Saturday, April 4, 2015

sepatah dua kata..

Hm..sekarang laman sosial jadi tempat meluah melepaskan geram, kata mengata, bersangka2 juga tempat sebar aib manusia.. banyak yang buruk mengundang dosa.. entah lah. kasihan, laman sosial ni kalau betul cara guna nya boleh jadi tabung pahala kita.. tapi kalau sebaliknya, boleh juga jadi tempat dosa berangkai untuk kita. banyak sangattt maklumat baik dan ilmu pengetahuan yang boleh dikutip dari laman sosial, bagus.. tapi kalau disalah guna, jadilah tempat mengumpat zaman cyber.. kita duk jaja cerita buruk orang, tapi buruk kita, kita tak endah.. umpamanya duk sibuk cerita orang tak bayar zakat, tapi kita duk lengah2 lagi masa imam tengah khutbah jumaat.. laman sosial dah jadi tempat luah perasaan tak puas hati, sampai terbuka aib diri.. nak mengadu raih simpati di laman sosial, lupa pada Dia penyelesai masalah semua kaum manusia.. menyedihkan bila baca status tak puas hati pada suami/isteri sendiri, pada jiran, kawan dll.. bangga ke bila orang tahu masalah dalam rumah kita.. selesai ke masalah bila dapat buat begitu.. entahlah. faham, kita sampai bila2 takkan pernah puas hati dengan apa yang kita ada.. semua manusia nak hidup bahagia dan senang, tapi kita lupa dunia hanya tempat sementara bagi kita kumpul bekalan untuk dibawa ke negara akhirat sana.. ujub riak bangga diri di dunia pasti tak kan terlintas dalam hati.. 

dan ingatan juga untuk saya, sebelum cakap aib dan buruk orang, mari jenguk dan tengok pada diri sendiri.. saya bukan orang alim, bukan orang warak, masih banyak perlu dibaiki, kadang2 terkhilaf juga, kita manusia biasa.. tapi.. serius, penat dengar duk cerita buruk orang, aib orang, sebar berita yang belum tentu betul atau tidak. hati2 sebar maklumat/berita.. kalau betul dosa mengumpat, kalau salah dosa fitnah. dua2 undang dosa.. tapi tuan punya badan macam tak endah ada buruk juga pada diri sendiri. duk suruh orang berubah, tapi tak fikir untuk ubah diri. ini peringatan untuk diri sendiri sebenarnya.. manusia boleh berubah, andai yang jahat boleh jadi baik, yang baik boleh jadi jahat.. bila disebar aib orang sedangkan dia nanti berubah, cuba fikir bila aib kita disebar sedangkan kita dah tinggalkan benda yang buruk tu.. mari duduk sekejap, tengok diri kita, tengok apa kurang kita, tengok apa yang tak ok pada diri kita.. dah cukup atau belum amalan kita biar pemberat pahala itu melebihi pemberat dosa nanti.. dan cuba renungi,cuba baiki.. baiki hubungan dengan Dia, insyaAllah, tentu takkan timbul rasa tak puas hati sakit hati ada sesiapa.. tentu takkan ada masa dan takkan sempat untuk kita fikirkan hal orang lain lagi dan sebar buruk orang lain lagi.. 

saya yang kekurangan ini sedang cuba baiki diri, tak tuju pada siapa2.. mahu kurangkan dan berehat dari dunia maya yang melelahkan..


Friday, March 20, 2015

Aisyah kena chickenpox

Assalamualaikum wbt

2 minggu lepas, aisyah demam. biasanya dia tersedar waktu tidur malam, dia akan merengek nak susu dan masa tu la saya perasan badannya panas. saya lap badan aisyah dengan air suam, keesokan harinya badan dah tak panas tapi saya perasan di badannya ada naik bintik2 merah. kami bawa aisyah pergi klinik, doc cakap aisyah kena chickenpox. haihh, kesian kat budak cinonet tu mesti rasa gatal seluruh badan. tapi dia tak menggaru, cuma kadang2 duk garu2 kat bahagian kepala. 

*daun mambu*

So, banyak la menggoogle petua2 nak kurangkan gatal akibat chickenpox tu dan cara-cara supaya bintik2 tu cepat kering. antaranya ialah bagi minum air kelapa, mandikan dengan air kelapa, sapu calamine lotion yang warna putih tu, dan tak bagi makan makanan berminyak, telur etc, dan juga guna daun semambu. orang tua-tua cakap daun semambu ni memang mujarab untuk hilangkan rasa gatal. borak2 dengan lecturer, puan yus, beliau cakap dekat kawasan rumah beliau kontraktor tanam banyak pokok mambu ni. puan yus pun ada guna daun tu juga masa anaknya kena chickenpox. hujung minggu, saya ajak suami pergi ambik daun mambu dekat kawasan rumah puan yus. pokoknya tinggi2, suami pun terpaksa lompat2 nak capai daunnya. balik rumah, saya rendam daun mambu dalam air dan mandikan aisyah. dan juga saya tumbuk2 dan sapukan pada luka chickenpox aisyah. malam tu aisyah dah tak tergaru2 (dan saya boleh tidur lena sedikit :D) dan Allah jualah yang Maha Menyembuhkan, 2, 3 hari lepas tu luka chickenpoxnya dah kering. 


Dan sekarang, dah sembuh sepenuhnya tapi parut chickenpox tu ada lagi. Ibu gigih duk sapu krim herba kat badan dia malam2 :) 


Friday, February 6, 2015

pengalaman viva voce master

Salam Jumaat.

Hari ni nak bercerita pengalaman viva. Hari ni agak free sikit lepas dah submit manuskrip jurnal dan lengkapkan kerja lab.

