar kami bungkus bento ni suruh kami ajar diorang cara bertudung pulak.siap tanya saiz tudung lagi haa.tanya beli kat mana,tanya rambut kami panjang mana dan sebagai nya la soalan yang diorang nak tau.dan saya sempat memakaikan tudung kat seorang makcik ni.seronok je dia boleh pakai tudung.
sesi terakhir ialah sesi bergambar beramai-ramai.
dan sesi memakai kimono pun tamat.dan kami berjalan-jalan menuju ke gerai makanan depan jinjya tu mencari makanan yang boleh dimakan.jyaga bata (ubi + butter) yang sangat sedap.ditambah pula dengan ika yaki (sotong bakar) bersalut mayonis tanpa sos mirin,10 cucuk pun saya boleh habis kan..
tahun depan kalau ada lagi sesi-sesi menarik macam ni memang zettai nak pergi.terima kasih yabe-san :)
4 comments:
nk ikot jugak thun dpan :D hehehe
waaa...sgt menarik..nk pegi gak..;p..heehee~
waaa...sgt menarik..nk pegi gak..;p..heehee~
arini:okee arini zettai kne g dgn senpai tachi nanti tau :))
kerang:jum2 dtg omiya nnt bole g same2~
Post a Comment