Wednesday, January 26, 2011

happy wednesday

saya tak berapa sihat hari ni.batuk-batuk yang melanda diri sebelum exam datang kembali.tadi rasa tak larat sangat nak bangun,lepas sembahyang subuh sambung tido,sampai la ke waktu zuhur.lepas tu,kakMa datang makan sama-sama kat rumah.lepas sembahyang asar,rasa tak larat jugak.terus lompat atas katil.oh ya,sebelum lompat atas katil saya terima emel dari Yuko san,senior kenkyu lab cikgu Miyoshi.beliau suruh pegi dengar presentation tapi saya buat tak tau je,bajet presentation tu lambat lagi kot.lepas lompat atas katil tu la baru saya bukak balik emel tu...alamak presentation tu hari ni ke...ku gagahkan jua kaki melangkah pegi salin baju dan kayuh basikal pergi sekolah dan dalam keadaan bertopeng(mask dipau dari Tina).dalam lab cikgu Miyoshi tu semua lelaki,maknanya saya sorang je perempuan dalam batch saya.dan muka-muka lelaki-lelaki tersebut langsung saya tak kenal walaupun sama-sama darjah 3 sebab kami berlainan kelas eksperimen.tak apa lah,saya memang rasa nak duduk dalam lab sorang-sorang pun :) abis presentation senior-senior,cikgu Miyoshi panggil sorang-sorang depan komputer dan suruh perkenalkan diri..masa turn saya tu,beliau cakap 'oh lamanya tak jumpa kamu' dan hati ni berbunga riang laa.sebab dia masih ingat kat saya yang tak berapa femes kat sekolah shibaura ni.beliau tanya saya,saya pilih lab mana lagi selain lab beliau..dan beliau tanya saya lepas tahun 4 saya nak sambung master atau nak keje.saya jawab nak sambung master.dan beliau jawab 'ii ne' atau dalam bahasa melayunya 'bagus nya'..sebenarnya saya belum tau lagi mau sambung master di sini atau kat Malaysia.sebab keinginan nak sambung master kat Malaysia tu lagi membuak-buak sebab saya rindu nak duduk dekat-dekat dengan mama lagi :( tapi saya belum pikir masak-masak lagi keputusan nye macamana,sebab sebaik mana pun perancangan kita tu,perancangan Allah tetap yang terbaik.deshou?dan saya berdoa semoga pilihan nak masuk lab cikgu Miyoshi ni yang terbaik.dan saya harap interviu nanti akan berjalan dengan lancar amin..sebelum paper last hari tu iaitu killer subjek kat sekolah shibaura ni iaitu subjek SISKO,terigin nak makan belut.walaupun diri tak berapa nak sihat,oleh sebab kempunan sangat nak makan belut,saya masak belut paprik.seronokkk boleh makan belut.nk selit gak gambar-gambar masa setadi paper SISKO yang psiko tu tapi alhamdulillah,soalan yang tak terjangka kesenangan nya banyak yang keluar.alhamdulillah..


 jeng jeng jeng kotak pensel sama



 kuroneko syafikah

 pening-pening lalat buat ni



semua ganbatte cari jawapan


peneman-peneman di kala mengantuk


sakit perut sebab dua orang yang tak abis-abis buat lawak oh yeah


habis paper SISKO,melompat-lompat la kami keluar dari dewan peperiksaan tu.dan saya pun melompat-lompat balik ke rumah.tak sampai 2 minit duduk,ada pakcik tekan loceng kasi hadiah.dari okayama.hadiah dari yang tersayang fauziah alhamdulillah gembira lagii :) 

dapat beg sekolah baru pemberian fauziah


comey ji balut..sukeee


 arigatoune fauziah san..


hadiah dari aida sayang


arigatou ne sohair :)

esok nak keluar jalan-jalan jadi tak boleh sakit.saya kena sembuh juga sebelum esok!

5 comments:

Lin said...

get well soon prefect! :)
heheee.

semut merah said...

haha
saye gembira kamu suka beg tu
gomen lambat sikit bg hadiah bi :)

Billa.Bel said...

jgn sakit2 tayam mucuk :)

fadhilah said...

odaijini.. :)

Nur Nabila said...

lin:tq my dear :))
ji:bi saaaangat suka :)
laa:okee tayam tapi makin teruk je batuk ni uhuk3 :|
bifa:tq tau :)