Tarikh keramat viva voce saya adalah pada 9/1/2015. oh, sebelum tu, awal bulan 6 saya cuba mohon untuk tangguh pengajian atas beberapa sebab, tapi tak dapat sokongan dekan. Dekan minta saya cuba juga untuk submit tesis pada bulan 9, iaitu pada bulan saya perlu lapor diri di JPbSM. saya submit tesis pada 12/9/2014. Berdasarkan pengalaman senior2, tempoh untuk viva lepas submit tesis tu memakan masa agak lama. dua orang senior dipanggil viva lepas setahun submit tesis. Lama kan? tapi saya dimaklumkan untuk pembentangan viva pada hujung bulan 12, maknanya saya menunggu dalam 3 bulan lebih. boleh dikatakan dah cepat lah tu, mungkin management dah improvise agaknya. 
 akhir bulan 12, saya dapat emel dipanggil untuk pembentangan viva voce yang akan dijalankan pada 9/1/2015. Alhamdulillah, syukur sangat Allah gerakkan hati untuk check emel spam, sebab surat panggilan viva saya ada kat bahagian spam emel. selama ni tak pernah bukak bahagian emel spam punnnn. dalam tempoh 2 minggu sebelum viva, saya memang baca balik tesis berkali-kali. Sampai hadam. Check balik reference. Baca balik LR yang berkaitan. Saya cuba fikirkan soalan yang mungkin ditanya oleh panel, dan sediakan jawapan. Slide presentation memang dah lama siap. Hari-hari saya mock viva depan suami. hari-hari duk belek slide. kadang-kadang teringat-ingat masa tengah mandi. hihi. 

Pada hari viva, masa tu dah cuak tak lalu makan tak ingat apa dah. asyik duk teringat kat anak je, macamana la kalau tak lulus viva kali ni. dan juga kesian kat suami, dah banyak dia berkorban, ambil cuti demi nak bereskan kerja saya. teman saya siapkan tesis, teman saya print tesis, teman saya pergi viva. Jadi masa tu memang semangat nak buat yang terbaik :) dan panel dalaman merupakan panel masa saya interview untuk scholarship dan juga masa defense proposal. panel luar pula ialah dari uniten. viva saya bermula pada jam 9.47 pagi. saya diberi masa lebih kurang 15-20 minit untuk pembentangan. lepas pembentangan, sesi soal jawab. alhamdulillah Allah bagi kekuatan untuk saya jawab soalan yang diajukan dengan tenang, dan tak gelabah. dan ada la jugak jawapan yang macam tak betul, tapi saya jawab je. dan bila dia bagi cadangan, saya hanya iya kan saja. panel dalaman tak banyak tanya, mungkin sebab beliau memang dah tahu saya buat research pasal apa sebab masa defense proposal dulu pun dia yang jadi panel. panel luaran yang banyak ajukan soalan, dan dia memang check bahagian LR secara detail. dan panel memang check tesis, dan banyak tumpu pada bahagian methodology dan results. bahagian lain mereka tak bagi komen banyak sangat. tak lama lepas tu, pengerusi cakap sesi q&a dah tamat dan saya diminta keluar sekejap untuk mereka berbincang. masa tu saya tengok jam, eh, baru pukul 1045. cepatnya habis. sebab duk dengar orang cerita sesi viva agak lama, kadang-kadang ada yang kena sampai 6 jam. dalam 10-15 minit lepas tu, pengerusi panggil masuk balik dan umumkan saya lulus viva dengan pembetulan minor. Alhamdulillah Allah sebaik-baik penolong. masa tu bergenang air mata. duk teringat kat anak lagi, nak balik peluk dia. hihi alhamdulillahh.. 
sebenarnya, pada pendapat saya, apa yang penting untuk menghadapi viva ni:

1. yang pertama, kena faham betul-betul apa yang kita buat. apa yang kita tulis dalam tesis tu adalah apa yang kita tahu. kalau tak tahu jangan tulis dalam tesis. dan soalan dari panel kebanyakannya sebab mereka nak tahu betul ke kita yang buat semua projek tu, bukan orang lain.

2. adalah sangat digalakkan untuk baca tesis berkali-kali. untuk bagi kita faham dan tak lupa apa yang kita dah buat.

3. kadang-kadang, bila tengah baca tesis tu, baru perasan, eh kenapa aku buat macam ni..kenapa tak buat macam tu. masa tu dah boleh pikir kalau panel tanya kenapa tak buat macam tu, dah boleh sediakan jawapan kenapa :D

4. dan juga, masa pembentangan tu, jangan cerita apa yang kita tak buat. konon nya nak tunjuk kita hebat, sebab nanti kalau panel tanya kenapa tak buat, dan suruh kita buat benda tu, proses untuk siapkan correction lepas viva tu confirm akan makan masa agak lama.

5. prepare lah soalan spot yang kita fikir mungkin akan ditanya. dan cuba sediakan jawapan. 

6. hafal slide presentation sampai anda rasa dah naik muak dah cepatlah habis viva :D

7. jangan takut buat salah. semestinya, tak ada satu pun benda dalam dunia ni yang perfect 100%. begitu juga research kita.

8. dan yang paling pentinggg, doa doa doa. mohon Allah mudahkan urusan. 


haa tu diaa sikit-sikit tips dari saya untuk menghadapi viva. sebenarnya, fikir-fikir balik, kenapa nak sambung belajar ya. awal-awal sambung belajar sini dulu, rasa tak bestnyaaaaaaa. kat jepun lagi besttttttt masa buat degree dulu. tak boleh nak main-main sangattttt. tapi tu lah, banyak sangat ibrah yang saya dapat sepanjang buat master kat uitm ni. buat saya fikir tujuan sebenar menuntut ilmu tu. ok lah, sekian dulu. hepi sangat sebab ada peluang update blog kali ni :D


Thursday, January 29, 2015

Nasi kerabu enak!

Post pasal makanan lagi.
Awas! Jangan baca post ni kalau perut anda masih kosong :D
Rasanya hampir 70% isi kandungan blog ni pasal makanan. Dah nak buat macamana penulis blog ni memang suka makan. Hehe :D
Ada satu kedai makan ni namanya ketam batu seafood. Lokasi di jalan kebun seksyen 30 shah alam. Jarak dari rumah ke kedai dalam anggaran kurang 10 minit. Kedai masakan thai, tapi ada jual nasi kerabu. Setiap kali pergi sana konfem order nasi kerabu.. Lauk nasi kerabu ada 2 pilihan; ikan keli goreng dan ayam goreng. Dua2 sedappppp. Masalahnya, saya ni dah suka sangat makan nasi kerabu sampai tiap2 petang mesti pergi beli nasi kerabu kat sana. Suami dah tunjuk muka bosan tapi nak buat macamana isteri dah suka :D Bagitau suami, saya tak pernah makan nasi kerabu sesedap itu tapi dia cakap nasi kerabu semua sama. Lain orang lain citarasa kan.

 

Tapi saya suka sebab ulam dia ada tambah pucuk2 lain dan juga ada mangga muda :D dan sangat sedap dimakan bila lauk masih panas2 :) dan juga ada jual kerang bakar. Jadi sesiapa nak cuba nasi kerabu sedap boleh cari di ketam batu seafood ya :D

Thursday, January 22, 2015

Forgive and forget

Kadang-kadang.....
Hati kita terluka dek kerana perbuatan orang
Tapi.....
Kita tak sedar kita juga buat orang terluka dek kerana perbuatan kita

Jadi.....
Kalau tak mau hati terluka jangan melukakan

Forgive and forget :)



Tuesday, January 13, 2015

My master journey - 2nd final episode

Alhamdulillah finally done second final stage of my master process on last 9th Jan. Sesungguhnya Allah Maha Memudahkan urusan hambaNya yang lemah. Bila difikirkan, tak sangka berjaya juga tempuh pelbagai halangan/dugaan sepanjang tempoh buat master. Fikir-fikir balik, rasa sebak sebab berjaya juga habiskan dalam tempoh 28 bulan. Stress sepanjang buat eksperimen, dan hadapi alahan selama lebih 2 bulan, terpaksa datang lab awal pagi, angkat pintu besi lab tu pagi2 walaupun tengah sarat mengandung, habiskan 12 jam dekat lab.. dan lepas tu pula cabaran bangun pagi siapkan tesis ditemani budak tecik, dan macam2 lagi la.. Alhamdulillah terasa sebak sangat pertolongan Allah itu datang pada hambaNya yang tak berdaya ni. Sepanjang tulis tesis toksah duk cakap la berapa kali jatuh air mata ni. Dah la tak pandai inggerish :( banyak kali rasa giveup, bagitau sv nak extend. Tapi sv bagi semangat, tolong semak banyak kali.. 2 minggu sebelum viva, tak bercakap dengan orang sekeliling pun. Sebab cuak tak pernah viva. Sepanjang tempoh tu, pergi lab belek slide, hafal slide, prepare slide. Balik rumah lepas makan terus tidur (and im overweighttt now sbb lepas makan terus tidur) Penat. Setiap hari mock viva depan suami dan si budak tecik, malam2 mimpi2 viva datang ke rumah haha :D dan tiap2 hari telefon mama, doakan biar dimudahkan. Tiap2 hari minta maaf dengan suami, takut2 kalau ada salah silap moga tak disulitkan urusan.


Sebenarnya masa nak viva, ada yang tak yakin saya dapat laluinya dengan cemerlang. Katanya saya tak bersedia, katanya saya tak buat apa2. Katanya teruk la saya kena hentam nanti sebab viva scary, susah, berjam2, soalan bertubi2. Rasa down tak terkata. Sebab tu diam saja. Rasa nak menyorok dalam gua tak nak jumpa orang. Terbayang2 macamana la scarynya viva tu. lalu saya terfikir, dia tengok dan jumpa saya sejam dua saja dalam sehari, dia tak nampak dan tak tau apa saya buat dan apa saya usaha. Dia judge saya sekadar apa yang dia nampak sejam dua dalam sehari saja. Dia tak kenal saya. Allah tengok saya 24 jam sehari, Allah tahu saya usaha banyak mana... Walaupun sedih bila orang cakap macam tu, tapi saya yakin dengan Dia. sv dan co-sv banyak kali pesan jangan takut, kena yakin diri. Tenang. Kata2 co-sv yang paling tak lupa, ni benda biasa saja, kalau bagi viva ni pada orang palestin, ibarat macam kayuh basikal nak pergi kedai aje :D



Pada hari viva, of course la tak lalu makan pagi tu. Tapi suami paksa juga makan sikit, takut2 lambat habis. Sampai kat ipsis, terus setup slide lepas jumpa sv. Terharu sv dan co-sv datang bagi sokongan. Dan semestinya sv dan co-sv tak boleh cakap apa-apa sepanjang viva. Boleh tengok dan duduk aje atas kerusi. Alhamdulillah, viva yang kononnya menakutkan tu berakhir juga dalam masa sejam, alhamdulillah Allah sangat2 tolong, dan tak sangka boleh jawab soalan dari panel dan siap boleh buat lawak lagi :D dan mata berkaca bila chairperson umum 'pleased to annouced that nabila passed viva with minor correction' :') sv cakap nabila defense her thesis very well, alhamdulillah :) gembira sebab rasa apa yang buat selama ni tak sia-sia dan dapat buat yang terbaik..



Percayalah, Allah tolong hamba Dia yang berusaha :') yang penting, yakin diri, usaha dan berdoa :') sebab hanya diri kita yang tau apa yang kita buat dan apa kita mahu.. orang tak nampak dan tak rasa apa yang kita lalui, sebab tu senang nak menghakimi.. takpe, as long as Allah knows kan :) dan terima kasih suami, sebab sangat2 memahami, tolong jagakan dan uruskan budak tecik.. sanggup cuti sebab nak teman isteri dia yang cuak ni.. Alhamdulillah syukur its over now and lets begin new journey :)

Dan lepas ni kena submit journal dan buat correction tesis, masih belum boleh berjimba sepenuhnya :) tapi dah boleh la update blog ni banyak sikit lepas ni yeah :) ohh dan kena turunkan berat badan yang ternaik tu juga :D



                              lepas viva suami belanja makan manhattan kesukaan :)
                                          can you seeeee that happy face? >_<




Wednesday, November 19, 2014

cerita mentarang

1st time bawa aisyah pergi pantai. aisyah tak banyak ragam setiap kali bawa jalan, ikutkan aje kami bawa pergi mana-mana. cumanya bila dalam kereta, dia cepat bosan, nak panjat-panjat. bila kereta berhenti dan sampai destinasi, dia akan bulatkan mata tengok sekeliling, pandang kiri pandang kanan, kagum agaknya dengan ciptaan Tuhan :) 





berbalik pada cerita pergi pantai, ofis suami buat family day kat pantai remis. dah banyak kali sebenarnya kami pergi pantai remis, kuala selangor ni. 1st time pergi masa tu tengah kursus bahasa jepun kat meru klang. ypm buat aktiviti kutip haiwan bercangkerang kat sana. lepas kahwin, banyak kali suami bawa pergi sana sebab sana ada kedai ikan bakar kegemaran. jarak dengan rumah kami tidaklah dekat, ada la hampir 40 minit. tapi suka pergi sana sebab sana ada jual banyak haiwan bercangkerang fresh2, boleh bawa balik masak dekat rumah. makan ikan bakar dekat sana memang best sangatt, ye lah dekat dengan pantai kan. memang sangat fresh. tapi harga agak mahal kalau banding dengan dekat alai atau umbai di melaka. ok sebenarnya bukan nak cerita pasal ikan bakau, tapi nak cerita pasal haiwan bercangkerang nama diberi mentarang :) mentarang ni adik beradik kepah, pepahat, lala dan lain-lain tu juga. memang pernah dengar nama mentarang sebelum ni tapi tak pernah makan pun apatah lagi masak. saya memang suka cuba makanan baru, jadi masa pergi sana kami beli mentarang dengan ala-ala, nak cuba masak kat rumah. bila tanya cik gugel, kebanyakan orang masak mentarang rebus, atau goreng halia. mula-mula nak goreng halia, tapi teringat yang suami suka makan goreng, jadi akhirnya tukar plan nak buat penkek mentarang. haaa bunyi macam makanan kerlasss gitu kan. sebenarnya celup tepung je. 

nak keluarkan mentarang dari cengekarang dia ni, perlukan kesabaran yang tinggi. siapa yang tak sabar, mungkin boleh masak mentarang rebus je le :D kena hati-hati masa keluarkan mentarang dari kulit dia, sebab kulit dia tajam, kalau terkena serpihan mungkin tangan boleh luka. lepas dah keluarkan mentarang dari cengkerang, kena buang gigi mentarang tu. mentarang ada 2 gigi, bentuk macam cangkuk, kecil je.
langkah seterusnya, celup mentarang dalam tepung, panaskan minyak, bila minyak dah panas, masukkan terus mentarang yang dicelup dengan tepung tadi. agak-agak, warna dah tukar kuning, crispy2 tepung tu, boleh la angkat. senang je kan. penkek mentarang ni terilham sebab teringat menu penkek oyster restoran horizon kat kelantan. dan rasa mentarang ni lebih kurang je dengan oyster, cuma dia lagi berlemak manis. 

habis cerita pasal mentarang. semalam beli sengkuang calit, masa tengah makan tu rasa gembira sangat sebab sengkuang calit tu best. rasa nak makan lagi dan lagi. rangup dan juicy. dan rasa berterima kasihhh sangat pada Allah sebab ciptakan makanan yang sedap-sedap untuk kita. rasa bersyukur, Allah kurniakan nikmat boleh makan macam-macam. ok memang kalau cakap pasal makanan tak kan habis kan hehe. ok jya~

Thursday, October 30, 2014

update bulan oktober

Update di hujung bulan oktober!
yeah masih berbaki 2 hari sebelum melangkah ke bulan november.

hari ni bermulanya semangat bakar kalori nabila.

kenapa semangat ini boleh tercetus?
sebab berat badan sudah naik.

bila semangat ini tercetus?
semalam lepas habiskan semangkuk bihun sup, 
sepinggan somtam dan sebungkus nasi goreng cendawan.

sampai bila semangat ini mampu bertahan?
.




dari tingkat 4 nabila naik tangga sampai tingkat 9.
ajaib bukan?

kaki nabila tiba di garisan penamat (tingkat 9)

masuk lab terus semput, dah la belum sarapan pagi.

semoga semangat bakar kalori nabila tak bermula dan berakhir pada hari ini saja, 
semoga terus bersemangat untuk bakar kalori pada setiap hari :D






Friday, September 12, 2014

Cerita bulan september

Update bulan september.

Bulan super sangat bizi.

Sekarang sedang tunggu pakcik kedai cc printkan tesis saya 5 salinan.
Lama menunggu, jadi boleh la update blog.
Sebenarnya, perasaan sekarang bercampur2 sebab dah nak hantar tesis hari ni.
Sebenarnya, saya nak extend belajar. Saya nak extend untuk 3 bulan. Kontrak scholar dengan uitm tamat bulan ni, saya nak extend untuk dapatkan scholar sebab rasa tak sempat siapkan research. Lalu saya nyatakan hasrat tersebut pada sv, sv yang baik hati sentiasa tolong saya, tulis sendiri surat sokongan. Terharu kali pertama.
Sv cakap saya kena jumpa dekan untuk dapatkan sokongan dari dekan juga, sebab saya dapat scholar uitm jadi kena dapatkan sokongan majikan macam tu. Sebenarnya tak semua orang akan dapat extend. Berdasarkan dari cerita2 orang, ramai yang dapat extend tapi ada juga yang tak dapat. Apapun keputusannya saya hanya harap moga itu yang terbaik untuk saya. Maka saya jumpa pa dekan untuk aturkan temujanji. Seminggu lepas tu, pa dekan telefon katanya dekan nak jumpa. Masa dapat panggilan tu saya baru naik bas nak balik, nak tunggu suami ambik kat area pkns. Pikir pikir, dah susah nak ada peluang nak jumpa dekan lepas ni, maka saya turun dari bas dan naik bas lain n masuk balik dalam uitm untuk jumpa dekan. Of cos la berdebar nak jumpa dekan, dekan kan macam pengetua/cikgu besar sekolah.

Pertama kali, masuk bilik dekan. Ada sofa ikea dalam bilik beliau. Haha kalau dah namanya perempuan :D Saya duduk. Dan dekan tengok surat permohonan dari saya. 
Dekan tanya kenapa saya nak extend, masa tu saya ingat pesan senior2 saya, kalau dekan tanya kenapa, jangan cakap tengah kumpul data, cakap tengah writing.
Saya cakap saya tengah lengkapkan tesis. Dekan belek tesis saya, dan lepas berbincang beberapa perkara, beliau nasihatkan saya agar tak extend dan minta saya bincang dengan sv. Dan tumpu siapkan tesis, dan submit bulan ini, ya bulan september ni. Sebenarnya saya tak cerita apa masalah saya, dekan tak tahu saya bersalin hari tu. Saya rasa agak tak sesuai nak cerita hal peribadi kan. Dan masih ada data yang perlu saya masukkan sebenarnya. Dan masih banyak isi tesis yang perlu dibaiki. Tapi sebab senior pesan jangan cakap pasal kumpul data jadi memang saya tak cakap la >.< . Dan selepas pertemuan tu, ada kata-kata dari beliau yang menaikkan semangat saya yang buat saya nak siapkan tesis cepat2 dan tuntut janji dari beliau. 

Esoknya, sv tanya saya, dekan cakap apa. Saya cakap dekan tak bagi extend, saya cerita semua. Sv terkejut juga tapi macam biasa beliau tenang je, cuba bantu n nyatakan apa yang saya kena buat. Terharu kali kedua. Dan sv memang sangat3 bantu saya siapkan draf tesis. Bukan saja semak tapi beliau baiki grammar satu2. Banyak kali beliau semak, walaupun saya tau beliau sangat bz. Banyak kali juga saya hampir kecundang di tengah jalan, saya nyatakan pada sv, kalau beliau rasa tesis saya masih tak cukup baik, atau masih ada masalah dan banyak lagi perlu di baiki, saya rela extend walaupun tak dapat scholar. Sebab masa tu dah putus asa sangat dah, rasa tak sempat nak siapkan. Tapi beliau tenang macam biasa, cakap tak perlu, dan terus bantu. Terharu kali ke beribu. Alhamdulillahhh perasaan lega dapat siapkan tesis tu sekarang macam dapat buang something yang sangat amat berat atas kepala ni. Sepanjang menulis tesis ni memang diiringi dengan ketawa dan air mata. Rasanya banyak yang air mata hahaha.. Lepas ni menghadap viva pula. Suami pula, cuti hari ni sebab nak teman printkan tesis dan pergi hantar ke bangunan ipsis dan bantu lain-lain lagi yang perlu disiapkan hari ini.

Walaupun tak dapat extend, tapi saya syukur Allah sentiasa datangkan pertolongan pada saya bila dalam kesusahan dengan datangkan insan2 berhati mulia bantu saya. 
Yea dah hantar tesis, dah lega fasa pertama~

Monday, August 18, 2014

cerita throwback 1

Dah lama tak bersiaran..bulan lepas tak sempat update blog pun..
lama doh kempunan nak update blog tapi terpaksa settle kan urusan2 yang lagi penting.

makanya hari ini, macam biasa la, kita korek2 cerita lama.
cerita tahun lepas:

bawa adik manja 2 orang tu pergi main2 kat sunway lagoon. ni kali kedua pergi sana lepas kawin. kali pertama pergi bawa si adik bongsu. saya dengan suami jenis tak main benda pusing2 yang memeningkan tu, so adik bongsu tak ada geng nak menjerit la. 
jadi kali ni dia pujuk suruh pergi sekali lagi bawa si abang cik dia  -.-"
kali kedua pergi sana masa tu tengah mengandung 7 bulan. 
dah mula mengah dan semput dah jadi sepanjang kat dalam tu, 
banyak duduk dan minum air sambil main2 kat kawasan ada air.
Yang si adik2 manja tu entah mana perginya. Last2 sekali diorang nak masuk rumah hantu.
Kami tunggu je kat luar. Sejam lebih menunggu. 
Suami ajak jalan takmau, rela menunggu atas kerusi tu je sebab semput.

Pada masa yang sama, datang sorang kakak dengan suami dia bawa anak dua orang dan duduk sebelah kami. dalam hati terdetik macam pernah kulihat kakak ni dalam tv. 
bisik-bisik kat suami, rasanya ni pelakon ni. suami cakap "ya ke" je..
ye la beliau memang tak kenal la retis2 ni :P
lepas tu kakak tu menegur, "dah berapa bulan dik", saya jawab "dah 7 bulan" 
lalu pantas saya bertanya "kakak pelakon kan" 
kakak tu senyum je :) suami kat sebelah duk tahan gelak. yakin sangat kakak tu pelakon tapi lupa nama dia lalu ajak bergambar. lepas kakak tu dah beredar, ku belek2 di gugel, akhirnya ketemu. kakak tu natasha hudson la :D hahaha..
makanya seminggu la diperli suami dengan ayat ni "kakak pelakon kan"
ok kakak natasha, maaf ku lupa nama. tapi kakak sangat jelita, sekian :D


Wednesday, June 25, 2014

sambal hitam


Sekarang ni nak makan nasi kena ada sambal hitam. 
Terfikir2 macamana orang boleh cipta resipi ni? 
Sebab sambal hitam bahan utamanya belimbing buluh warna hijau.
Digoreng dengan ikan bilis dan cili sampai jadi warna hitam. 
Mungkin orang yang cipta resipi tu termasak belimbing tu sampai jadi warna hitam. 
Ingatkan jadi hangit tapi bila makan fuh sedapp, maka tercipta la sambal hitam. 
Hihi pandai2 reka cerita :D
Bulan puasa ni elok juga la ada sambal hitam, boleh makan dengan nasi waktu sahur nanti. 
Saya lahir kat pahang tapi pada umur 25 tahun ni baru kenal dan dapat makan sambal hitam sedap ni. Sedap. Saya tak berapa suka serunding daging, 
sebab bila makan dengan nasi rasa kering je. 
Tapi sambal hitam best sebab dia lembap2 gitu :D 
Sedap rasanya tapi pedas sikit. 
Suami tak berapa boleh tahan pedas nya. 
Tapi saya memang suka. 
Cuba lah kalian rasa :)

 ^ sambal hitam semestinya yang hitam warnanya tu

Friday, May 30, 2014

entri penutup mei

Twas husband's birthday on last 30th april and he celebrated it with syazwe junior, baby aisyah :D seperti biasa, suprise tak menjadi lagi macam tahun lepas. 
T______________________T
susah rupanya nak buat seprais bila duduk serumah ni. apa-apa pun, birthday parti la sangat tu berjalan lancar. no cake, but yes nasi ayam, dengan begedil spesel yang dia dah lama duk mengidam. selamat hari lahir, suami tercinta. walaupun dah sebulan berlalu :D



tak tau nak cerita apa sebenarnya. tapi nak jugak tulis entri ni sempena penutup bulan mei.
cerita pagi tadi. tiap-tiap pagi suami hantar pergi uitm, bila nak masuk gate uitm, suami suka angkat tangan say hi to polis bantuan. ada polis bantuan angkat tangan say hi balik tapi ada juga yang tak, senyum pun tak. i once told him, tak payah la angkat tangan kat polis yang muda2 tu, diorang kerek, takmau senyum. 
yang tua2 selalu angkat tangan say hi, senyum pun tak lokek.
dan pagi tadi, suami angkat tangan say hi to polis bantuan yang muda, tapi polis tu buat donno siap buat muka garang...

s: haaa kan dah cakap tak yah angkat tangan kat polis muda..
a: takpeee..tak kisah la kalo polis tu baby pun kite angkat je 

haha..ada ke baby jadi polis? benda kecil macam ni, kadang terlepas pandang. sebab selalu je nampak buruk dan salah orang kan >.< kesimpulannya, jangan bersangka2. buat la baik pada semua orang tanpa harapkan balasan orang untuk angkat tangan to say hi balik. sebab belum lagi boleh dikatakan ikhlas bilamana kita buat suatu kebaikan pada orang lain, kita masih mengharapkan ucapan TQ hihi..

tak apa manusia tak balas, nanti Allah balas :) 
sekian tazkirah pendek di hari jumaat :)

Friday, May 9, 2014

happiness is







watching amazing spiderman 2 with husband. 
and the story ending made you cry
haha
yea im crying after watching spidey 2
boleh dikatakan ni cerita ketiga paling sedih buat saya nangis lepas 
moondram pirai dan les miserables.
................................................................................
................................................................................
................................................................................
................................................................................
................................................................................
ok sindrom emo seminggu lepas tengok cerita sedih bermula >.<


Monday, April 21, 2014

cerita bulan april

Bulan ni nur aisyah zafirah berusia 2 bulan. 

Meh nak cerita macamana aisyah zafirah diberi nama aisyah zafirah. Semasa di jepun, ada kenal dengan sorang pelajar malaysia (sebaya rasanya) nama aisyah zaffirah masa pergi program kat sana. Lepas tu terus suka nama dia. Dan tekad kalau dapat anak gegerl nak letak nama aisyah zafirah. Haa macam tu je sebenarnya cerita dia. :D tapi baru perasan bila diberitahu seorang kawan, suami aisyah zafirah tu namanya syazwan. Baba aisyah zafirah saya pun namanya syazwan juga :D Sebenarnya sebelum aisyah lahir, setiap kali kami pergi scan di klinik, tak pernah nampak jantina baby. Masa mula-mula scan je nampak. Tapi masa tu awal lagi. Jadi kami memang beli barang baby warna unisex. kebanyakannya warna putih la. Masa aisyah lahir, lepas dengar aisyah nangis, saya terus tanya doktor, "laki ke perempuan?" Doktor angkat baby letak atas dada dan bila tengok baby, saya dan suami serentak sebut 'aisyah zafirah'. Doktor senyum je sebab kitorang terus panggil nama dia :D 
Sekarang aisyah dah banyak bebel sorang2 "aaaaaa" "eeeee" "ooooo" "eh eh" 
bahasa yang hanya dia je faham :)


Dah kurang menangis. Dah banyak tidur.. Oh dan sekarang suka tengok tv. Bila baba dia tutup tv, dia "ok ek ok ek" minta bukakan tv -,-" Tapi ada satu yang dirisaukan, aisyah dah kurang sikit minum susu. Dulu aisyah pipi labuh, bila nak bersihkan kat kawasan leher susah sikit,sebab terlindung dengan pipi labuhnya :D
Tapi sekarang pipi aisyah dah tak berapa labuh (tapi masih labuh) 

sebab dah kurang minum susu.
Doktor kata mungkin perut kembung. Kena sapu minyak angin banyak sikit.

Dan aisyah memang kebahagiaan dan keberuntungan kami. Moga aisyah sentiasa dalam jagaan Allah bila mana saya berjauhan dengan dia, moga aisyah sentiasa sihat. 
Allahumma amin...



Orang kata, bila kita berada dalam keadaan yang sangat terdesak iaitu hanya ada satu jalan saja yang boleh kita pilih, secara automatiknya kita akan jadi kuat dan mampu atasi ketakutan dalam diri sebab dah tak ada jalan lain. Sekarang saya berada dalam keadaan yang terdesak, iaitu saya tak boleh tinggalkan aisyah di rumah pengasuh lama-lama. Pergi uitm pukul 7 pagi, balik rumah pukul 7 malam. Walaupun pengasuh aisyah jiran sebelah rumah kami saja tapi saya bayangkan jika saya berada di tempat pengasuh, saya masih ada tugas sebagai seorang isteri dan ibu di rumah. 12 jam tempoh yang agak lama untuk jaga anak orang. Jadi saya desak diri, kena juga belajar dan memandu kereta. Sekurang-kurangnya biar saya boleh memandu dari rumah ke uitm. Itu dah memadai. 


Saya sangat amat takut memandu kereta. Saya sangat takut bila di kawasan bulatan (roundabout). Dari rumah ke uitm, ada 7 bulatan yang mesti dilalui. Maknanya dalam sehari, saya terpaksa melalui 14 bulatan. Bukankah itu mengerikan? T.T Lintas jalan pun dah cuak apatah lagi memandu kereta. Ini bukan untuk menunjuk-nunjuk ya; adik dan kakak saya berjaya dapat lesen memandu lepas ujian lebih dari sekali, tapi saya, walaupun lulus dengan hanya sekali ujian, tapi mereka lebih cekap yakin tangkas bergaya memandu kereta berbanding saya. Saya sangat takut bila tengok banyak kereta bergerak atas jalan raya. Dah beberapa kali suami adakan ujian memandu, tapi masih belum lulus katanya. Kawan dah brainwash suami saya, katanya sampai bila dia kena manjakan saya. Ya, sekarang saya kena belajar mendukari! - memandu guna kaki sendiri :D

Thursday, April 10, 2014

BESAR la sangat

Ya, saya tahu.

Kamu kerani kepada orang besar.

Sebab itu lagak kamu pun seperti orang besar.
Tapi saya mau ingatkan kamu, kamu hanya kerani kepada orang besar.
Bukan orang besar.
Jadi jangan berlagak seperti kamu orang besar.
Sebab orang besar pun tak berlagak seperti kamu.
Baru kerja dengan orang besar sudah mau berlagak besar.
Sekali lagi saya ingatkan kamu, kamu hanya kerani.
Bukan orang besar.
Jangan berlagak.



Mode: Geram berurusan dengan orang seperti di atas. Sudah cakap baik-baik, sudah tanya baik-baik, tapi belum sempat habiskan soalan, terus diberi jawapan kurang enak. Sakit hati. Saya tak pandang rendah pada pekerjaan kerani, atau pekerjaan apa sekalipun yang halal di sisi Tuhan. Be professional. Orang dah cakap elok-elok, jangan balas kasar-kasar. Saya juga ada perasaan.


Sekian.

Thursday, March 27, 2014

minah kalut

aisyah tengah tidur jadi moh le kita update blog~~~~

saya seorang minah kalut.

contohnya bila deadline hantar paper berbaki sehari lagi, saya kalut ribut.
awal-awal tak nak siapkan, sempat siapkan nanti kononnya.
akhirnya sendiri yang kalut >.<

contoh lain, seminggu lepas bersalin, badan naik ruam merah.
dah pergi klinik, dah makan ubat. tiada kesan.
maka terus kalut nak pergi klinik lain dan minta ubat lain.
sebenarnya baru sehari makan dan sapu ubat yang doktor bagi, 
memanglah belum nampak kesan ~,~

contoh lain selain di atas, bila telefon suami tapi telefon tidak berangkat.
mulalah fikir yang bukan-bukan.
lalu ditelefon berpuluh kali sampai masuk berpuluh voicemail.
dalam hati dah risau. biasalah orang dah kalut.
tapi rupanya masa tu suami ada dalam toilet -_-

orang kalut tak boleh bersama dengan orang kalut.
nanti jadi kalut kuasa dua.
biasanya perempuan yang selalu kalut.
jarang jumpa lelaki yang kalut.
bila kalut, suami tetap cool. muka tenang. mungkin control macho juga.
kadang-kadang rasa nak marah bila dia tetap tenang.
tapi bila fikir balik, kalau dia turut sama kalut macam saya, 
siapa nak tenangkan kekalutan yang melanda? hehe.

tak lama lagi dah nak balik shah alam.
tinggalkan kampung halaman aman damai.
episod baru bermula.
bulan 4 yang sangat dinanti; antaranya sebab dah HABIS pantang, boleh makan macam-macam (nak makan ayam penyet wong soloooo sangat3), hari lahir suami, ada conference, nak ambil baucer buku di pejabat bendahari nak beli macam-macam buku 
dan yang paling dinantikan, suami dah janji nak bawa jumpa penulis kesukaan 
di pesta buku nanti :)
post kali ni macam tak ada motif kan. ok sekian dari minah kalut :)


Tuesday, March 18, 2014

Hi, saya nur aisyah zafirah :)



Sebulan yang lepas;

Saat doa nabi yunus disebut berulang2 dan bibir hanya mampu menyebut 'Allah..Allah..',
Saat ditemani genggaman tangan suami, sambil dibacakan zikir syifa,
Saat didakap doa dan nasihat dari keluarga dan teman yang jauh mahupun dekat,
Semua ini jadi kekuatan untuk melahirkan puteri cinta hati,
Nur Aisyah Zafirah.
Kebahagiaan dan keberuntungan kami.
Allahuakbar, serius, terus hilang segala sakit dan letih, saat dengar tangisan aisyah.

Alhamdulillah aisyah zafirah dah genap sebulan.
Alhamdulillah atas anugerah terindah kurniaan Allah.
Detik indah mengandungkan dan melahirkanmu takkan dilupa.
Moga aisyah zafirah jadi anak solehah, bunga hati kami.
Alhamdulillah.
Moga dapat jadi ibu dan baba yang baik utk aisyah, moga dapat besarkan dan corakkan aisyah jadi insan cemerlang dunia akhirat. InsyaAllah.

Untuk suami,

Bila diingat balik pengorbanan yang anda lakukan, mesti bergenang air mata.
Isteri hargai saat suami setia temani cuba berkongsi kesakitan.
Isteri hargai pengorbanan suami, tanpa jemu selalu disisi.
Terima kasih, belikan makanan sedap-sedap saat isteri alahan teruk walaupun isteri tak mampu menelan.
Terima kasih, penuhi setiap permintaan isteri, tak pernah mengeluh walaupun keletihan.
Terima kasih, pimpin isteri setiap hari turun naik tangga.
Terima kasih, pinjamkan bahu saat isteri hampir putus asa tahan sakit dan penat.
Dan yang paling penting, terima kasih, tolong pakaikan stokin dikaki isteri setiap pagi sebelum pergi kerja :)
Bahagianya bergelar isteri anda.


Dan moga Allah jagakan dan lindungi insan-insan yang saya sayang, yang jauh, yang dekat. Amin..

Sunday, March 2, 2014

wordless sunday(?)














i love you abah.


Monday, February 10, 2014

Hello february

In progress on enhancing oh my english, but really want to type this post in malay actually T.T 
(ohh or can i just use manglish? :P)

Along showed us this article and asked abah, did he loves his job?




And abah answered,



Haha.
Abah is very the busy person, during weekend he still needs to answer phone calls asking about work. Sometimes up until night. But luckily, he could finish his work at home instead of staying until late night at office. (That's why mama keeps complaining :D) 

Yet abah still doesn't forget to spend his time with us; dinner together every night is a must, peel off buah mangga or jambu for us, go to pasar tani to buy groceries every friday morning, and others. :)





I showed the same article to suami and asked him the same question, and he replied:


"asalkan ada kerja dan halal dan dapat support family kita" :')


And i know he loves doing his job and as long as the salary is enough for us alhamdulillah. 

 
Being an engineer isn't that tough actually based on my own experience (or maybe i got the easy job in my dept?), except when you got pressure from your boss and colleague. Or maybe when it comes to tiredness of doing lotsss of works.
But, no matter what you do, be happy doing your work is your choice, you yourself decide it. I was once an engineer (eventhough for 3 months only). I loved and enjoyed doing my job actually (as i said, maybe because i got the easy job :D). I was happy just sitting on chair and translating the document and sent it to the customers. Easy and didn't feel tired at all.
But i prefer to be a lecturer; have to continue for master. And it's not easy actually, when you have to think and use your brain and the worst part is doing programming every single day T.T 
but....when you have someone who stay with you when youre down, keep on reminding you, give advisesss to you, everything will be fine and feel like easy as a piece of cake :)
suami, family, lecturers, friends, thank you!



Me 38 weeks pregnant today.  And our little caliph will be born anytime from now on. May Allah ease everything. cant waitt to see him/her. Thank you for all the doas and supports. :)






I know my english is bad >.< but thank you for reading ^^

Sunday, February 2, 2014

another year older, another year happier

Short vacation to PD
I can't express with words.
**(speechless)** 
Suami didn't stop praising how wonderful was that place.
Room was perfect with pool inside, surrounding was beautiful, breakfast was wonderful.
Spent the whole day exploring the whole room. 
Started thinking of the idea to decorate our house too :D
Just step outside in searching for air kelapa n tapau our dinner ikan bakar, 
returned back to the room celebrating my birthday, 
the last birthday we were celebrating together before we'll become 'the three of us' 
Of course planning to go there again next time insyaAllah :))
Yea, January has always been a meaningful month to me :')
May Allah be with us at every step we take, 
and may Allah guide us in every decision we make. Amin.


That was yummy moist chocolate cake.





Maternity leave has just started! 
The last day I went to the lab, saying goodbye to my messy workstation,
got kiss and hugs from the supervisor as well as
 got lotsss of advices about what I should do during the leave.
Leaving the lab (for a while) doesn't mean I have to free my mind about the research work.
Still have ton of work to do..
But at least don't have to rush every morning to the lab for few months :D
Counting the days to welcome our little caliph.
May Allah ease everything. Amin.







January report ends :)